Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz dari Indonesia kepada kami dalam satu tazkirah ringkasnya. Kisah yang menjadi titik tolak kepada perubahan hidupnya.
Saat itu saya masih belasan tahun, ajakan seorang rakan rapat membawanya ke program motivasi tidak dapat ditolak lagi. Dalam program itu, hanya satu yang menarik perhatian saya : bukan pada penceramah, bukan pada fasilitator, bukan pada ramainya bilangan peserta atau modul yang digunakan tapi pada sebuah AL-QURAN. Apa yang ajaibnya pada al-Quran ?
Dulu, saya hanya tahu ada satu surah dalam al-Quran : Surah al-Fatihah. Sejak hari itu, saya cukup kagum bila mengetahui bahawa ada 114 surah dalam al-Quran. Kekaguman itu mematikan minat saya untuk terus berprogram tapi pulang ke rumah untuk memiliki sebuah al-Quran yang cukup mengkagumkan. Seluruh kedai saya jelajahi untuk mencari sebuah al-Quran. Namun hampa yang kutemui.
Akhirnya, saya meminta bantuan seorang sahabat untuk memiliki al-Quran yang ajaib. Dalam beberapa hari, nombor dan nama surah semuanya telah kuhafal. Kelas agama menjadi rutin hidupku untuk mempelajari isi kandungan al-Quran. Semangat untuk berhijrah ke arah kebaikan kian membuak-buak di dadaku sehingga saya lari dari rumah kerana keluarga tidak mendirikan solat.
Lantaran sayang, ayah dan ibu berhasil menjejakiku. Saya pulang dengan bersyarat. 'Keluarga kita wajib solat berjamaah.' Kerana sayang juga, syarat itu mereka iakan.
Saat semua siap dengan wuduk dan pakaian solat. Ayah menyoalku, "Bagaimana ya mau solat jamaah?" Saya yang saat itu belum betah menjadi imam turut menggeleng-gelengkan kepala. Banyak lagi yang perlu dipelajari.
Sejak dari hari itu, saya mempelajari Islam dengan sungguh-sungguh dan mengajarkan pada ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah, sehingga hari ini kami sekeluarga menjadi pengemban dakwah Allah di muka bumi ini.
Kita pula bagaimana ? Sabarkah kita menyeru keluarga dan masyarakat menuju redha Allah ?
jadikanlah kami penyebab hidayahMu Ya Allah.
ReplyDelete