Assalamualaikum.
Syariat menutup aurat adalah tanda kasih Allah pada kita agar
a) tiada yang teraniaya kerana melihat aurat yang dibuka-buka
b) dan tiada yang menganiaya diri sendiri dengan membuka aurat sendiri.
Sayangnya Allah pada kita kerana hanya bahagian badan tertentu sahaja ditutup di hadapan orang tertentu dalam adab memandang iaitu :
i. Muhrim – aurat dari pusat ke lutut (4:22-23)
ii. Wanita yang dilamar – semua aurat kecuali muka dan tapak tangan, boleh dipandang berkali – kali jika perlu, boleh bertemu jika ditemani muhrim wanita.
iii. Isteri – tiada aurat tapi lebih afdhal untuk tidak memandang anggota sulit (23:5-6)
iv. Wanita lain – semua aurat kecuali muka dan tapak tangan sama ada dengan syahwat atau tidak
v. Lelaki lain – aurat antara pusat ke lutut
vi. Wanita terhadap wanita - aurat antara pusat ke lutut
vii. Wanita kafir terhadap wanita muslim – semua aurat kecuali anggota bekerja
viii. Anak muda yang belum tumbuh janggut - aurat antara pusat ke lutut
ix. Anak kecil - Anak kurang 4 tahun - kemaluan sahaja
x. Keadaan terpaksa yang membolehkan memandang
- Melamar
- Mengajar ilmu yang bermanfaat
- Perubatan
Semuanya kerana Allah menginginkan keselamatan dari godaan nafsu terhadap semua makhluknya kerana Dia lebih tahu sisi lemah dan kuatnya seorang manusia.
Maka sayangkah kita pada Allah ?
Jom tutup aurat !!!
Keterangan kempen
a) ummu uswah ditag oleh kak yong untuk kempen ini. (Jumpa kat blog kak yong)
b) Kempen ini dimulai di blog pot pet king . Jadi ziarahlah ke blog penganjur ini untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan di sini dan mereka yang telah di tag di sidebar sebelah kanan blog pot pet king.
c) Ummu Uswah tag
- kak azma
- Zaikulim
- semua pembaca yang belum berkempen lagi
Akhir kata, selamat berkempen dan selamat menutup aurat ye :)
ummu uswah...
ReplyDeletethumbs up..
suka dengan perkongsian dan ingatan ini...
terima kasih. :)
ReplyDeletesayang semua kerana Allah.
Menarik.
ReplyDeleteKempen ni sedikit sebanyak menambah ilmu saya bila baca komen-komen dari penyokong kempen.
Kalau huraikan panjang sikit lagi saya suka.
Teruskan usaha.
Salam ukhuwwah.
thanks for supporting!
ReplyDeletemoga usaha kita diberkati Allah =)
to sumayyah. huraian panjang boleh baca label aurat.
ReplyDeleteto asyfiqaz. sama2.