Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Saturday, December 13, 2014

PERCUMA Panduan Lengkap Menyambut Kelahiran Bayi


Sempena mengingati jasa nenda saya, Wan Bidah binti Wan Muda yang telah meninggal pada hari Ahad tanggal 7 Disember 2014 pukul 1.30 pagi. Saya dedikasikan isi seluruh buku ini secara PERCUMA buat semua pembaca. Semoga pahalanya terus mengalir buat yang hidup dan yang telah pergi... Amin.

Friday, January 18, 2013

Buah Dari Anak Yang Soleh


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الرَّجُلَ لَتُرْفَعُ دَرَجَتُهُ فِي الْجَنَّةِ. فَيَقُولُ: أَنَّى هَذَا؟ فَيُقَالُ: بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, "Sungguh seorang manusia akan ditinggikan derajatnya di surga (kelak) sampai ia bertanya, "Bagaimana (aku mampu mencapai) semua ini?" Maka dikatakan padanya, "(Ini semua) disebabkan istigfar (permohonan ampun kepada Allah yang selalu diucapkan oleh) anakmu untukmu"(Hadits Hasan riwayat Ibnu Majah no. 3660, Ahmad (2/509) dan lain-lain. Lihat ash-Shahihah no. 1598)


Sunday, September 30, 2012

Resipi Playdough

Resipi playdough.
Bahan-bahan :
2 cawan gandum
2 cawan air
1 cawan garam
1 sudu besar minyak
2 1/2 sudu teh cream tar-tar
pewarna makanan

Cara membuatnya: Campurkan semua bahan kemudian panaskan atas api. Kacau tanpa henti sampai ia menjadi seperti mash potato. Lepas tu bolehlah dibahagikan untuk diletakkan pewarna. Selepas tu bagi pada anak-anak untuk diuli menjadi doh.

Monday, January 30, 2012

Tiarapkan Bayi Anda

Saya pernah menghadiri kursus perkembangan anak-nak anjuran NURY. NURY ditubuhkan oleh Dato Nor Laili pada tahun 1985 berasaskan konsep Glenn Domand. Katanya bayi baru lahir lebih baik ditiarapkan terutama ketika tidur. Ia akan membantu menguatkan tulang bayi. Namun pasti bayi tidak ditiarap di atas tilam yang empuk kerana ia akan menyebabkan bayi anda lemas.

Orang tua-tua sangat bimbang jika anda tiarapkan bayi. Bagi mereka bayi akan lemas dan dadanya akan sakit. Apa-apa pun buat sesuatu biar berpada-pada. Walaupun saya tidak kerap sangat tiarapkan bayi, alia sudah mampu membalikkan badan bada usia sebulan lebih dan mengangkat dada pada usia 3 bulan.

Sunday, January 29, 2012

Bagaimana Menceraikan Susu Anak Anda ?

Saya menceraikan susu anak pertama saya pada usianya 3 tahun 6 bulan dan anak ke-2 pada usia 1 tahun 11 bulan. Pada saya, bukan senang untuk menceraikan susu badan dengan anak. Buktinya, saya menyusukan anak pertama dan kedua serentak (tandem nursing) selama setahun lebih. Akhirnya, saya nekad untuk menceraikan susu anak pertama saya. Kemudian menceraikan susu anak kedua saya walaupun sempat tandem nursing sebulan dengan anak ketiga. Jawapan untuk kejayaan ini adalah TEKAD YANG BULAT.

Tiba masanya, anak perlu bercerai dengan susu ibunya kerana susu ibu tidak lagi dapat memenuhi nutrien yang diperlukan oleh anak mereka. Jadi, jika anda ingin melakukannya, lakukan dengan tekad yang bulat. Jangan sekali-kali kesian melihat mereka menangis untuk menyusu lalu menyusukannya. Jika ia terjadi, maka anda akan lebih sukar untuk menceraikan susunya. Gantikan susu anda dengan susu formula dan makanan yang berkhasiat lainnya.

Gunakanlah kekreatifan anda untuk mengelakkan dia menyusu dengan anda dan berilah semangat untuknya mencuba susu yang baru kerana dia sudah cukup besar untuk terus menyusu dengan anda. Lama kelamaan anak anda akan cukup mandiri untuk tidak menyusu lagi dengan anda. Selamat mencuba.

Friday, March 18, 2011

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir



Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 

Tuesday, March 8, 2011

Kenalkah Kita Pada Al-Quran ?


Untuk memastikan adakah kita mengenali al-Quran, jom sama-sama menjawab beberapa soalan berikut. Soalan-soalan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu teori dan praktikal. Jawablah seikhlas mungkin tanpa membuka mana-mana rujukan.

How To Teach Your Baby To Read ?

Bayi Genius ... Bayi Soleh


Bila bercakap tentang bayi genius. Wah... itulah perasaan kita. Cam bombastik kan bila bayi boleh membaca seawal usia beberapa bulan. Terbit rasa cemburu dengan geniusan anaknya. Persoalannya, kenapa anak kita tak sehebat anak mereka ? Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa kesilapan kita dalam mendidik bayi genius.

