Cheq bercadang nak hiaskan dress flower girl Aisyah ni dengan manik “baby daisy”. Oleh itu cheq telah pilih manik pearl kuning sebagai tengah bunga dan manik round toho warna cream untuk kelopak bunga. Teknik jahit manik ini amat mudah dan hasilnya juga amat comel. Sangat cantik bila dijahit pada baju kanak-kanak/baby, sesuai dengan namanya iaitu “baby daisy”.

Langkah-langkah:
1. Cucuk jarum dari bawah kain dan masukkan manik pearl utk tengah bunga. Cucuk jarum ke bawah kain.
2. Cucuk semula jarum dari bawah kain ke atas dan masukkan 8 biji manik bulat (perlu di ingat saiz manik ini perlu lebih kecil daripada manik utk tengah bunga. Bilangan manik bulat bergantung kepada saiz lilitan pada manik tengah. Sekiranya manik tengah lebih besar maka lebih banyak manik bulat diperlukan untuk membuat lilitan penuh supaya membentuk kelopak bunga.
3. Lilitkan manik bulat mengelilingi manik pearl (tengah bunga) dan cucuk jarum ke bawah di hujung lilitan.
4. Cucuk jarum dari bawah dan keluarkan jarum di celah manik ke-4 (ikut bilangan separuh lilitan). Cucuk semula jarum ke bawah untuk mematikan jahitan supaya lilitan manik tidak terangkat seperti gambar di bawah.
5. Siaplah jahitan manik “baby daisy”. Selamat mencuba
Edisi cuci mata/tayang anak dara:
Aisyah melaram dengan dress flower girlnya semasa kenduri kahwin “Moknie”. Dress belum dijahit manik baby daisy. sumber
No comments:
Post a Comment