Pada suatu petang saya pergi membeli di sebuah kedai runcit yang berdekatan dengan rumah saya ketika di Taman Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, Ipoh. Kebanyakan kedai milik bangsa Cina kerana majoriti bangsa Cina yang mendiami taman ini. Masa tu baru pindah. Ketika sedang memerhati barangan di kedai, mata sempat melihat peti sejuk yang penuh dengan ikan dan ayam mentah.
"Berapa harga sekilo ayam? " soal saya sambil membelek-belek beberapa ekor ayam yang terdapat dalam peti sejuk.
Wanita Cina itu datang mendapatkan saya dan membelek-belek semua ayam yang masih berbaki.
"Ayam HALAL dah habis," terang wanita itu tanpa menjawab soalan saya tadi.
Saya terdiam sejenak, 'Ayam HALAL dah habis', nilah kali pertama dengar pernyataan seperti ini.
"Tak pelah, saya beli ikan kembong sekilo ye," ujar saya sambil beredar ke kaunter untuk membayar barang-barang yang dibeli.
Ayam HALAL ?
Apakah yang membezakan ayam HALAL dan ayam HARAM ? Adakah kita pernah mempersoalkan HALAL ke ayam yang kita makan setiap hari ? Atau asal jumpa ayam je terus telan.
- Ayam HALAL adalah ayam yang didapati secara halal dan bukan dicuri atau dibeli dengan duit haram.
- Ayam HALAL adalah ayam yang diberi makan makanan yang HALAL dan bukan makanan atau suntikan yang mengandungi unsur HARAM seperti platlet darah babi dan sebagainya. Bab ni susah sikit sebab tak nampak.
- Ayam HALAL adalah ayam yang disembelih dengan bacaan Basmalah oleh orang Islam yang baligh, berakal dan memutuskan urat halkum dan marikh dengan alat yang tajam.
- Dimasak dengan bahan yang halal oleh muslim yang sebaiknya tidak meninggalkan solat.
Kenapa HALAL penting ?
Makan makanan yang HALAL adalah satu kewajipan kerana ia akan menjadi darah daging kita dan seterusnya membentuk akhlak dan IQ seseorang individu. Makanan haram akan memudaratkan dan seterusnya membawa kita ke neraka. Hakikatnya, para sahabat Rasulullah saw memandang suatu kelalaian umpama sebuah gunung yang menghempap mereka namun kita menanggapnya sekadar lalat yang ditempis lalu pasti akan berlalu pergi.
Lebih menyedihkan, kita selalu menganggap syurga dan neraka sekadar angin lalu.
Cerita tentang Ayam HARAM
Ayam HALAL
- HPA di sini
Saya sebagai seorang suri rumah mengakui bahawa sukar untuk mencari ayam yang benar-benar halal seperti yang disenaraikan di atas. Ayam HPA agak mahal berbanding ayam biasa tapi jika dibandingkan dengan tahap penjagaan ayam selama 40 hari berbanding ayam biasa 25 hari, makan herba dan habatus sauda' hari-hari, kalah kita mahupun MB Kelantan (katanya, dia pun tak makan habatus sauda' hari-hari) serta dipantau panel syariah sepanjang proses penyembelihan, maka harga tersebut amatlah kecil nilainya. Fikir-fikirkanlah sendiri.
No comments:
Post a Comment