"Kenapa pakai stokin atas rumah ?" soal jiran yang kehairanan.
"Sejuk ke ?" telah si jiran menebak jawapan pada suatu keajaiban.
Saya tersenyum. Itulah soalan biasa yang ditujukan kepada saya.
Setahu saya, kaki adalah aurat wanita ketika wujud lelaki ajnabi atau non-muslim yang mampu melihat kaki tersebut. Jadi saya bermujahadah untuk melaksanakannya walaupun mencabar juga untuk menegakkan syariat yang satu ini terutama ketika menyiapkan kenduri di dapur, tinggal sebilik dengan non-muslim, balik ke kampung yang ramai lelaki ajnabi (sepupu lelaki, ipar lelaki, suami ibu saudara) dan sebagainya.
Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat ? Jom kita lihat apa yang saya dapat tentang perbezaan pendapat ulama berkaitan kaki sebagai aurat.
Tidak ada nas yg direct atau langsung dalam masalah ini melainkan sepotong ayat umum dari Surah anNuur: 31
"...dan janganlah mereka (perempuan Islam) menzahirkan perhiasannya kecuali yg biasa nampak dari padanya..."
Secebis ayat umum ini telah melahirkan pelbagai pendapat fiqih mengenai apakah yg boleh dizahirkan oleh perempuan kepada umum bila mereka keluar dari rumah-rumah mereka. Kami simpulkan:
a. Fiqh Hanafi menetapkan dua kaki wanita bukanlah aurat kerana ia termasuk apa yg biasa nampak darinya kerana keperluan wanita melakukan pekerjaan hariannya. (alKasani, alBada'iy alSana'iy: Kitab alIstihsan, Jld 5)
b. Fiqh Syafi'iyah, ada dua pendapat:
Imam Muhyidin anNawawi (Syarah alMuhadzab,:3/173) kaki wanita adalah aurat. Imam alMuzani pula berpendapat kaki bukan aurat.
c. Imam atsTsauri juga berpendapat kaki bukan aurat (Syarah alMuhadzab, op cit, ms 173)
d. Fiqh Maliki menetapkan kaki adalah aurat ( alMudawwanah: 1/109; Syarah alKabeer: 1/215)
e. Fiqh alHanbaliah juga menetapkan kaki adalah aurat (alMughny: 1/601)
Fiqh Tahqeeq (Fiqh Analitis)
Bila ada banyak pendapat, maka kita beralih pada Fiqh Tahqeeq (Fiqh Analitis):
a. Imam asySyawkani (Nailool Awthor: 2/144) dan Tafsirnya, Fathul Qadeer: Tafsir surah anNuur) memilih pendapat bahawa kaki bukanlah aurat kerana memberi kemudahan kepada wanita.
b. Allamah Siddiq Hasan Khan (Nailool Maram: Tafsir surat anNuur ayat 31) memilih pendapat kaki bukan aurat.
c. Syaikhul Islam a Imam Salafiya Taqiyuddin Ahmed Ibn Taymiyah alharani (Majmu' Fatawa, cetakan Riyadh, Jld 22/114-115) juga memilih pendapat kaki bukanlah aurat kerana ia merupakan kesulitan bagi wanita baik dalam solat dan di luar solat berdasarkan Hadis Aisyah ra yg mentafsirkan "apa yg biasa nampak" dalam surah anNuur ialah termasuk Fatkhah (cincin yg dipakaikan oleh wanita Arab pada jari kaki)
Pendapat yang Rajih :
Pendapat yang dipilih oleh As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan dalam Ensiklopedianya berjudul : “Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat?” (Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa al-bait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah , Jilid 3 , masalah 2282 , ms.198) ialah kaki wanita dikira sebagai aurat dan wajiblah bagi setiap wanita itu untuk menutupnya , kecuali jika terdapatnya hajat atau keperluan yang menyukarkan wanita tersebut untuk menutup kakinya , maka dalam hal ini ianya dibolehkan untuk tidak menutupnya.
Jadi, jika kita mengimpikan syurga sebagai destinasi terakhir, maka bermujahadahlah untuk menutup aurat. Siapa yang sanggup pakai stokin lepas ni, sila angkat tangan.
p/s : stokin adalah pakaian untuk menutup kaki, kalau nak guna kain, kasut dll pun boleh jika sesuai. Ops, betis tu tetap aurat, jangan lak nak tayang sesuka hati.
:) peace (:
rujukan : al-ahkam.net
salam mujahadah.
ReplyDeletetak mampu komen cos ilmu skit sgt..tp sukarnya rasa nak melaksanakan berstokin di rumah MIL.. mampukah saya ni.. saya sendiri x tahu.. :(
ReplyDeleteberstokin di rumah jika ada lelaki bukan mahram je. tak susah pun, ambil stokin dan pakai.
ReplyDeletejk sulit dgn aktiviti dapur, maka diberi keringanan untuk tidak berstokin tapi melabuhkan kain atau seluar hingga ke buku lali.
Keyakinan diri membantu kita berjaya. Engkaulah apa yg engkau fikirkan. Maka fikirkan kejayaan utk terus berjaya.
ipar lelaki pun bukan mahram kan? Sbb tu saya cam x confident mampu melakukannya di rmh MIL..
ReplyDeleteya betul tu. ipar lelaki pun bukan mahram juga. utk kondisi serumah sulit sikit bg wanita yg ada anak, nak masuk dapur dll.
ReplyDeleteklw puan azma rasa sulit, maka dimaafkan utk tidak memakai stokin tapi melabuhkan pakaian hingga ke buku lali. Ini termasuk dgn kes tinggal sebilik dgn non-muslim.
smg Allah mempermudahkan semua urusan kita di dunia dan akhirat.