Dewasa ini kita disogokkan dengan pelbagai informasi seks berupa youtube, video, e-book kamasutra, buku-buku, siaran tv, astro dan pelbagai media cetak yang lainnya. Sedar atau tidak, inilah punca utama masalah zina dan buang anak di seluruh dunia saat ini - diransang dengan keghairahan seks tanpa pedoman al-Quran dan Iman. Persoalannya, Bolehkah Belajar Seks Dari Video dan Kitab Kamasutra ?
Berdasarkan soalan yang dihantar kepada para ustaz, masyarakat sebenarnya menonton aksi seks atas beberapa sebab :
a) ingin mengetahui posisi terbaru yang boleh dipraktikkan bersama suami/isteri.
b) ingin belajar cara seks bagi pasangan akan berkahwin
c) ingin mengelakkan zina dengan mencapai klimaks apabila menonton filem porno bagi yang belum berkahwin
d) ingin belajar tentang seks walaupun masih sekolah
e) pengaruh kawan dan media massa
Kenapa bahan tersebut dijadikan sebagai rujukan ?
Ramai yang menjadikan video seks, youtube dan kitab posisi kamasutra sebagai bahan rujukan utama untuk mengetahui tentang perilaku seks kerana ia mudah didapati di internet dan pasaran semasa. Ia juga mengajarkan langkah demi langkah bagaimana untuk melakukan seks melalui video atau gambar lengkap di e-book.
Apakah hukumnya belajar dari bahan tersebut ?
Hukumnya adalah Haram kerana
a) haram melihat aurat orang lain apalagi tanpa seurat benang pun yang menutupi badannya.
b) haram melihat orang melakukan seks walaupun melalui video
c) haram melihatnya walaupun dengan niat untuk belajar atau mengekang nafsu daripada berzina
d) haram meniru cara seks bukan Islam seperti homoseks, lesbien, menjilat kemaluan, memasukkan penis ke dubur, tiada doa dan sebagainya.
Islam mengiktiraf perasaan seks manusia dengan memandunya dengan al-Quran dan as-sunah yang dihalalkan setelah nikah. Seks sebelum nikah membawa sengsara di dunia dan akhirat sedangkan seks setelah nikah adalah sedekah yang membawa ke Syurga.
Salam ummu uswah..
ReplyDeleteSaya sbnrnya risau membesarkan anak saya dlm zaman yg penuh dgn kemudahan belajar tentang seks ni. Ada tak sebarang petua atau tips mengelakkan anak2 terjebak dlm mengetahui sesuatu yg tak sepatutnya tu...
w'slm.
ReplyDeletependidikan seks perlu diberi pada anak mengikut umur mereka berlandaskan ajaran Islam.
Ajarkan pada anak bahawa kejahatan itu akan meresahkan hati dan merasa malu jika ada orang melihatnya. Tapi hanya hati yg dipenuhi iman akan merasainya.
Maka ajarilah anak untuk beriman pd Allah dgn sebenarnya : didik utk solat, saum, baca Quran, berkawan dgn org berakhlak dsb.
kita tak selamanya bersama anak2, maka ajarilah anak utk takut pada Allah, insyaAllah saat mereka diuji dgn kemaksiatan maka mereka kuat utk menolaknya.
Doa jgn lupa :)
malu nak tanya tp x tau nak tanya jugak..hehe..saum tu apa ye? Anyway thanx 4 the tips..insyaAllah akan cuba dilaksanakan..
ReplyDeletetak de masalah.
ReplyDeleteshaum atau saum bermaksud puasa.
bl bertanya, kita dpt tahu satu perkara baru :)