Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Saturday, November 3, 2012

Resipi Aiskrim Potong

 Bahan-bahan ( Perhatikan perbezaan tepung ubi untuk "Kacang merah" ~ guna 2 sb". Yang lain kekal 1.5 sb t. ubi. )

  • BAHAN A
  • 250g Gula kastor
  • 3.5 sb susu tepung @ coffeemate
  • 350ml air
  • BAHAN B - Bahan2 tepung tak boleh banyak2, takut ais nanti rasa tepung :(
  • 1.5 sb paras tepung ubi ** (utk kacang merah guna 2sb)
  • 3 sb paras tepung jagung
  • 50 ml air
  • ** Campurkan tepung2 dengan air, kacau2 

Friday, November 2, 2012

Resipi vanilla cup cake

 Bahan-bahan ( lebih kurang 40 biji saiz sederhana )

  • 250 gm butter-saya guna mentega lembut
  • 180 gm gula castor
  • 185 gm tepung naik sendiri
  • 60 gm tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 185 ml susu segar-saya guna serbuk coffeemate dibancuh dgn air suam
  • 1 sudu kecil essen vanilla-saya tambah
  • pewarna hijau dan merah dan colour rice-saya tambah

Thursday, November 1, 2012

Resipi Talam Keladi

 Bahan-bahan ( saiz 10" loyang empat segi )

  • Lapisan Bawah : Bahan A :
  • 200gm tepung beras
  • 20gm tepung ubi
  • 1 1/2 tsp garam
  • 300 ml santan pekat KARA
  • 550 ml air
  • 70 gm gula kaster/halus
  • Bahan B: 200gm Keladi (potong kiub, kukus, warnakan ungu, lenyek sedikit)
  • Lapisan Atas:
  • 120gm tepung gandum
  • 200gm gula kaster
  • 3 biji telur B
  • 200 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 tsp pewarna ungu
  • 1/4 tsp garam 

Wednesday, October 31, 2012

Resipi Kek Coklat Moist

Bahan-bahan ( 1 biji loyang sederhana )

  • 2 biji telur
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk nescafe
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 1 cawan air mendidih

Tuesday, October 30, 2012

Resipi Dark Chocolate Cake

 Bahan-bahan ( 1 biji loyang sederhana )

  • 2 biji telur
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk nescafe
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 1 cawan air mendidih 

Cara-cara

  1. pukul telur hingga kembang, masukkan gula, pukul lagi.
  2. masukkan susu cair, pukul, masukkan pula tepung, minyak n serbuk koko. pukul lagi.
  3. masukkan nescafe, baking powder, soda bikarbonat n esen. pukul rata.
  4. masukkan air n pukul sebati. tuang dalam loyang yg dialas n bergris.
  5. bakar selama 45min n sejukkan. hias ikut suka.


Monday, October 29, 2012

Resipi Popia Basah

Bahan-bahan ( 12 - 15 keping kulit popia )

  • inti:
  • 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih - dihiris
  • segenggam udang kering - dicuci & ditumbuk kasar
  • sebatang lobak merah - disagat
  • 5 helai kacang panjang - dipotong 1 cm
  • sekerping, dua tauhu - potong dadu 1cm
  • 1/4 biji sengkuang - disagat
  • ikut suka lah jika nk tambah sayur2 lain yg diingini janji brsifat kering. ada juga yg bubuh telur dihancur2kn.
  • bahan2 utk kulit:
  • 2 cawan tepung gandum
  • sebiji telur, 1 sudu makan cuka, 1 sudu makan minyak masak, 1 sudu teh rata garam & air secukupnya.
  • bahan utk sos:
  • 20 tangkai cili kering, 5 ulas bawang putih, 2 sudu makan bawang goreng - dikisar
  • 1 sudu kicap manis, 2 sudu sos tiram, 1/2 cawan air asam jawa, gula melaka secukupnya, garam secukup rasa.

Sunday, October 28, 2012

Resipi Mashed potato

 

Bahan-bahan ( 1 Orang )

  • 1 biji kentang sederhana besar
  • 1/4 kiub ayam tanpa msg
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 ketul mentega tanpa garam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • air
  • sedikit garam jika perlu

Cara-cara

  1. Buang kulit ubi dan potong 8.Rebuskan ubi hingga empuk dan lembut.Lecekkan ubi hingga lumat.Kemudian kepalkan menjadi bulat di dalam mangkuk.
  2. Bancuhkan tepung jagung dengan air, lada hitam dan kiub ayam.Jangan terlalu pekat.Tambahkan sedikit garam jika perlu.
  3. Cairkan mentega dalam pan dgn api yang kecil.Masukkan bancuhan tepung dan kacau perlahan lahan hingga masak.Jangan terlalu lama di atas api.
  4. Curahkan kuah ini di atas kentang lecek tadi.Sedia untuk dihidang.

