Tuesday, October 19, 2010

C.I.K.G.U


Cikgu...

Nama yang tidak asing dari dunia kita. Saya suka cikgu, saya sayang cikgu dan yang pasti, cikgu-cikgu juga sangat sayang pada saya. Ha..ha.. ye ke?

Saya kenal cikgu masa saya mula belajar kat PASTI Kg Laut. Mak cadangkan saya ke PASTI dengan cikgu bila tengok saya mula malas untuk belajar. Jadi, pagi-pagi saya akan ke rumah cikgu untuk ke PASTI bersama-sama. Bila nampak orang gila, saya suka menyorok belakang cikgu. Terima kasih cikgu.


Masa kat sekolah rendah, saya adalah anak emas cikgu. Masa darjah enam, saya memegang jawatan pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan pengawas koperasi dalam masa yang sama di SK SRI KG LAUT. Keputusan 4A 1B membuatkan saya adalah pelajar kedua terbaik sekolah.

Mak mintak saya sambung belajar di SMK DATO ISMAIL, jauh di Pasir Puteh. Disebabkan jauh dari rumah, cikgu-cikgu adalah umpama mak ayah saya. Suka nyer dapat lepak kat bilik cikgu. Sambil-sambil tanya pelajaran, tanya juga tentang kehidupan. Bila dapat keputusan PMR 7A 1B 1C, saya pun sambung tingkatan 4 di MRSM BESERI. Tapi cikgu tetap meraikan saya bila datang bertandang walaupun dah beranak pinak sekarang.

Kalau nak tahu, cikgu-cikgu MRSM BESERI adalah antara guru terbaik Malaysia. Kat sini anda akan jumpa pemeriksa kerja SPM, PMR dan matrikulasi Malaysia. Cikgu Matematik Tambahan saya adalah ketua pemeriksa Matematik Tambahan Malaysia. Hebat tak ? Selain pakar, cikgu-cikgu kat sini rajin dan baik hati. Bertuahnya jadi anak murid mereka. Suka juga lepak kat bilik dan rumah cikgu. Mak ayah kedua la katakan. Bila ziarah balik MRSM BESERI, terharu bila ada cikgu yang termimpi-mimpikan saya. 

Matrikulasi Perak dan UPM juga turut menyeronokkan. Bayangkan ada cikgu nak jadikan hasanah anak angkat dia. Nice tak ?

Cikgu bukan sekadar pengajar untuk cemerlang di sekolah tapi pencorak akhlak dan masa depan murid-muridnya. Kalau sempat, nanti saya tulis cerita masa saya pula jadi cikgu. Happening....

Ucapan saya untuk semua cikgu, terima kasih banyak-banyak atas segalanya. Ikhlaskan niat agar amal bernilai untuk ditukar dengan syurga. Salam sayang dan rindu untuk semua cikgu-cikgu saya.

No comments:

Post a Comment

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com