Okay, Ini antara faktor-faktor utama yang mendorong berlakunya kebocoran:
- Ibu-ibu tidak buat Prewash sebelum guna / tidak cukup prewash sekurang-kurangnya 2 kali (lebih banyak prewash, lebih baik): Adalah sangat penting untuk prewash new diapers. Ideally, it should be washed 2 times before using to attain good absorbency (lebih daya serapan). Sesetengah orang mencadangkan cuci dengan air suam, tapi kalau air sejuk pun tak pe... prewash juga dapat buang sisa2 dari kilang... Biasanya kalau beli baju baru pun kite cuci dulu sebelum guna kan??
- Cloth Diaper longgar atau saiz yang dipakaikan pada baby tidak sesuai. Bile CD yang dipakaikan longgar, CD tidak akan rapat di bahagian pangkal paha, jadi weewee boleh keluar melalui ruang yg terbuka. Tapi jangan la sampai terlalu ketat...Kesian baby..
- Pemakaian yang lama (lebih dari sepatutnya)/kapasiti yg sudah maksimum. Seelok-eloknya 1 insert (daytime usage) dipakaikan untuk 4-5jam while 2 insert (nighttime usage) boleh tahan sampai 7-8jam. Kalau baby jenis heavy wetter/wee wee dalam kuantiti yang banyak, perlu lebih kerap tukar. Bila cd dipakaikan terlalu lama dan kapasiti dah mencapai tahap maksimum, insert dah tak dapat menyerap kebasahan lagi.sebab tu la berlakunya kebocoran.
- Ada mendapan sabun pada insert/cloth diaper (masih ada sisa sabun pada cloth diaper). Ini boleh berlaku kerana semasa cucian, kuantiti sabun yang dimasukkan terlalu banyak (guna sabun 1/4 sahaja dari kuantiti yg dicadangkan untuk mencuci cd) atau tidak dibilas dengan bersih (nak make sure cd dibilas dengan bersih, buat extra rinse selepas habis cucian dgn menggunakan air yg lebih).
- Tidak buat strip wash/ jarang buat strip wash. Strip wash perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali.
- Penggunaan nappy cream. ini kerana nappy cream mengandungi unsur minyak, minyak yang terkena pada lapisan dalam cd akan menjadikannya kalis air dan tidak dapat menyerap basahan.
- Penggunaan sabun yang tidak sesuai. Jenis sabun yang bnyk mengeluarkan buih, mengandungi unsur softerner/ada unsur minyak yg akan meninggalkan bekas/ mendapan/ lapisan (built-in residue) pada Cloth Diaper dan insert.
Kesimpulannya, jika berlaku kebocoran, cube semak semula faktor-faktor yang menyebabkan cloth diaper boleh bocor dan cuba perbaiki kesilapan.
No comments:
Post a Comment