Islam tidak menggalakkan umatnya untuk membiayai hidupnya dengan berhutang. Berhutang dalam Islam hanya diizinkan bila kita betul-betul menghadapi kesulitan ekonomi yang tidak dapat dielakkan. Itupun, hutang itu hendaklah diusahakan bersumber dari hutang yang terbebas dari nilai-nilai riba. Apakah hal ini diberi perhatian serius oleh pengurusan ekonomi negara dalam pengurusan kewangan Negara?
Al Quran telah merakamkan kisah pengurusan ekonomi bijak oleh Nabi Yusuf as. Ini terbukti dalam kisah yang dipaparkan al-Quran berhubung tawaran diberikan kepada Nabi Yusuf as. oleh Raja Mesir untuk bertindak sebagai Bendahara atau menteri kewangan Mesir.
Menurut riwayat, selepas dilantik menjadi menteri, Nabi Yusuf as. segera menyiapkan bekalan dan mengambil tindakan cukup terancang bagi menangani musim kemarau serta kebuluran yang akan melanda Mesir.
Sehubungan itu, rakyat Mesir digesa menanam gandum selama tujuh tahun berturut-turut. Gudang besar atau piramid dibina untuk menyimpan hasil tuaian gandum berserta tangkainya dan batangnya. Ini bertujuan mengekalkan kesegaran dan kelembapannya selain mengelakkan ia diserang ulat.Bekalan yang disimpan itu juga hanya dinikmati dalam kadar yang sedikit sepanjang tahun-tahun kemarau berikutnya, iaitu sekadar memenuhi keperluan dan untuk menghilangkan kelaparan. Selain itu, sebahagian kecil daripada gandum itu juga disimpan untuk dijadikan benih.
Ibn Kathir dalam kitab tafsirnya menyatakan, Nabi Yusuf as. sendiri, Raja Mesir dan tenteranya hanya makan sekali saja dalam sehari, iaitu pada waktu tengah hari bagi memastikan bekalan makanan mencukupi untuk rakyat Mesir menghadapi saat genting sepanjang tujuh tahun kemarau itu. Negeri yang berjiran dengan Mesir seperti sebahagian negeri Syam dan Kan’aan (Palestin) turut menerima faedah daripada perancangan rapi negara Mesir ketika datangnya musim kemarau.
Mesir yang kaya dengan hasil buminya menjual bijirin, iaitu makanan asasi kepada negeri berkenaan untuk membantu mengatasi masalah kebuluran yang melanda rakyat. Jelas daripada kisah kebijaksanaan pengurusan ekonomi Negara oleh Nabi Yusuf yang dipaparkan al-Quran itu antara langkah terbaik yang seharusnya diambil sebagai perancangan teliti dan pendekatan bijak seperti Malaysia, ekonomi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dan tidak sewenangkan mengambil jalan berhutang sebagai langkah mengejar kemajuan.
Antara faktor yang menyebabkan sesebuah Negara hilang kawalan dalam pengurusan ekonominya sehingga menyebabkan hutang Negara tidak terkawal adalah kerana kelemahan dalam merancang perbelanjaan, ketidakupayaan mengawal kehendak diri, ketiadaan tabungan atau simpanan dan tidak menjadikan kesederhanaan sebagai peribadi kehidupan khususnya kalangan pemimpin Negara.Kesederhanaan adalah akhlak dalam Islam.
Justeru apabila perkara di atas berlaku, maka timbullah masalah dan kesulitan lain seperti bebanan hutang dan pinjaman yang tidak mampu untuk diuruskan dengan baik.
Al-Jahiz dalam bukunya, Al-Bukhala (The Misers) mengatakan, “Perbelanjaan menurut nafsu atau secara bermewah menjadi penghalang bagi perbelanjaan untuk melaksanakan kewajipan. Sebaliknya, perbelanjaan untuk tujuan melaksanakan hak serta kewajipan menjadi penghalang bagi perbelanjaan menurut nafsu. Anda mungkin mendapati kesilapan pada apa yang kukatakan ini, namun Mu’awiyah pernah mengatakan, “Aku tidak pernah melihat (wang) diboroskan tanpa tiadanya tanggungjawab yang diabaikan.”
Kalaulah pemerintah negara lebih peka terhadap konsep ekonomi Islam yang menggalakkan umatnya untuk hidup sederhana, maka dengan memanfaatkan seoptima mungkin sumber daya yang dianugerahkan Allah swt., maka tidak sepatutnya negara kita terus mengkoleksi hutang sepanjang hidupnya dengan dalih apapun. Usaha untuk menyeimbangkan antara pendapatan dan pengeluaran negara dengan berhemah dan berjimat cermat, maka dengan sendirinya akan menghindarkan kita dari perangkap hutang luar negeri. Samada diakui atau tidak, bila ekonomi kita harus bergantung dengan hutang, maka dengan sendirinya kita telah mengundang campur tangan Negara / agensi asing mengambil kesempatan atas kelemahan ekonomi negara.
Disinilah sebenarnya kehinaan sesebuah negara bermula. Kenapa tidak? Apabila kita sudah terperangkap dalam hutang, dengan sendirinya bukan hutang material sahaja yang timbul, tetapi kita juga telah terjebak dalam hutang budi dan jasa. Apabila ini terjadi, maka dengan sendirinya kita harus memenuhi keinginan negara pemberi hutang tidak hanya terhadap syarat-syarat yang disebutkan dalam perjanjian hutang (debt-agreement), tetapi juga terhadap konsekuensi yang terjadi akibat berhutang tersebut.
Dan sejarah telah membuktikan bahawa Yahudi Menggenggam dunia lain melalui hutang yang diberikan. Kerana hutang juga istana menjadi pusat pelacuran. Mungkinkah kita juga adalah mangsanya ?
sumber : http://usrahkeluarga.blogspot.com/2010/10/hutang-negara-bertimbun.html
No comments:
Post a Comment