Bagi menyambut kelahiran cahayamata, pelbagai persediaan perlu dibuat. Biasanya bakal ibu dan bapa lebih menumpukan kepada persediaan barangan keperluan bayi manakala persediaan ibu dan bapa sering diabaikan. Dan kadang-kala hanya selepas bersalin baru membeli barang si ibu. Namun sebenarnya yang paling penting ialah persediaan fizikal, mental serta keperluan ibu itu sendiri selain keperluan bayi anda. Kehadiran cahayamata amat dinanti tetapi jika tidak bersedia tentu menjadi pengalaman yang sukar bagi anda.
Tentu anda tertanya apakah yang diperlukan?
Dapatkan tip ringkas di bawah ini
Tip-tip persediaan menyambut cahayamata
1. Beli barangan keperluan ibu dan bayi
- Barangan boleh mula dibeli ketika mengandung 6 bulan ke atas dan sebaiknya sebelum 9 bulan. Kelahiran biasanya boleh terjadi 2 minggu awal dari tarikh jangkaan.
- Sediakan senarai barangan yang perlu dibeli agar tidak tertinggal
Keperluan Bayi Pakaian
baju lengan pendek/panjang
Mandianseluar pendek/panjang sarung tangan & kaki topi lampin/lampin pakai buang selimut barut bayi kain tuala mandi bayi almari/bakul pakaian sapu tangan tikar getah bayi beg bayi
sabun bayi
Penyusuanbedak bayi losyen bayi syampu bayi besen mandi bayi putik kapas bakul alatan mandian pengalas mandian tidak licin termometer mandian sikat/berus rambut
botol susu
Tidurputing berus botol susu bekas simpan botol susu (warmer) sterilizer
bantal, bantal peluk dan tilam
Lain-lainsarung bantal dan tilam katil bayi
minyak kembung perut
tisu lembab
pemotong kuku pembersih hidung Beg ke hospital Bayi
pakaian bayi
sarung tangan dan kaki selimut bayi botol susu lampin/lampin pakai buang topi | Keperluan Ibu Pakaian
baju
kain batik
pad bersalin
stokin sapu tangan selipar bengkung
Makanan/Jamu
susu
Penyusuan badanpil tambahan kesihatan jamu bersalin
bra menyusu
Lain-lainbantal menyusu pad payudara pam perah susu(ibu bekerja) poncho menyusu
bidan/tukang urut
batu tungku buku panduan kelahiran
Beg ke hospital
Ibu
kad pengenalan
surat pemeriksaan doktor baju ibu kain batik baju untuk pulang pad bersalin stokin bra menyusu pad payudara seluar dalam sabun, berus gigi &
ubat gigi
sikat rambut tuala mandi selipar sapu tangan minyak urut biskut, makanan ringan
& air
kamera dan pastikan
ada filem dan bateri !!!
Jangan lupa sediakan beg ! |
2. Persediaan mental dan fizikal
- Banyak bertanya dengan doktor, ibu bapa atau beli buku panduan.
- Hadiri kelas ante-natal yang disediakan oleh sesetengah hospital.
3. Senarai nama hospital untuk bersalin
- Pastikan anda telah mula membuat pemeriksaan pada bulan ke 8 di hospital pilihan anda. Biasanya pihak hospital swasta menetapkan syarat 2 atau 3 pemeriksaan terakhir mesti dibuat di hospital berkenaan.
- Bagi hospital kerajaan pemeriksaan perlu dibuat dari bulan ke 4.
4. Beg ke hospital
- Sediakan beg ke hospital (boleh juga letakkan di dalam kereta) bermula bulan ke 8 mengandung atau lebih awal.
5. Jika anda mempunyai anak, pastikan anda mempunyai tempat tinggal/penjaga untuk menjaga anak anda ketika ke hospital.
- Anda mungkin bersalin pada waktu malam dan pasti anda tidak mahu bawa anak bersama anda.
6. Simpan duit dari awal jika anda ingin bersalin di hospital swasta(bagi mereka yang tiada tanggungan dari pihak majikan) atau untuk kecemasan.
7. Cari orang untuk menjaga anda ketika pantang samada ibu atau pembantu.
8. Bagi Ibu bekerja perlu dapatkan tempat penjagaan bayi anda
sumber : http://mamadamia.com/
Alhamdulillah. Artikel ni ramai peminat rupanya. Semoga bermanfaat untuk bakal ibubapa.
ReplyDeletesaya cadangkan anda utk membaca post tanda menjelang kelahiran di link berikut
ReplyDeletehttp://anak-teladan.blogspot.com/2010/01/saat-kelahiran-bersalin-anak-sulung.html
dan banyak petua utk anda dilink
http://anak-teladan.blogspot.com/2010/10/persediaan-ibu-sebelum-bersalin.html
semoga bermanfaat.