Saturday, December 18, 2010

Jom Cari Menantu ...


Assalamualaikum,

 Pada pendapat saya, kalau nak dapat menantu kene cari yang paling baik dari segala aspek terutama agama dan akhlaknya, ciri yang lain masih boleh dipertimbangkan. Bukan senang nak cari pasangan hidup yang terbaik untuk anak kerana kesilapan kecil ini akan membawa impak negatif yang besar dalam kehidupan anak kita. Menantu dan seluruh ahli keluarganya akan menjadi sebahagian daripada keluarga besar kita sepanjang usia perkahwinan anak kita. Jadi, hari ini, saya ingin berkongsi kisah benar episod cari menantu yang kami jalankan tanggal 17 Dis 2010.



Alkisahnya, adik perempuan bongsu saya diminati oleh seorang bangsa Myanmar (Q) sejak Ramadhan tahun ini. Pertemuan pertama mereka saat Q datang menjual hiasan ayat-ayat Quran dan buku-buku agama. Mereka berhubung melalui telefon dan sesekali Q datang bertandang ke rumah.  Q juga pernah membawa seorang pak cik untuk merisik adik untuk dinikahinya memandangkan ibubapanya telah meninggal dunia.

Asal-usul
Kunjungan Q ke rumah digunakan sepenuhnya untuk kami mengutip data tentang diri dan keluarganya. Pada awalnya kami tidak menyetujui hubungan tersebut memandangkan Q beribubapakan pendatang asing walaupun dia dilahirkan di Malaysia. Tetapi disebabkan adik beriya-iya mencintainya, maka kami menggunakan masa yang agak panjang untuk mempertimbangkan masalah ini.

Merisik khabar
Tanggal 17 Dis 2010 saya dan suami menemani ibu untuk merisik khabar dengan jiran-jiran Q perihal Q yang sebenarnya. Alhamdulillah, kami menemui sebuah keluarga yang mengenali secara dekat Q dan keluarganya. Ternyata kehidupan Q dan adik-beradiknya tidak stabil dari semua segi dan terlibat dengan jenayah serta ada yang ditahan di lokap. Selain akhlak yang kurang baik dan masalah ketiadaan IC serta status warga negara menambah kesulitan hidup jika berkahwin dengan rakyat Malaysia. Keterangan yang kami terima daripada jirannya ternyata benar apabila Q yang bertandang ke rumah nenek kami menceritakan perihal adiknya yang ditahan polis.

Bertemu Menteri Besar
Disebabkan mak dah bagi 3 botol air penawar dari 3 dukun untuk adik lupakan Q tapi tak menjadi. Jadi saya mencadangkan agar perjalanan kami diteruskan ke Pulau Melaka untuk bertemu Tuan Guru Nik Aziz. Ia bertujuan meminta jasa baik tuan guru untuk solat hajat dan nasihat bagi menyelesaikan masalah ini. Alhamdulillah, kami singgah solat Asar dan Maghrib di Masjid Pulau Melaka. Dengan seizin Allah juga kami bertemu Tuan Guru di masjid selepas solat maghrib. Beliau yang saat itu sedang membaca al-Quran meluangkan sedikit masa untuk mendengar permasalahan kami. Wah, inilah kali pertama bercakap secara langsung dengan Menteri Besar ini memandangkan kami ini hanyalah rakyat biasa !

Nasihat Menteri Besar
Kata beliau, "Sampaikan salam saya pada anak, katakan padanya seeloknya biarlah kahwin dengan orang tempatan kerana Q tidak mempunyai IC yang menyebabkan akad nikah tidak dapat dijalankan di Malaysia. Masalah akan timbul ke depan pada anak-anak yang tiada sijil kelahiran dan tidak mendapat hak kerakyatan serta bermasalah untuk disekolahkan. Biar susah sekarang, asal senang masa depan." (Terjemahan nasihat Tuan Guru kerana beliau cakap versi Kelantan)

Kami juga mengharapkan agar para pembaca mendoakan agar permasalahan ini dipermudahkan oleh Allah. Pernikahan bukan sebuah permainan tapi ikatan hidup yang penuh tanggungjawab. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Selamat menyambut menantu untuk mereka yang baru mendapat dan bakal mendapat menantu.
panduankelahiran

6 comments:

  1. Hurm..masalah juga ye kalau dah jatuh hati dengan bukan org tempatan :( Mama doakan semuanya berjalan lancar...

    Entri terkini: Perginya Seorang Jiran dan Bilo Papa Bongih

    ReplyDelete
  2. as salam..
    sungguh baik hati MB sanggup meluangkan masa dia.. Saya yg baca ni pun rasa terharu.. Mudah2an dipermudahkan urusan dan ditemukan jodoh yg baik untuk adik :)

    ReplyDelete
  3. to mama zara

    amin. terima kasih atas doanya.

    ReplyDelete
  4. to bunga

    amin. tq juga atas doanya. cam mimpi je kan dapat cakap dengan mb kelantan ni.

    ReplyDelete
  5. kerana cinta badan binasa, buta mata hati dibuatnya.. tp biarlah jgn binasa masa hadapan... semoga dipermudahkan urusan ni & semoga adik dpt lepaskan perasaan tu & semoga ada yang lebih baik dpt mencuri hati adik ummu.. Amin

    ReplyDelete
  6. tq kak yong.
    progress skrg makin ok.

    ReplyDelete

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com