Thursday, December 16, 2010

Seminar PERCUMA Bersama Irfan Khairi

Anda berpeluang untuk bersama-sama Irfan Khairi dan rakan-rakan beliau dari Peoplepreneur Biz School yang akan mendedahkan "memulakan perniagaan dari 0" iaitu;
Tarikh    :               16 Disember 2010 (Khamis)
Masa     :               8.00 malam - 11.00 malam
Tempat  :               Hotel Cititel Mid Valley Kuala Lumpur
Tajuk     :               Seminar "dari 0" Masuk PERCUMA


Kebanyakan daripada kita mahu menjalankan perniagaan sendiri, mahu bebas kewangan dan bebas masa untuk bersama keluarga. Sering kali, halangan yang kita hadapi adalah, kita selalu memikirkan "saya perlu duit yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan".


Sekiranya MODAL merupakan faktor utama kepada anda, Irfan Khairi mencadangkan supaya anda menyemak dan mengenalpasti 3 kaedah ini untuk memulakan perniagaan dengan modal yang MINIMA iaitu;

1.       TANGGUHKAN perniagaan yang biasa dilakukan oleh usahawan lain seperti menyewa pejabat, mengupah pekerja dan sebagainya yang melibatkan kos PERMULAAN yang tinggi. Menangguh bukan bermakna untuk selama-lamanya tidak mempunyai pejabat TETAPI ia adalah permulaan bagi kita dalam memulakan perniagaan- ianya boleh dijalankan dari rumah.

2.       Menjalankan perniagaan melalui Internet menggunakan tools Internet yang sedia percuma, seperti blog, Facebook, dan Paypal, yang hanya memerlukan sedikit usaha daripada anda untuk menambahkan cara, kaedah dan strategi menjalankan perniagaan Internet. 

3.       Belajar kaedah menguruskan masa. Sebenarnya, modal dan masa adalah komoditi yang sama sifatnya. Sekiranya anda tiada modal untuk memulakan perniagaan, anda perlu mengorbankan lebih masa. Caranya adalah dengan mengetahui cara menguruskan masa anda dan memulakan perniagaan secara sampingan dari rumah. 

Ada banyak lagi cara yang boleh anda lakukan untuk menjalankan perniagaan dari 0, antaranya mengetahui apa yang pelanggan mahukan, apa yang perlu kita tawarkan serta langkah yang boleh kita ambil secara percuma untuk mepromosikan perniagaan kita. Menarik bukan?

Sesi PERCUMA ini ditaja oleh DiGi. Saya akan mengendalikan sesi Bicara Santai bersama anda untuk anda ketahui cara sebenar menjana pendapatan melalui Internet melalui perniagaan walaupun tanpa modal.

Untuk mendaftar anda perlu sms , , ke 017-3935364.

Tempat TERHAD dan bagi 30 peserta PERTAMA yang mendaftar akan diberikan DVD Perniagaan E-Book daripada saya bernilai RM 89.90 secara PERCUMA. Oleh itu, lakukan tempahan hari ini dan luangkan masa anda pada hari Khamis nanti!
Jumpa ANDA di sana!

-Irfan Khairi
Damansara, KL

sumber : newsletter Irfan Khairi 

No comments:

Post a Comment

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com