Wednesday, October 20, 2010

Saya Jadi Cikgu (Bahagian 2)


Cikgu TADIKA

Saya pernah traning seminggu jadi cikgu di tadika ABIM. Kira pembantu kepada kelas budak 5 tahun. Tadika ni ada buku teks dia sendiri. Apa yang saya belajar kat sini, doa harian tu elok kalau kita hafal sekali maknanya.

Disebabkan PASTI kat taman saya tinggal tu cikgu dia sakit, saya dan sorang lagi kawan pun mengajarlah kat situ. Ya Allah, ganas juga pelajar kat sini. Suka panjat grill dan duduk atas almari tu. Patutla cikgunya garang juga. PASTI pun ada buku teks dia sendiri. Bila ada buku teks, belajar mesti ada meja dan dan peperiksaan. Muslimat PAS taman tu minta kami mengajar terus kat situ tapi perlu daftar sebagai NISA'. Kami kata, tak pe lah sebab kami ada projek yang lagi bagus.

Buka TADIKA sendiri

Tentu pembaca tak percaya yang saya dan kawan-kawan buka tadika sendiri. Tu yang pergi sana-sini belajar bagaimana buka tadika sebab kami dulu jurusan lain da. Cari cari punya cari tapak untuk tadika, maka dapat la satu bangunan 2 tingkat sewa RM400, selang sebuah kami sewa untuk dijadikan rumah guru. Part yang menarik mula-mula nak bagi nama apa la tadika kita ni. Kami pun bincang-bincang.

Ada yang kata, "kalau tadika pintar anak soleh cam mana?"
"Singkatan dia akan jadi TaPIS atau TaPAS, cam tak comelkan," sahut yang lain.
"tadika pintar anak soleh an-nur pula jadi TaPISAN, lagi kelakar."

Lepas beberapa hari, dapat la nama yang sedap didengar, Tadika PinTAS (Tadika Pintar Anak Soleh). 

Bersama kawan-kawan yang lain, kami cipta logo, buat kertas kerja, bincang modul, fikir mural, design, peralatan, latih guru, promote tadika untuk pelajar baru dan sebagainya sebelum tadika dibuka tahun berikutnya. Hebat tak kami ? Generasi baru ni sikit je yang hampehnya, yang lain banyak lagi yang berisi tapi perlu diarahkan dengan betul. Kami bangga menjadi generasi baru !! 

Tu baru sesi pembukaan, banyak cerita suka dan duka untuk berjaya. Sayangnya, sempat jadi cikgu kat situ untuk 3 bulan je sebab lepas tu bersalinkan anak sulung dan pindah ikut suami kesayanganku. :)

Tadika kami ni lain daripada yang lain, kami tak de buku teks tapi guna buku mikids sebab ibubapa nak tahu juga apa yang anak mereka belajar, siap dengan laptop satu kelas satu. Kami pakai meja jepun yang boleh dilipat sebab kami banyak aktiviti atas la. Buat donat, tanam pokok, praktikal solat, art dan sebagainya. Cikgu pun dah jadi macam budak juga. Budak yang paling lasak ialah budak sudan, selalu panjat pagar tadika. Sesi bersama ibubapa digunakan sebaiknya untuk refleksi anak, ibubapa dan guru.

Apa-apa pun, PINTAS tetap dalam kenangan. http://tadikapintaranaksoleh.blogspot.com/. Salam jihad untuk semua warga PINTAS.

Bagaimana pula bila saya jadi cikgu sekolah menengah ?

bersambung,,,


2 comments:

  1. Tadika Pintas ni di bandar U seri Iskandar rupanya... tahniah...

    kakyong pun ade buat training solat utk anak2.. heheh.. salah 1 xtvt yg menyeronokkan utk anak2.. ;)

    ReplyDelete
  2. ya. terima kasih.

    blh la kak yong tulis entri ttg ajar anak solat pula. teringin nak baca.

    ReplyDelete

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com