foto dari sini
Segelintir anak akan menangis bila tiba waktu untuk dimandikan. Masalah ini datang dari rasa fobia dengan sesuatu yang tidak diingini anak ketika mandi seperti sabun yang masuk ke mata, tergelincir di bilik air, lemas dan sebagainya. Kenangan yang menakutkan itu akan menjelma setiap kali masa mandi tiba. Jika masalah seperti ini timbul, ibubapa perlu berusaha agar mandi menjadi suatu aktiviti yang menarik.
Pastikan kawasan mandi selamat untuk anak seperti lantai yang tidak licin bagi mengelakkan anak terjatuh. Pastikan sabun dan syampu tidak masuk ke mata dan air tidak disimbah ke atas kepala untuk mengelakkan anak dari merasa lemas. Cuba kawal suasana agar anda dan anak tidak stress.
Mainan
foto dari sini
Dipermulaannya, anda boleh meletakkan apa saja mainan yang boleh terapung di atas air seperti itik, bola dan sebagainya. Mainan ini akan menarik minat anak untuk bermain di bilik air. Sambil mandi, anak dapat bermain dengan riang. Pastikan mainan selamat untuk anak anda.
Timbul dan Tenggelam
Seperti yang anda tahu, mainan yang kurang tumpat (ringan) akan timbul di permukaan air dan yang lebih tumpat (berat) akan tenggelam. Jadi ambil barangan di sekeliling anda untuk diuji ketumpatannya. Anak anda pasti teruja dengan aktiviti seperti ini. Anda juga sebenarnya sedang mengajarnya prinsip ketumpatan yang bakal dipelajarinya di sekolah.
Buih dan Pelangi
Letakkan sabun atau syampu di telapak tangan anda, gosokkan kedua-dua belah tangan sehingga berbuih. Kepal tangan anda dan buka perlahan-lahan sehingga jari ibu dan telunjuk membentuk bulatan. Pastikan bahawa buih ada pada bulatan tersebut sebelum anda meniup buih itu keluar. Buih yang disinari cahaya lampu atau matahari akan membentuk pelangi. Jadi anda boleh mengajar anak tentang warna-warna pelangi.
Kolah renang dan pelampung
Mandi di tempat rekriasi juga adalah aktiviti yang menarik. Namun, jika anda tidak berkesempatan untuk keluar ke tempat-tempat menarik, belilah kolah renang dan pelampung. Anda boleh memasangnya sendiri di halaman rumah. Pastinya, ia juga sesuatu yang menakjubkan.
Akhir kata, jadikan setiap saat bersama anak-anak adalah waktu yang sukar untuk dilupakan.
No comments:
Post a Comment