Tuesday, October 5, 2010

Apa Kelebihan Cloth Diapers ?



Kenapa pilih cloth diapers? Ada banyak sebab. Cloth diapers lebih lembut pada kulit bayi anda. Cloth diapers juga bebas daripada sebarang bahan kimia yang terkandung di dalam disposable diapers.



Lebih Selesa
Saya percaya keselesaan adalah sebab yang paling penting kenapa memilih cloth diapers. Cloth diapers diperbuat daripada jenis fabric yang berudara yang mampu memberi kelembutan kepada si manja anda. Cloth diapers tidak mempunyai plastik atau bahagian kertas yang boleh melukakan kulit bayi anda. Cloth diapers kini juga lebih cantik dipandang kerana terdapat dalam pelbagai jenis warna dan corak yang menarik. Adakah anda perasan apa yang disiarkan oleh jenama iklan disposable? Lapisan luaran “seperti-kain” – mereka juga tahu kain adalah yang paling selesa!

Menjimatkan
Menggunakan cloth diapers lebih menjimatkan dan menguntungkan berbanding lampin pakai buang. Walaupun untuk belian pertama memerlukan belanja yang tinggi, anda akan tetap dapat menjimatkan wang untuk jangka masa panjang kerana cloth diapers boleh bertahan beberapa tahun. Bukan saja bertahan lama tapi lebih kerap anda mencucinya, lebih tinggi daya serapan. Pastinya ini tak boleh berlaku pada lampin pakai buang, kan? Ok, katakan dengan menggunakan lampin pakai buang:


Bil hari
Harga seunit
Kuantiti
Harga
1
RM0.60
6
RM 3.60
365
RM0.60
365 x 6
RM 1, 314.00
3 tahun
RM0.60
3 x 365 x 6
RM 3, 942.00



Sebagai tambahan, cloth diapers boleh disimpan untuk anak anda seterusnya ataupun dijual semula sebagai permulaan simpanan. JIMATKAN??!!

Sihat – tiada lagi ruam
Dengan cloth diapers ini si manja tidak mudah dijangkiti ruam. Ini kerana fabrik yg digunakan membenarkan pengaliran udara di dalam cloth diapers jadi si manja akan rasa lebih selesa dan segar. Tidak seperti lampin pakai buang yang menggunakan bahan terpakai seperti bahan kimia, kertas, dan plastik. Cloth diapers adalah pilihan yang lebih bersifat natural. Lagipula, anak anda akan cepat sedar perbezaan antara basah dan kering. Ini kerana cloth diapers kurang menyerap berbanding lampin pakai buang, bukan ke satu perkara yang baik?! Cloth diapers biasanya akan mula terasa basah selepas purata 4 jam selepas dipakai sedangkan lampin pakai buang menyembunyikan kebasahan. Takkan anda nak biarkan anak anda berendam dengan najis untuk masa yang lama. Oh tidak..!

Mesra Alam
Lampin pakai buang akan tinggalkan sisa buangan dan pencemaran bermula daripada pengeluar kepada pengguna. Dianggarkan secara puratanya 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap tahun, itu belum kira pembuangan dari hasil 
pengeluaran dan pemprosesan. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah kerana adanya najis. Sedangkan jika menggunakan cloth diaper, semua najis akan dibuang ke tempat sepatutnya iaitu dalam mangkuk tandas. Lagipun, semua produk yang berasaskan kain jika sampai kepada penghujung jangka hayat boleh digunakan sebagai kain buruk dan akhirnya ia mudah terurai dan kembali pada tanah.

Mudah
Ramai ibu bapa yang fikir cloth diapers memerlukan banyak kerja. Sebenarnya tidak, lampin kain moden sangat mudah untuk digunakan semudah lampin pakai buang, begitu juga dengan penjagaan cloth diapers. Kebanyakan jenis cloth diapers mempunyai bahagian kaki dan pinggang yang bersifat elastic jadi ia berfungsi sama sahaja seperti lampin pakai buang.

Bertahan Lama seperti Lampin Pakai Buang
Cloth diapers boleh bertahan sama seperti lampin pakai buang biasa 3 hingga 4 jam. Malah kalau anda inginkan waktu yang lebih lama, anda boleh masukkan 2 insert dalam satu masa. Dengan ini cloth diapers boleh bertahan sehingga 7 hingga 8 jam. Amat sesuai untuk dipraktikkan pada waktu malam.

Lebih Banyak Sebab Kenapa Pilih Cloth Diapers
Jika anda masih ragu-ragu, lihat artikel ini untuk lebih banyak sebab kenapa pilih cloth diapers:

No comments:

Post a Comment

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com