Anak adalah insan kerdil yang perlu belajar dari kesalahan untuk membesar menjadi seorang yang sempurna dari segala segi. Kehadiran anak sangat dinanti-nanti, tetapi ramai yang mempersiakannya setelah dia lahir di hadapan mata kita. Pelangi yang kita harapkan rupanya datang dengan hujan panas yang menghalang banyak aktiviti kita. Terkadang, kita tidak sabar menghadapi kerenah anak sehingga tangan kita seringkali ringgan untuk hinggap di badan mereka. Pada kita itulah cara untuk mendidik, hakikatnya kita kepuasan melepaskan geram. Lihatlah hasil tangan kita setelah mereka dewasa. Dan kitalah sebenarnya telah mencorakkan mereka dengan sedemikian rupa.
Menurut wikipedia, Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.
Penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah perubatan dan sosial yang berlaku di seluruh dunia. Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:-
Kenapa ia terjadi ?
Kebiasaannya penderaan kanak-kanak terjadi kerana strees si pendera yang mungkin timbul kerana masalah kewangan, letih setelah berkerja, anak nakal, ibu tunggal, masalah rumahtangga dan sebagainya. Semua masalah ini dilepaskan dengan cara mendera anak tersebut.
Kesan penderaan
Secara amnya, penderaan akan mengakibatkan luka fizikal pada badan mangsa sehingga mungkin boleh membawa maut. Anak juga hilang percaya diri, suka memberontak dan cenderung untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral. Kesan besar penderaan akan kekal dalam jiwa anak sehingga kelak dia akan menjadi pendera terhadap anak-anaknya juga.
Talian bantuan
Terdapat beberapa talian bantuan yang boleh dihubungi oleh mereka yang tinggal di Malaysia, antaranya adalah :
- Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 03-7956 3488
- Pusat Krisis Wanita ( WCC, Pulau Pinang) 04-228 0342
- All Women Action Society of Malaysia (AWAM) 03-7957 0224
- TELEDERA 1-800-883040
- BEFRIENDERS 03-7956 8144
- P.S. The Children 03-74931303
No comments:
Post a Comment