Sebenarnya setiap kali mengajar kelas jahit manik asas, cheq-sue akan
cuba curi masa utk ajarkan teknik yang lebih advance cthnya seperti
jahit manik bunga teratai nih. Para peserta sangat suka bilamana bunga
teratai mereka menjadi. Yang tak menjadi tu tak pernah putus asa utk
terus mencuba. Di kesempatan ini sambil jahit manik pada baju raya
sendiri, cheq-sue sempat ambik gambar langkah demi langkah utk jahit
manik teratai. Saiz bunga teratai yg terbentuk bergantung kepada saiz
bulatan yg kita lukis dan jumlah kelopak yg kita jahitkan di sekeliling
bulatan tersebut.
Langkah-langkah:
1. Lukiskan bulatan. Untuk saiz bunga 9 kelopak ini cheq-sue buat
bulatan saiz penutup pen. Saiz ni lebih kecil daripada duit 5 sen. Tapi
apabila sudah jadi bunga ia akan kembang dan jadi sebesar duit 10 sen!
2. Utk setiap kelopak cheq-sue gunakan 3 labuci besar, 1 labuci kecil
dan 2 manik bulat. Cucuk jarum dari bawah kain dan keluarkan jarum di
atas garisan bulatan. Masukkan labuci seperti dlm gambar di bawah.
Cheq-sue lebih suka guna istilah ni: (terlangkup + terlentang + manik +
terlentang + labuci kecil terlentang + manik). Manik yg ke-2 tu kalau
tak nak letak pun tak pa.
3. Kemudian turunkan labuci spt kedudukan ini menghala ke tengah
bulatan dan cucuk jarum ke bawah. Keluarkan jarum di sebelah jahitan
pertama di atas garisan bulatan.
4. Ulangi langkah 2 & 3 sehingga bulatan dipenuhi dengan kelopak
labuci. Labuci yang terangkat dan berada di tengah bunga disusun
berlapis supaya bulatan terbentuk kemas.
5. Utk tengah bunga jahitkan manik pearl. Sekiranya ruang di tengah
bunga terlalu besar (cth: saiz bulatan 10 sen) maka elok dijahitkan lagi
labuci spt langkah 2 & 3 sehingga semua ruang dipenuhi. Tinggalkan
sedikit ruang utk jahit manik pearl pada tengah bunga.
Ok…Harap semua dapat memahami langkah-langkah ini. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment