Sunday, December 12, 2010

Tips Memesrakan Anak Sulung Dengan Adiknya


Orang kata anak sulung akan tersisih bila adik baru lahir, dia akan berkecil hati dan cemburu dengan adik baru. Hasilnya, pantang terlepas pandang, adik pasti dikerjakannya. Ibubapa pasti bingung untuk mengatasi masalah ini. Jom kita lihat, apa tips yang saya gunakan untuk menangani masalah ini.

Sebelum adik lahir
Sebelum adik lahir, ibu bapa sudah boleh menyemaikan perasaan sayang anak sulung pada adiknya. Ceritalah tentang adik pada si kakak atau abang. Saat adik menendang perut ibu, si sulung dibiarkan merasai pergerakannya. Pasti si sulung menyukainya. "Adik sayang along, along sayang adik tak? Nanti along dan adik main sama-sama ye." Selalulah ucapkan kata-kata positif dan harapan pada si sulung. Jadi dia akan berpandangan positif dengan kehadiran adiknya nanti sebagai kawan bukannya saingan. Anda juga boleh memberi motivasi kepada si sulung dalam menghadapi adik baru melalui video di sini. Pasti dia ternanti-nanti kelahiran adiknya itu.

Bahagikan tugas
Mungkin di awal kelahiran, si ibu kurang sihat untuk melayani kerenah along dan adik dalam satu masa kerana masih berpantang. Jadi sebaiknya bapa lebih mengutamakan along untuk diajak bermain dan berbual agar tidak terasa disisihkan. Anda juga boleh mengatasi masalah ini dengan bantuan atuk, nenek atau saudara mara yang berdekatan dengan tempat anda berpantang.

Melibatkan Along
Libatkanlah along ketika anda sibuk mengurusi adiknya yang baru mengikut kemampuannya. Tolong ambilkan bedak, diapers dan sebagainya. Ucapkanlah terima kasih buat along yang membantu anda mengurusi yang kecil. Pastikan anda tidak memencilkan along dalam apa jua keadaan. Dengan ini, along akan belajar berdikari, bertanggungjawab dan merasa dirinya dihargai.

Doa
Sesungguhnya Allahlah yang mempersatukan hati-hati dan mempermudahkan segala urusan. Bila cakap pasal doa, saya suka doa dalam video ini. Selalulah berdoa agar anda diberi kesabaran dalam mendidik anak-anak.

Mendamaikan pergaduhan
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik beradik. Ibubapa perlu bijak mengenali karakter anak-anak dan bagaimana mendamaikan mereka saat pergaduhan terjadi. Jangan cepat menyalahkan atau menyebelahi mana-mana pihak. Leraikan pergaduhan dan nasihat elok-elok bila suasana sudah reda. Jika anda tengah 'hot', baik tinggalkan tugas tersebut kepada orang lain.

Belajar memaafkan
Ajarlah anak-anak untuk saling menyayangi dan memaafkan kesilapan orang lain walaupun mereka masih kecil. Hidup ini tidak sunyi dari kesalahan. Contohnya kat sini.

Bersikap adil dengan anak-anak
Sebagai ibubapa, belajarlah untuk adil dengan anak-anak. Jangan bersikap pilih kasih atau berat sebelah. Setiap anak berhak untuk disanyangi tanpa syarat kerana mereka punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Didiklah anak kerana Allah kerana anak adalah anugerah dan amanah Allah.

No comments:

Post a Comment

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com