Sunday, November 21, 2010

Pendidikan anak : Motivasi vs Ancaman

"Abdullah, jangan buat macam tu!"
"Kalau Abdullah buat macam tu nanti ummi marah!"
"Jangan tuang air!"
"Jangan panjat tu, nanti patah!"
Tak terkira perkataan yang macam tu keluar dari mulut setiap hari.

Ali b Abi Talib pernah berkata,
"Tahukah kamu bagaimanakah ciri-ciri seorang yang benar-benar faqih (memahami agama)?, Dia adalah orang yang tidak membuat orang berputus asa dari rahmat Allah dan tidak memberi keringanan kepada seseorang yang berbuat maksiat kepada Allah. Tidak meninggalkan al-Qur'an kerana tertarik kepada selain dari al-Qur'an. Sesungguhnya tidak ada kebaikan dalam ibadah yang tidak disertai dengan ilmu, dan tidak ada kebaikan pada ilmu yang tidak disertai dengan fiqih (pemahaman yang mendalam) di dalamnya, dan tidak ada kebaikan pada bacaan al-qur'an yang tidak disertai dengan penerangan di dalamnya."
Pengajaran :
1. Mendidik seseorang perlulah dengan memberikan motivasi yang menceritakan kebaikan-kebaikan berbuat baik kepada mereka terlebih dahulu sebelum memberi ancaman yang akan menyebabkan mereka berputus asa. Orang yang bijak adalah orang yang memuji sebelum menegur kesalahan, atau memuji kembali selepas menegur kesalahan.
2. Teguran harus dibuat dengan cara yang bijaksana. Kadang-kadang kebenaran yang disampaikan dengan cara yang salah akan membawa kepada kerosakan lebih dari tidak menegur.
Suatu hari Ibnu Taimiyah berjalan dengan ramai anak muridnya lalu ternampak sekumpulan askar tartar yang sedang minum arak. Anak murid Ibu Taimiyah hendak pergi menegur mereka, akan tetapi di halang oleh Ibnu Taimiyah. Kata Ibnu Taimiyah,
"Allah mengharamkan arak agar manusia tidak lupa dan lalai terhadap kewajipannya, akan tetapi mereka terlupa dan lalai dari membunuh orang disebabkan oleh arak." Ada 3 jenis kesalahan yang memerlukan tidakan yang berbeza.
Satu, kesalahan yang kalau ditegur kemungkinan besar orang itu akan berubah atau orang lain mendapat manfaat besar dari teguran itu. Dalam keadaan ini, tegurlah orang yang berbuat kesalahan tersebut.
Dua, kesalahan yang kalau ditegur, orang itu akan jadi lebih teruk. Dalam keadaan ini, jangan tegur orang itu. Tunggu keadaan dan suasana yang lebih baik.
Ketiga, mungkin jadi lebih baik dan mungkin jadi lebih buruk. Dalam keadaan ini, boleh tegur dan boleh tidak tegur ikut kemungkinan yang mana lebih tinggi.
3. Agama islam adalah cara hidup yang terbaik di muka bumi, bukan satu kongkongan yang sengaja-sengaja diturunkan oleh Allah SWT. Allah berfirman :
"...Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..." (al-baqarah:185)
Begitu juga sikap kita dengan anak atau sesiapa, kita berhasrat ingin memudahkan mereka, bukan sengaja-sengaja ingin mengongkong mereka. Jadi nyatakan begitu pada mereka, bahawa kita tegur kerana sayang, kita tegur bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan mereka sendiri. Bahawa orang yang menegur tidak dapat apa-apa kepentingan pun.
Ini penting supaya mereka nantinya berubah untuk diri mereka sendiri, bukan berubah sebab ada ibu dan ayah. "Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: "Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar". (al-hujurat:17) Dengan teguran yang bersikap begitu, baru mereka akan lebih menghargai orang yang memberi nasihat, bukan bertambah benci dengan pemberi nasihat.
4. Teguran seharusnya menjadi motivasi kepada anak atau sesiapa sahaja untuk lebih banyak berbuat kebaikan. Orang yang banyak berbuat kebaikan akan automatik, kurang membuat perkara yang buruk. Jadi, diantara ancaman dan motivasi, motivasi harus lebih diutamakan dalam mendidik anak.
"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi). Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya, supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah). atau supaya jangan ada yang berkata: 'Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa'. Atau supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab: 'Kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), niscaya aku akan termasuk orang-orang berbuat baik'." (az-Zumar:53-58)
Lihat dalam ayat ini, ayat ini ditujukan pada orang yang telah melampaui batas, telah berbuat salah, telah melakukan dosa, Allah SWT tidak langsung memarahi mereka, bahkan mendahulukan memberi motivasi untuk bertaubat dan memberikan jaminan bahawa dia akan menerima semua taubat dan mengampuni semua dosa. Ayat yang kemudian barulah ayat ancaman dari Allah SWT kepada mereka yang walaupun dah diberi peluang begitu besar, tapi masih berdegil.
5. Mendidik anak dengan hikmah bukanlah langsung tidak memarahi anak dan sentiasa berlembut dengan anak. Bukan juga membiarkan anak berbuat sesuka hati mereka. Ada keadaan yang perlu marah, memang kene marah, tetapi bukan hentam keromo je marah, marah dengan hikmah. Bab bagaimana nak menegur dengan hikmah ni panjang dan saya pun dalam proses belajar dan terus belajar, Insya'allah bab ni akan terus dibincangkan dari masa ke semasa di sini.
sumber : anakkusayang.com

No comments:

Post a Comment

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com