Ungkapan I LOVE U seringkali mengatasi ungkapan I LOVE MYSELF sehingga terasa sangat janggal untuk disebut. Kita juga biasa mendengar ungkapan bahasa Mandarin WO AI NI (SAYA CINTA AWAK) tapi tak pernah mendengar WO AI WO (SAYA CINTA DIRI SAYA). Adakah kita mencintai orang lain melebihi rasa cinta dan sayang kita pada diri kita sendiri ?
Islam juga menganjurkan kita mencintai diri sendiri sebelum keluarga kita daripada panasnya bahan api neraka : "Jagalah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka" (66:6)
Apa pentingnya mencintai diri sendiri ?
Ungkapan I LOVE MYSELF sebenarnya meningkatkan tahap percaya diri seseorang. Orang yang tinggi tahap percaya diri adalah orang yang hebat dan berjaya dalam setiap usahanya. Dialah yang melakar kejayaan demi kejayaan untuk dirinya kerana dia percaya bahawa dia mampu mencapai kejayaan. Setiap dugaan dianggap sebagai ujian kecil untuk meraih kejayaan yang lebih besar.
Ungkapkan I LOVE MYSELF setiap hari sehingga kita benar-benar merasai bahawa kita memang benar-benar mencintai dan menghargai diri kita. Semestinya kita adalah aset yang paling bernilai. Dengan itu, kita telah mengarahkan minda bawah sedar kita bahawa kita memang seorang yang paling bagus, baik dan berharga.
Bila kita memang menyukai diri kita, orang juga akan mula menyukai kita. Bila orang menyukai kita, orang akan menyukai apa yang kita katakan dan barang yang kita tawarkan. Bagi penjual, tahap percaya diri mampu meningkatkan graf jualan anda. Bagi pekerja, tahap prestasi kerja akan bertambah dan bagi pelajar, tahap prestasi akademiknya akan cemerlang.
Mengorak Langkah
Jika anda menunggu bas di perhentian bas. Tiba-tiba anda melihat bas berlalu tanpa berhenti mengambil anda. Apakah yang anda fikirkan ?
Jika anda percaya pada diri anda bahawa anda akan dapat menaiki bas tersebut. Anda akan mengejar bas tersebut dan menjerit : "Tunggu..tunggu !" Tentu sekali bas akan berhenti dan anda pasti akan dapat menaikinya.
Tapi jika anda tidak ada percaya diri, anda akan berfikir : 'mesti tak sempat nak kejar bas ni.' Maka anda akan terus duduk dan membiarkan bas tersebut berlalu pergi. Itulah perbezaan antara orang yang percaya dan tidak mempercayai diri mereka.

Selamat dunia dan akhirat
Orang yang tinggi percaya diri dan mencintai dirinya akan percaya dan memastikan dirinya bahagia di dunia dan akhirat. Di dunia dia berusaha untuk hidup selesa dan di akhirat juga terlepas dari azab api neraka. Dia percaya dengan sebenarnya bahawa janji Allah itu pasti benar dan dia berusaha untuk mencapainya dengan sedaya upaya.
Jadi, sanggupkah anda mengucapkan I LOVE MYSELF setiap hari pada diri anda?
No comments:
Post a Comment