PENULIS : AINON MOHD
Bercerita tentang realiti sebenar dunia bisnes. Bisnes ni banyak onak durinya. Hanya yang minat, mahir, bersungguh-sungguh dan istiqamah sahaja yang berjaya ke puncak.
Bila cerita tentang bisnes, kita bukan sekadar cerita tentang produk yang bagus, tapi juga marketing yang bagus, cara bina empayar bisness dan jaringan yang lebih besar dan cara urus akaun dengan sistematik.
Semuanya berkait antara satu sama lain. Kadang semua dah bagus. Tapi kita rompak duit bisnes. Makan terus dengan pokok-pokoknya. Terus muflis.
Kadang barang dah jual banyak tapi hutang banyak orang tak bayar balik kat kita. Pun bungkus perniagaan tu. Pn Ainon pesan, periksa dulu sejarah orang yang nak minta pesanan dengan kita. Biar orang bayar dulu, baru kita bagi barang dan perkhidmatan. Kalau tak, ramai yang tak bayar hutang walaupun bergelar datuk atau keluarga diraja sekali pun.
Kalau anda tak sanggup untuk hadapi semua halangan dalam dunia bisnes. Baik la makan gaji je, buat simpanan kat asb, tabung haji dan hartanah yang selamat dan pasti bagi dividen tetap setiap tahun.
Jangan sertai skim cepat kaya ye.
Kepada usahawan muda, laburkan duit untuk belajar daripada mereka yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Semuanya dah ada di depan mata. Jangan terhantuk baru mengadah.
Rohana Ghazali,
Familya Kids
#mayyababy
#suarama
No comments:
Post a Comment