Saturday, October 27, 2012

Aiskrim Roti Goreng


Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 2 keping roti
  • aiskrim (sebarang jenama)
  • tepung jagung (dibancuh dgn air)
  • coklat chip

Cara-cara

1. Ambil 2 keping roti (yg selalu org buat sandwish tu) gelekkannya bagi leper dengan cawan ataupun pengelek. 
 
2. Kemudian letakkan sekeping roti di bawah dan sudukan 1 sudu aiskrim dan taburan coklat chip di atasnya
 
3. Selepas itu tutupkannya dengan sekeping roti lagi yang telah di sapu dengan bancuhan tepung jagung di hujungnya.
 
4. terapkannya pada bentuk bulat dan terus masukkan ke dalam peti ais selama 2-3 jam. 
 
5.Kemudian boleh dikeluarkan dan digoreng dengan minyak yang penuh, angkat dan lap dengan tisu kedap minyak

Friday, October 26, 2012

Resipi aiskrim bersalut conflakes dan walnut


Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 5 scoop aiskrim vanila
  • 1 biji telur
  • 1 cawan conflakes
  • 1 cawan chopped walnuts
  • minyak untuk menggoreng
  • sirap coklat secukupnya

Cara-cara

  1. Scope
    Scoop aiskrim yg saya guna seperti dalam gambar. 

Thursday, October 25, 2012

Resipi Aiskrim Blackberry

Bahan-bahan
¼ cawan blackberry
1 Cawan Yogurt Tanpa perisa
2 sudu kecil jus lemon
½ cawan raspberi + 2 sudu untuk hiasan
½ cawan krim putar
2 sudu besar gula/ madu
½ cawan ais krim, vanila

Cara menyediakan:

1. Blend blackberry dengan 1/2 cawan Yogurt dan 1 sudu kecil jus lemon dengan blender.
2. Tuangkan kedalam gelas kaca.
3. Kemudian blend lagi rasberi dengan 1/2 cawan Yogurt dan 1 sudu kecil jus lemon dengan blender.
4.Tuangkan campuran tadi sebagai lapisan kedua kedalam gelas.
5.Pukul Krim putar bersama gula.
6.Tuangkan keatas lapisan rasberi tadi.
7. Hiaskan dengan satu skop aiskerim dan sedikit rasberi sebagai hiasan.

Tuesday, October 9, 2012

Hamburgers and Meatballs

THIS is a fun and easy recipe to make for lunch or dinner! Enjoy the meatballs and burgers – or try baking the mixture as a meatloaf, or even frying the minced meat to use as a topping for pasta.
Meatballs
  • 500g meat (250g beef and 250g pork. Pork may be replaced with chicken)
  • 2 eggs
  • 2 large potatoes or 3 small potatoes
  • 1 large onion or 2 small onions
  • 2 slices of bread, or 1 cup of breadcrumbs
  • Optional: ½ tbsp Worcestershire sauce
  • Optional: ½ tbsp ketchup
  • 1/4 cup milk
  • Herbs to taste such as basil, rosemary, oregano, or thyme
  • Salt and pepper, to taste (1 tsp salt, minimum)
  • Oil for frying

Monday, October 8, 2012

Sushi

IF YOU love eating sushi, here's a simple sushi recipe that you can make at home. In this tutorial, you will learn how to make the Hawaiian Sushi Roll.


 


What you need:
  • 120g sushi rice, cooked
  • 1/2 piece of nori (seaweed)
  • 120g mango, sliced
  • 60ml mayonnaise
  • 1 tiger prawn, dipped in egg,
    then coated in bread crumbs and fried
  • 30g sushi gari (pickled ginger)
  • 1 bamboo mat

Sunday, October 7, 2012

Home made Noodles

Pasta is made with just three ingredients: flour, sugar and eggs. Capricciosa shows how to make it at home.

Step 1: Place sugar, flour and egg in a mixer. You can play around with the proportions. For example, add more or less sugar or egg if you like. At Capricciosa, the chefs do not add water to the mixture as they prefer the dough to be thick.
 
Step 2: Start mixing the ingredients in the mixer. You can also use a whisk or do it by hand, though it might take longer. “The mixture is very thick. Even with an industrial mixer it takes half an hour to reach the right consistency,” says Capricciosa’s Ryan Poh.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com