Assalamualaikum.. Mesti ada yang tertunggu-tunggu sambungan cerita ini. Maaf ye semua.
Cikgu Sekolah Menengah
Masa anak sulung 2 bulan lebih, pihak sekolah SMA Hidayah, Gunung Rapat, Ipoh minta izin dangan abu uswah supaya ummu uswah boleh jadi guru ganti Biologi kat situ. Abu Uswah tu muallim kat situ. Jadi ummu uswah pun setuju sebab ummu uswah suka sangat subjek biologi.
Disebabkan esok dah mula mengajar, ummu uswah dan abu uswah pun pergi beli pam susu manual. Bercita-cita besar untuk buat stok EBM (Eksklusive Brest Milk). Pam punya pam, dapat 2 oz je, huh penat betul. Esok, pergi sekolah dengan anak sekali. Masa hari pertama masuk kelas, abu uswah yang jagakan kakak hasanah sebab belum cari tempat jagaan untuk anak lagi. Huru-hara juga bila anak nangis kat dalam bilik guru.
Penolong pengetua bagi semua buku rujukan, jadual kelas dan cadangkan kami letak hasanah kat rumah jagaan seorang muallimah kat situ. Jadi kami pun pergilah berbincang dengan muallimah tersebut. Semua ok. Tapi dalam hati risau juga nak tinggalkan anak pada orang lain.
Keesokan harinya ummu uswah pengajar awal pagi, jadi kami letak Hasanah kat rumah jagaan dengan EBM yang separuh botol tu. Seronoknya bila masuk mengajar terutama subjek yang kita minat. Cuma kene study sikit la sebab kene ajar dalam bahasa Inggeris, dulu belajarnya dalam bahasa Melayu. Hari ini, kita buat eksperiment mengira kalori beberapa jenis kacang. Ingat nak terangkan je, tapi ada pelajar yang beriya-iya nak pergi dapatkan semua jenis kacang tu. Ketika tengah mengajar, muallimah (tuan punya pusat jagaan tu) cari ummu uswah. Dia kata, "Cepat.. anak dah nangis tu. Susunya dah habis."
Wah, macam mana ni. Ummu Uswah pun dah gabra semacam dah. Dalam pada tu, sempat juga pesan kat pelajar tingkatan 4 untuk siapkan eksperiment bila kawan yang cari kacang tu balik ke kelas nanti. Cuba untuk telefon abu uswah, tapi telefonnya dimatikan. Dah la rumah jagaan pun lupa alamatnya. Disebabkan teringat sangat kat anak yang sedang menangis tu, ummu uswah pun berlari-lari anak menuju ke rumah jagaan tu. Jauh tu.. Lepas lari...jalan..pastu lari lagi sampai la kat taman perumahan. Tengok kiri, tengok kanan. Alamak, nak masuk lorong mana satu ni. Air mata pun dah mengalir dah ni. Mana tak nye.. sesat daa..
Tiba-tiba, sebuah kereta kancil berhenti depan ummu uswah.
"Muallimah nak pergi mana ni? Jom saya hantar," soal pelajar yang beriya-iya nak pergi cari kacang tadi.
Dalam hati sempat terdetik,'Wah, budak ni datang sekolah pakai kancil tu..Baru tingkatan 4!'
"Nak pergi rumah muallimah yang buka taska tu, tahu tak kat mana rumahnya?" soal ummu uswah.
"O.. naik la,"pelawanya.
Kami pun sampai la kat rumah jagaan tu. Kat luar lagi dah dengan Hasanah nangis.
Tiba-tiba, kereta abu uswah pun sampai juga kat situ.
"Abi nampak umi lari depan kelas abi tadi, apa halnya?" soal abu uswah.
"Hasanah nangis. Abi tunggu sini la ye,"terang ummu uswah.
Ummu Uswah pun BF kan Hasanah sampai tertidur. Teresak-esak dia menangis tadi. Lepas tu, ummu uswah dan abu uswah pun kene la sambung kelas balik.
Masuk kelas dengan mata merah. Buat-buat tak tahu je. Kami pun terus kita kalori untuk eksperiment tadi. Happening betul.
Rutin
Ummu Uswah mengajar ikut jam, jadi perlu pastikan berada di kelas sebelum waktu mengajar, lepas tu dah boleh balik. Balik ke rumah jagaan la sebab abu uswah ada kelas lagi, jadi ummu uswah jalan kaki je ke rumah jagaan sambil hafal surah dan hadis pendek. Jauh, penat tapi seronok juga. Kalau kelas lepas waktu rehat, ummu uswah stay kat rumah jagaan dulu baru ke kelas dengan jalan kaki. Kalau abu uswah tak de kelas baru boleh hantar ke rumah.
Hasanah dah ok sikit kot, sebab dia tidur agak lama dalam buaian yang atas lantai tu. Tuan punya taska beli khas selepas kejadian hari tu.
Sepanjang berada di taska, boleh la kenal-kenal sikit dengan penjaga kanak-kanak di sini. Ada jadual check in dan check out setiap kanak-kanak dan ada jadual harian mereka. Bila sampai, mandi, makan, main, minum susu dan nap, bagun, makan, mandi dan balik. Lagi baguskan kalau dapat ajar sesuatu pada anak-anak ni.
Penjaganya juga perlu terapkan nilai-nilai Islami seperti menutup aurat dengan baik terutama apabila ada lelaki ajnabi. Bila cakap pasal aurat, semua tahu apa yang perlu ditutup, tapi bila sampai waktu untuk berbuat, ramai yang tidak sanggup berpanas dan berlecek serta berimas dengan tuntutan Allah yang satu ni.
