Friday, October 29, 2010

Menuju Cinta Teratas



Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin berkongsi solusi berkaitan masalah sosial dalam masyarakat kita. Persoalan yang mungkin timbul di benak anda : Mampukah kita menjaga anak-anak kita terutamanya, agar tidak terlibat dalam masalah sosial ? Katanya ke kelas tambahan, rupanya melencong bersama teman-teman. Jawapannya YA, jika kita sekeluarga melalui jalan menuju CINTA TERATAS. Apakah itu CINTA TERATAS ?



CINTA TERATAS adalah cinta yang paling abadi, yang paling setia dan  paling pasti menunaikan janjiNya. Ia adalah cinta dari Allah untuk makhluknya, Apa pula kaitannya dengan dengan masalah sosial ? Masalah sosial meletus tatkala kita sudah jauh dari cinta Allah. Kita sudah tidak takut pada azab Allah dan tidak pernah mengimpikan hadiah istimewa dari Allah. Kala itu, nafsu tidak lagi dikawal dengan iman tapi nafsu sudah pun dijadikan raja dalam diri kita, tiada lagi persoal haram dan halal Kita lupa bahawa hidup ini bukan hanya di dunia tapi kebangkitan semula adalah pasti. Jika berjaya melepaskan diri di dunia, akhirat jangan bermimpi untuk terlepas sama.

Ikatan IMAN

Sehingga hari ini, sejauh kita mengikat diri dan anak kita dengan ikatan iman. Adakah kita mengejut pasangan dan anak untuk mendirikan solat Subuh ? Solat 4 waktu yang lain pula bagaimana ? Adakah berlalu begitu sahaja kerana sibuk mengejar manisnya dunia ? Sempat tak kita bertilawah al-Quran, menyemak maksudnya dan beramal dengan isinya ? Atau waktu lapang kita penuh dengan siaran astro dan melayari internet yang banyak mendedahkan aurat ? 

Tentunya kita tidak mampu menutup aurat pelakon-pelakon muslim atau kafir, tapi kita mampu menutup siaran tv tersebut. Jangan membiasakan kemaksiatan kerana ia bakal meruntuhkan iman. Saat iman mulai runtuh, maka jangan terkejut dengan buasnya nafsu kebinatangan.


Kawan

Kawan umpama cerminan peribadi kita. Bagaimana akhlak kawan, maka itulah pula akhlak kita. Maka pilihlah kawan yang terbaik iman dan akhlaknya untuk diri, pasangan dan anak-anak kita. Kawan yang rosak sering merosakkan kita. Tapi kawan yang baik selalu mengajak kita kepada kebaikan. Ikhlas dalam persahabatan dan bukannya gunting dalam lipatan.


Kelas Agama

Libatkan diri dengan kelas agama. Banyak ilmu agama yang perlu kita pelajari. Dengan ilmu, kita lebih yakin untuk beriman dan beramal. Di kelas agama, kita akan dapat menemui ramai kawan-kawan yang baik akhlaknya. Jadi luangkan masa kita untuk ke kelas agama di surau atau di mana saja. 


Sistem Tarbiyah

Sistem tarbiyah adalah solusi efektif untuk memperbaiki masalah sosial. KENAPA ? Tunggu ulasannya dalam entri 'TARBIYAH : SOLUSI MASALAH SOSIAL'

1 comment:

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com