Thursday, May 16, 2013

Pembedahan Cesarean


 Pembedahan cesarean hanya dilakukan jika ibu dan bayi mengalami komplikasi yang menyebabkan bayi tidak dapat dilahirkan secara normal. Jika anda mengambil epidural atau spinal untuk pembedahan cesarean, doktor anda akan memberi morfin untuk melegakan kesakitan. Sesetengah doktor akan membiarkan epidural berterusan selama 12 ke 24 jam selepas pembedahan untuk memberikan anda ubatan yang diperlukan. Apabila sistem regional analgesia anda tidak lagi memberi kelegaan kepada kesakitan, anda akan diberi ubat sakit sistemik iaitu pil yang mengandungi narkotik.

Anda akan merasa penat dan loya selepas pembedahan. Loya akan berlarutan sehingga 48 jam, tetapi anda akan diberi ubat untuk melegakan ketidakselesaan anda. Ramai juga yang akan berasa gatal terutama mereka yang menerima narkotik, epidural atau spinal. Jika ini berlaku beritahu doktor anda dan anda akan diberi ubat untuk melegakan rasa gatal tersebut

Jika anda bercadang untuk memberi susu badan, anda boleh mulakan selepas bersalin. Minta jururawat menunjukan cara penyusuan posisi ‘lying down’ atau mengunakan ‘football hold’. Ini tidak akan memberi tekanan kepada tempat bedahan anda.
                           
Anda mungkin akan berasa kebas dan sakit di tempat bedahan dan parut akan timbul sedikit, membengkak dan gelap dari kulit asal anda. Bersin, batuk dan lain-lain lagi yang menyebabkan tekanan pada kawasan perut akan menyebabkan anda berasa sakit pada mulanya. Tetapi lama-kelamaan anda akan berasa semakin baik dari hari ke hari.

Seperti mereka yang bersalin secara normal anda juga akan mengalami lelehan darah dari kemaluan (lochia) yang mengandungi darah dan tisu-tisu yang melekat pada dinding rahim anda. Jururawat anda juga akan mengajar anda untuk batuk atau senaman pernafasan untuk mengembangkan paru-paru dan membuang cecair yang terkumpul. Ini mengurangkan risiko pneumonia. Pastikan anda menggunakan tangan atau bantal untuk menyokong tempat pembedahan apabila anda batuk(bersin atau ketawa juga).

Anda mungkin mengalami masalah angin 2 hari pertama. Angin terjadi kerana usus adalah lemah selepas pembedahan. Bangun dan bergerak akan membantu sistem penghadaman anda kembali seperti asal. Jika anda berada dalam keadaan sangat tidak selesa, ubat yang mengandungi simethicone akan diberi untuk mengeluarkan gas. Simethicome adalah selamat diambil ketika penyusuan badan.

Anda juga digalakkan untuk bangun dari katil pada hari pembedahan atau pada keesokan harinya. Tetapi jangan mencubanya seorang diri, pastikan jururawat berada dengan anda untuk kali pertama. Benarkan darah mengalir di kaki dengan cara mengerakkan kaki anda, memusingkan sendi dan bergerak atau meregangkan kaki anda. Pada hari kedua, anda perlulah berjalan sedikit dengan bantuan seseorang. Ini menolong pengaliran, membuat usus kurang lemah dan mengurangkan risiko berlaku darah beku. Bergerak adalah penting untuk anda pulih.

Selepas hari ke-3 dan ke-4 doktor mungkin akan menanggalkan sutures atau kokot. Ia hanya mengambil masa beberapa minit dan akan berasa sedikit cubitan tetapi tidak sakit.
Anda mungkin memerlukan ubat tahan sakit untuk beberapa minggu selepas pembedahan. (Jika anda menyusu badan jangan mengambil aspirin atau dadah yang mengandungi asid acetylsalicylic).

Minum dengan banyak supaya anda tidak mengalami sembelit. Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan termasuk kemerahan atau membengkak di tempat bedahan atau demam walaupun tempat bedahan kelihatan baik.

Pendarahan dan lelehan patut berhenti walaupun mengambil masa sehingga 6 minggu. Ia sepatutnya beransur bertukar dari warna merah kepada merah cair dan kuning keputihan. Jika pendarahan seperti period berterusan selepas 4 hari atau datang semula selepas berkurangan hubungi doktor anda.

Anda perlu mendapatkan rehat yang mencukupi semasa di rumah, tetapi anda juga perlu bangun dan berjalan-jalan namun jangan keterlaluan. Mulakan secara perlahan-lahan dan tingkatkan aktiviti anda berperingkat. Elakan mengangkat benda berat lebih dari bayi anda untuk selama 8 minggu.

Dalam 6 ke 8 minggu dengan kebenaran doktor, anda akan boleh mula melakukan senaman yang sederhana. Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk kembali ke bentuk asal. Parut akan kelihatan timbul sedikit, membengkak dan gelap dari kulit asal anda, tetapi ia akan mengecut dalam masa 6 minggu. Bedahan adalah sepanjang 4 ke 6 inci panjang dan 1/8 inci besar. Apabila tempat bedahan semakin pulih, warna parut akan menghampiri warna asal kulit dan mengecil menjadi 1/16 inci besar, parut ini juga biasanya terletak di bahagian bawah perut.





No comments:

Post a Comment

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com