Sunday, May 12, 2013

Mengira Tarikh Bersalin

Tarikh jangkaan bersalin ditetapkan oleh jururawat melalui 2 kaedah iaitu :
a) tarikh hari pertama haid terakhir (LMP) anda

Ketika anda mendaftarkan kandungan anda di klinik kesihatan, jururawat akan mengesahkan bahawa anda benar-benar hamil dan menulis tarikh hari pertama haid terakhir (Last Menstrual Period – LMP). Kaedah ini dikenali sebagai Peraturan Naegele. Mengikut kiraan Naegele, anda dijangka bersalin selepas sembilan bulan tujuh hari daripada tarikh yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, sistem kiraan ini hanya bersandar kepada jangkaan. Kiraan hanya akan jadi tepat sekiranya kitaran haid anda ialah 28 hari dan hari subur anda adalah pada hari ke-14. Di sini, biasanya masalah akan timbul apabila tidak semua wanita melalui kitaran haid yang sama setiap bulan. Jadi, anda mesti mencatat atau menandakan tarikh haid anda setiap bulan sama ada dalam kalendar, diari atau buku catatan terutama apabila anda tidak menggunakan sebarang kaedah pencegah kehamilan.

Tarikh boleh diramalkan dengan mengira ke hadapan 40 minggu (280 hari) dari hari pertama haid terakhir. Ini berdasarkan kenyataan bahawa persenyawaan berlaku dua minggu selepas hari pertama haid. Mengikut kiraan ini, anda diramalkan untuk membawa kandungan selama 38 minggu.

Sebagai contoh, tarikh haid terakhir (LMP) anda ialah daripada 1 Jan 2012 hingga 7 Jan 2012, maka hari pertama LMP anda ialah pada 1 Jan 2012. Tambahkan 9 bulan 7 hari dari tarikh tersebut.

   1.  01 . 2012
+ 7 . 09 . 0000
=    8 . 10 .  2012

Maka bayi anda dijangka akan dilahirkan pada 8 Oktober 2012. Tapi jika hari pertama pada bulan April hingga Disember. Maka anda perlu menolak 12bulan dan menambah 1 tahun kerana bayi akan dilahirkan pada tahun berikutnya. Contohnya tarikh hari pertama LMP anda pada 1 April 2012.

   1.  04. 2012
+ 7 . 09 . 0000
=   8 . 13 .  2012

    8 . 13 .  2012
-     0.  12 .  0000
=  8.  01 .  2012
(ditolak 12 bulan)

      8 . 01 .  2012
-     0.  00 .  0001
 8.  01 .  2013
(ditambah 1 tahun)

Maka bayi anda akan dilahirkan pada 8 Jan 2013.
 

 b) ukuran janin melalui ujian imbasan

Anda juga akan diminta untuk menjalani ‘ultrasound’ untuk jururawat mengukur panjang janin anda bagi mengetahui waktu bersalin anda. Kebiasaannya jika tarikh jangkaan ultrasound berbeza kurang dua minggu berbanding tarikh berdasarkan  kitar haid, maka tarikh berdasarkan kitaran haid akan diambilkira.

Penetapan tarikh kelahiran adalah satu langkah untuk anda bersiap sedia menyambut bayi baru dan memudahkan pihak hospital mengesan bayi yang lahir tidak cukup bulan dan mempercepatkan kelahiran jika bayi belum lahir setelah lewat 2 minggu dari tarikh yang dijangkakan.

Walaubagaimana pun, bayi anda mungkin lahir sebelum tarikh tersebut, semasa tarikh tersebut atau selepas tarikh tersebut bergantung kepada kondisi bayi dan ibu.













No comments:

Post a Comment

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com