Sunday, February 6, 2011

Tertelan Tudung Botol ?


Assalamualaikum semua,

Entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca agar lebih berhati-hati dengan tudung botol air minuman. Walaupun saiznya agak besar berbanding mulut bayi, manum ibubapa perlu berhati-hati agar bayi tidak bermain dengan tudung botol. 

Saturday, February 5, 2011

Motivasi Solat Untuk Anak-Anak


Anak-anak adalah amanah Allah. Menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak agar menjadi generasi yang taat mendirikan solat saat mereka masih kecil. Jadi, jom kita bincangkan tips untuk memotivasikan anak-anak untuk taat mendirikan solat.

Friday, February 4, 2011

Konvokesyen Yang Dicemari Dosa

Konvokesyen adalah hari bersejarah yang ditunggu oleh semua warga pelajar terutama mahasiswa universiti. Itulah hari anugerah seorang anak atas penat lelahnya mendapatkan segulung ijazah untuk ibubapa yang banyak menabur jasa. Tapi sayang, hari yang penuh bersejarah itu seringkali dicemari dosa-dosa.

Wednesday, February 2, 2011

Rahsia Disebalik DEMAM

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Saturday, January 29, 2011

Cebisan Intelek


Pagi-pagi lagi, kakak Hasanah tanya umi "Umi, Sabah tu kat mana?"

Untuk kakak Hasanah, jom tengok peta Malaysia ni. Sabah tu kat bahagian atas Sarawak. Nenek kaka tinggal kat si tu. Yang warna purple tu. Sekarang, kita kat Negeri Kelantan. Maksudnya dalam negara Malaysia. Negara Malaysia mempunyai 14 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Selangor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.   

Ape ke pekdah nyer ajar anak 2 tahun tentang negeri-negeri kat Malaysia ni ? Ni la cebisan intelek.

Thursday, December 23, 2010

Anak : Dimarahi atau Dinasihati ?


Assalamualaikum semua.

Saat anak memecahkan gelas, mengoyak buku dan dan menumpahkan air, apa yang biasa anda lakukan ?

Wednesday, December 22, 2010

Tips Hadapi Tangisan Anak


Kes Bayi Kerap Menangis dibaling Bapa menyebabkan saya ingin berkongsi tips Hadapi Tangisan Anak dengan para pembaca.

Anak-anak tidak hanya datang dengan kebahagiaan dan gelak-ketawa. Dia datang dengan kelebihan dan kekurangan, kesedihan dan kegembiraan, hak dan tanggungjawab. Maka ibubapa perlu siap untuk menghadapi setiap kemungkinan yang bakal dihadapi dengan kehadiran anak-anak yang dikatakan pelengkap hidup berumahtangga.

Bayi kerap menangis koma dibaling bapa



MELAKA: Seorang bayi berusia sembilan bulan koma akibat pendarahan dalaman otak, akibat dipercayai dibaling bapa kandungnya ke atas katil selepas kerap menangis, di kediaman mereka di Jasin, dekat sini, Ahad lalu. Mangsa bengkak di kepala tak sedarkan diri


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenainya.



Monday, December 20, 2010

Starfall.com terbaru


Sebelum ini saya ada bercerita tentang Starfall.com yang memberikan tutorial bahasa Inggeris untuk anak-anak kecil secara percuma di sini . Kali ini, Starfall.com melangkah lebih jauh dengan meningkatkan mutu pembelajaran bahasa Inggeris untuk anak-anak kecil ke level seterusnya.

Tapi, modul baru ini tidak dapat digunakan percuma sepenuhnya. Jika anda mempunyai kelebihan wang untuk kebaikan pembelajaran anak anda. Laburkanlah di sini kerana ia cukup bermanfaat untuk anak-anak anda.

Selamat mencuba.

Saturday, December 18, 2010

Jom Cari Menantu ...


Assalamualaikum,

 Pada pendapat saya, kalau nak dapat menantu kene cari yang paling baik dari segala aspek terutama agama dan akhlaknya, ciri yang lain masih boleh dipertimbangkan. Bukan senang nak cari pasangan hidup yang terbaik untuk anak kerana kesilapan kecil ini akan membawa impak negatif yang besar dalam kehidupan anak kita. Menantu dan seluruh ahli keluarganya akan menjadi sebahagian daripada keluarga besar kita sepanjang usia perkahwinan anak kita. Jadi, hari ini, saya ingin berkongsi kisah benar episod cari menantu yang kami jalankan tanggal 17 Dis 2010.

Tuesday, November 30, 2010

Starfall.com


Starfall.com adalah laman belajar dengan cara yang menyeronokkan bagi anak-anak. Anak anda akan mengenal abc hingga bagaimana untuk membaca dalam bahasa Inggeris dengan mudah. Audio juga disediakan jika anda ingin mendengar sebutan yang betul untuk setiap perkataan atau frasa yang digunakan.

Laman yang percuma ini membolehkan anak anda menerokai sendiri setiap bahagian pembelajaran yang disukainya kerana antaramuka yang mesra pengguna. Cubalah, anda pasti menyukainya.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com