Assalamualaikum semua.
Ramai yang beranggapan bertudung sudah cukup untuk memenuhi syariat menutup aurat. Lalu kita tanpa bersalah memakai baju berlengan pendek atau tiga suku untuk keluar ke tempat-tempat awam atau kawasan yang dapat dilihat oleh lelaki ajnabi atau non-muslim lainnya. Kenapa ia terjadi ? Kerana kita hidup dalam masyarakat yang kebanyakannya berpakain sedemikian sehingga ia menjadi satu kebiasaan walaupun bertentangan dengan syariat menutup aurat.
Jika anda bertanya pada golongan sebegini, kemungkinan besar mereka mampu menyatakan dengan tepat bahawa lengan adalah satu daripada aurat wanita. Tapi kebiasaan menyebabkan mereka terus melakukan kesalahan tersebut. Dulu saya juga begitu, sehingga suatu kejadian yang menyebabkan saya menguburkan semua baju berlengan pendek.
Waktu tu saya di tingkatan dua di sebuah sekolah berasrama. Disebabkan hari minggu, saya memakai baju lengan pendek ke koperasi sekolah. Tapi seorang pengawas koperasi lelaki yang bertugas memakai baju t-shirt berlengan panjang. Setahu saya, baju t-shirt berlengan panjang adalah baju kesukaannya. Kejadian itu membuatkan saya berfikir : Kenapa dia mampu melakukan suatu perkara yang saya sepatutnya wajib melakukannya tapi saya belum melakukannya ? Kenapa seorang lelaki mampu berlengan panjang tapi saya masih berlengan pendek ?
Saya juga adalah seorang yang suka duduk di kerusi hadapan apabila diadakan kursus atau bengkel di sekolah. Waktu itu, penceramah lelaki memakai baju lengan pendek. Jika dia menggerakkan tangan ketika berucap di hadapan saya, saya akan menundukkan wajah ke bawah sehingga memutikkan semangat untuk istiqamah memakai baju berlengan panjang. Jika pakai baju lengan pendek dengan mengangkat tangan ketika bercakap, orang akan mudah melihat ketiak kita. Wah, malunya saya !
Sejak itu, saya menguburkan baju lengan pendek saya tanpa bernisan walaupun ramai yang kehairanan melihat saya yang langsung tidak mempunyai baju berlengan pendek. Cukup menghairankan !
Jika anda memakai baju berlengan panjang, ia lebih selamat dan mudah diubahsuai mengikut keadaan. Jika tiada lelaki ajnabi, lengan baju boleh dilipat ke atas menjadi pendek agar selesa melakukan kerja dan diturunkan ke keadaan asal bila ada lelaki ajnabi. Cukup memudahkan kerana anda tidak perlu tergesa-gesa berlari mendapatkan baju lain atau tuala untuk menutup lengan anda. Islam itukan suka pada apa yang paling mudah. Tone warna lengan juga lebih cerah dan terjaga daripada pancaran ultra UV. Awet muda tu.
Pilihlah untuk menyelamatkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat oleh lelaki ajnabi kerana pandangan mata cenderung untuk menggugat nafsu serakah seorang lelaki. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Sanggupkah anda menyahut cabaran ini ?
memang ni bhgn yg saya sering abaikan..tahu & ingat tp kadang2 pakai gak yg 3/4 tu.. Semangat2..mesti cuba!!
ReplyDeleteselamat bermujahadah untuk kak azma dan muslimah lainnya. Kita mampu malakukannya. InsyaAllah.
ReplyDelete