Manusia dijadikan Allah daripada 4 unsur iaitu Rohani, Emosi, Minda dan Jasad (REMJ). Untuk mendapat kesihatan yang sempurna kita perlu menjaga keseimbangan 4 unsur tersebut.
Keseimbangan Rohaniah (Spiritual)
Keseimbangan Rohaniah atau roh bergantung kepada keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Amalan-amalan seperti solat, doa, zikir dan sebagainya akan memberi ketenangan kepada kita. Jika tidak, strees terhadap tekanan persekitaran akan menimbulkan banyak penyakit kronik. Setelah keseimbangan rohani dicapai, barulah kita boleh melangkah ke langkah seterusnya iaitu keseimbangan Emosi atau hati.
Keseimbangan Emosi (Qalb/Hati)
Ada banyak cara untuk memastikan hati kita tenang tetapi masih dalam ruang lingkup menanam sifat mahmudah ke dalam diri dan menjauhi sifat mazmumah. Dengki, khianat dan pelbagai sifat negatif hanya akan membawa tekanan pada Emosi kita sehingga melakukan perkara buruk untuk diri kelearga dan masyarakat.
Keseimbangan Minda (Akal)
Keseimbangan minda terhasil apabila kita menjuruskan pemikiran kepada perkara yang positif dan menggunakan minda untuk tujuan kebaikan. Latih minda kita untuk berfikiran positif, dengan ini kita akan menggunakan minda bawah sedar untuk melangkah ke arah kejayaan.
Keseimbangan Jasmani (Fizikal)
Keseimbangan Jasmani bermakna jika kita telah mencapai keseimbangan Rohani, Emosi dan Minda. Keseimbangan Jasmani terhasil apabila menjaga pemakanan mengikut piramid makanan, beriadah dan menghindari amalan tidak sihat seperti merokok, minum arak dan menjauhi sumber dan makanan yang HARAM lainnya.
Jika anda mengalami masalah kesihatan, maka anda perlu untuk memuhasabah diri dengan kembali kepada keseimbangan 4 unsur yang telah diciptakan oleh Allah. Kita sekadar berusaha, Allahlah yang menentukan hasilnya.
Sumber : Rahsia Langsing : Anggun, Cantik dan Sihat
satu perkongsian yang baik..
ReplyDelete