Eksperimen
Eksperimen yang paling best dan hot antara ummu uswah dan pelajarnya adalah bedah katak. Mulanya ummu uswah tak nak buat, tapi pelajar yang beriya-iya nak pergi beli katak dan ikan. Kami nak tengok sistem pernafasan haiwan ni.
Lepas menunggu dengan debaran, pelajar tu pun balik la dengan seekor kodok yang besar dan 3 ekor ikan. Kodok tu dibeli daripada orang cina, kaki belakangnya telah dikudungkan. Wah... mesti pembaca pun suspen jugakan.
Saya pun isi kodok dalam plastik yang berisi kapas yang dibasahkan dengan larutan kimia. Ni langkah untuk pengsankan kodok tu, senang sikit kerja. Lepas kodok pengsan, kami pun pinkan kodok atas board polistrin untuk dibedah.
"Sape yang berani nak operate katak ni?" soal ummu uswah.
Semua menggelengkan kepala. Jadi terpaksalah muallimah yang penakut ni memberanikan diri. Sebenarnya, masa kat KMPk dulu pernah operate tikus. Kira dah ada la pengalaman sikit.
Dengan lafaz bismillah, ummu uswah pun menggunting lapisan kulit perut kodok, dari anus sampai la ke bibir mulut dia. Dalam hati berdebar-debar juga. Kang kodok ni melompat macam mana?
Masa tengah khusyuk tu, ada pelajar lelaki yang menarik lidah kodok dengan forsep. Kodok yang terkejut terus melompat. Apa lagi, satu kelas melompat beberapa tapak ke belakang. Kelas pun dah mula riuh.
Bila tengok keadaan kodok dah ok, kami pun pinkan dia balik pada board polistrin. Lepas tu, eksperiment diteruskan sehingga selesai. Rupanya seperti berikut.
Lepas kelas tu, semua warga sekolah kepoh dengan cerita kodok eksperiment yang melompat tu.
Setelah bersama mereka hampir 2 bulan (sebab dah dapat guru tetap), ada sesuatu yang ada pada pelajar di sini berbanding pelajar di sekolah biasa atau sekolah berasrama. Iaitu MANDIRI dan SUKA BELAJAR. Dalam keadaan sekolah yang tiada pembantu makmal, mereka mandiri menyediakan radas sendiri. Bayangkan tiub kaca yang lurus panjang tu, mereka boleh bentukan jadi U tiub, L tiub dan sebagainya. Sanggup pergi dapatkan bahan eksperiment sendiri.
Cikgu Mengaji
Ummu uswah juga buat kelas mengaji untuk pelajar sekolah menengah. Jadi pelajar panggil ustazah sebab ajar mengaji Qur'an. Sebenarnya, ramai pelajar yang memerlukan bimbingan untuk mengaji dengan betul dan tartil, menyemak maksud ayat yang dibaca, menelaah tafsiran ayat dan seterusnya mempraktikkan isi kandungan al-Qur'an itu sendiri. Bila mereka ditegur dengan kasih sayang, mereka mula berubah jadi budak baik. Mula menutup aurat, menjaga batas dengan pelajar lelaki, rajin belajar, tak tinggal solat, kerap baca Quran, hormat ibubapa dan sebagainya.
Tu ummu uswah selalu cakap, budak-budak ini ramai yang bagus-bagus jika dididik dengan cara yang benar. Tapi sayang, berapa ramai di antara kita yang sanggup korbankan masa dan tenaga untuk mendekati remaja bagi mengajaknya ke arah kebaikan.
Cikgu Anak-anak
Sekarang ni, cikgu sepenuh masa untuk anak-anak. Kawan-kawan pernah tak tulis atas kertas perancangan untuk anak masing-masing. Untuk umur 2 tahun, apa skill yang dia perlu ada ? Apa yang nak diajar? Alat bantu mengajar maam mana? Jadual belajarnya mana ? Mengajar tanpa perancangan adalah sesuatu yang sia-sia. Mendidik anak, bukan boleh buat secara tidak sengaja tapi perlu perancangan yang rapi supaya hasilnya adalah pasti.
Dalam ramai-ramai orang yang ummu uswah jumpa, hanya cikgu-cikgu ummu uswah di sekolah SMKADI sahaja yang berkata, "Wah bagusnya, awak duduk rumah untuk jaga anak!" Tapi ramai yang ummu uswah jumpa cakap, "Sayang kat degree, belajar tinggi-tinggi tapi duduk kat rumah je. Pinjaman nanti nak bayar macam mana? Hidup pun tak berada."
Apa-apa pun, setiap orang ada penilaian mereka sendiri. Kerja atau tidak, tugas mendidik anak supaya cemerlang di dunia dan akhirat adalah tugas ibubapa. Jika anda bekerja dan mampu mendidik anak hingga berjaya dunia dan akhirat, maka anda adalah ibubapa super kerana ramai yang gagal dalam misi tersebut dan hasilnya adalah kebejatan sosial yang dapat kita lihat hari ini.
Maaf atas kekasaran bahasa kalau ada yang terluka.
berani yer bedah katak..
ReplyDeleteKakyong dah berada di rumah selama 2 tahun.. 2 tahun mengasuh anak dengan tgn sendiri..
Insya ALlah, semoga kita berjaya mendidik anak2 mengikut perancangan tahap umur anak2.. ;)
Penakut juga, tapi buat-buat berani. Seronok, cubalah bedah katak kat rumah.
ReplyDeleteTahniah utk kak yong.
Kepada ibu bekerja dan surirumah sepenuh masa, smg berjaya mendidik anak msg2.
Pertama-tamnya solat, kedua mengaji, tutup aurat dan menundukkan pandangan. Klw dpt jd macam nik nor madihah barulah bahagia hidup ini.