
Subhanallah. Maha suci Allah yang berkuasa memakbulkan segala permintaan walau dalam sekelip mata walaupun mustahil pada logik akal. Maka tambahkanlah rasa takut dan harap kita kepada Allah dalam setiap detik yang kita lalui.
Pada suatu ketika, seorang sahabat bertanya : "Bila awak nak nikah ye?" Tanpa dirancang saya menjawab, "Umur 21 nanti saya nikah la."
Kenyataannya, pada usia 21 tahun Allah menikahkan saya di saat saya tak punya wang dan masih kuliah di semesta akhir. Duit hantaran pula kugunakan untuk beli laptop bagi menyiapkan fyp sebab laptop lama rosak dan bayar duit tiket ke Sarawak yang dipinjam sebelum nikah. Dahlah tarikh nikah 6 hari selepas tarikh merisik. Tak logik pun ada. Tapi semua tu kan mudah bagi Allah. Allah telah murahkan hati mak untuk sponser semua kos untuk kenduri dan hantaran untuk lelaki. Terima kasih mak. Sayang mak.
Ni pula cerita tak logik. Pada suatu hari, saya pergi membeli poster kanak-kanak di POPULAR, JUSCO, IPOH. Lepas bayar harga barang dekat kaunter,saya berjalan untuk keluar dari kedai tersebut, tiba-tiba hati saya berkata : 'cam ne la kalau pintu ni berbunyi masa saya melaluinya.. '
Subhanallah. Pintu elektrik tu betul-betul berbunyi saat saya melaluinya. Kaget juga bila pak 'guard' tarik baju saya dan memeriksa plastik yang saya pegang. Dia pun bertanya pada 'casher' tentang poster tu. "Dah bayar dah," jawab si 'casher'. Terpaksalah pak 'guard' minta maaf dan lepaskan saya dengan muka yang berkerut-kerut. Pintu elektrik ni rosak ke ?
Ni pula adegan di bilik bersalin. Nak bersalin ni sakit tau. Sape yang bersalin je yang tahu rasanya. Tanda bersalin ada 3, salah satunya sakit perut yang kuat berkali-kali. Masa pukul 5.45pagi di atas katil bersalin, saya berkata dalam hati, 'sakit perut sampai kul 6 je tau, pastu 'baby' ummi kene keluar.' Jadi kul 6++pagi dah mula meneran. 6.10pqgi 'baby' dah keluar. Huh lega rasanya.
Isnin lepas, mak cakap nak datang rumah. Dalam hati kata, 'kalau mak datang bawa ayam, saya nak goreng celup tepung. Boleh cicah dengan sos cili RFC.' Petang tu, kata hati saya pun terealisasi.
Orang kata, berhati-hati dalam berkata, walaupun terdetik di dalam hati, apatah lagi kalau mengangkat tangan dan berdoa. Berkata hanya yang baik bak kata hadis, 'Berkata baik ataupun diam'. Dalam mendidik anak-anak, elakkan kata-kata negatif seperti bodoh, tolol, malas, nakal dan sebagainya. Mana tahu kata-kata itu dimakbulkan Allah. Kata-kata negatif yang keluar dari mulut ibubapa akan mencelakakan hidup anak-anak mereka. Ibubapa juga yang akan sengsara, bila tengok anak entah apa-apa.
Saat Rasulullah saw bertemu dengan anak kecil, baginda akan menggosok kepala mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka. 'Semoga Allah mengurniakan kepadanya kefakihan dalam agama.' Semoga teladan suci ini juga menjadi amalan kita pada hari ini.
Terkadang kita tertanya-tanya, kenapa Allah belum memakbulkan doa kita, sedangkan berkali-kali kita telah mengangkat tangan untuk berdoa kepadaNya.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang
beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).
Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? (Hadis riwayat al-lmam Muslim.)
Maka perhatikanlah makanan, minuman dan apa yang kita gunakan adakah halal ? Jika belum, maka bertaubatlah sebelum terlambat. Agar kita menjadi orang-orang yang dimakbulkan doa oleh Allah.
p/s: Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut, basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang sentiasa mensyukuri nikmatMu dan badan yang ringan mengerjakan ketaatan di atas jalanMu. Kenapa kita perlu berdoa begitu ? Kerana kita tak tahu yang mungkin suatu ketika kita menjadi malas atau disibukkan dengan urusan dunia sehingga kita sukar untuk melakukan ibadah di jalan Allah. Begitulah besarnya impak DOA dalam kehidupan kita. Berusahalah untuk Allah berkata 'KUN' untuk hanya yang terbaik untuk kita.
No comments:
Post a Comment