Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua.
Wah seronok rasanya bila melihat anak-anak ketawa keriangan. Hilang segala keletihan, terubat segala kepenatan. Tapi tahukah anda bagaimana membuatkan anak-anak ketawa ?
Suatu ketika dahulu, anak saya Uswatun Hasanah seorang yang tidak tahu bagaimana untuk gelak. Mungkin kesan stress ummi masa mengandung dan di awal usianya (kerja dll). Maklum la ibu muda. Anda akan kecewa membuat lawak dengan anak kecil ini, kerana dia akan memandang anda dengan muka kehairanan.
Nada Dering
Fikir...fikir punya fikir, dapat la satu idea. Dalam pilihan nada dering telefon bimbit, ada yang bunyi bayi gelak. Jadi saya latih Hasanah gelak dengan bunyi nada dering tersebut. Dengarkan nada dering bayi gelak padanya dan kata, "kakak, macam mana 'baby' gelak?" Lepas tu, dia pun meniru gaya gelak bayi tersebut.
Comel bunyinya, Hasanah pun sukakannya. Hasanah juga suka nada dering kokokan ayam, bunyi katak dan jam ayam tu. Dan hasilnya, dia mampu gelak seperti foto di atas. Comelkan :)
Geletek
Geletek juga adalah cara terbaik untuk membuatkan anak bergelak ketawa. Tapi jangan keterlaluan kerana ada yang akan terkencing kerana kegelian. Sedar-sedar anda sudah basah dengan air hangat berwarna kuning :)
Ba Ba Chak
Mainan ni banyak namanya ikut tempat. Kalau saya suka guna kain untuk tutup muka dan cakap cak..aa bila membuka kain tersebut. Boleh juga bersembunyi di belakang dinding atau tiang.
Emosi yang positif akan membantu anak membesar dengan sempurna dan cepat belajar.
No comments:
Post a Comment