1. Sediakan peralatan secukupnya. Pilihan warna manik ikut kreativiti, asalkan matching dengan warna kain. Gunakan jarum khas utk jahit manik. Pilih warna benang yang hampir dengan warna kain.
2. Lukiskan bentuk seperti gambar di bawah menggunakan eraseable pen atau kapur lukis. Masukkan 3 manik maroon & 3 manik putih.
3. Jahitkan manik di setiap penjuru mengikut bentuk yang dilukis.
4. Mulakan jahitan untuk kelopak bunga jarakkan 1 manik ke bawah. 3 manik maroon & 3 manik putih. Jahitkan sebelah menyebelah.
5. Penuhkan semua kelopak bunga.
6. Jahitan di belakang kain akan kelihatan begini. Kalau rajin boleh jahitkan kain lain untuk tutup kesan jahitan ni. Ada juga yg buka dulu basi jahitan pada lengan baju tu….apabila siap dijahit manik barulah dijahit semula basi kain dengan jahitan silang pangkah. Kena caj lebih sikitlah kalau nak macam tu.
7. Matikan jahitan. Jahitkan untuk tengah bunga menggunakan manik mutiara (cheq guna manik beras, sebab tak sempat beli manik mutiara). Untuk lengan baju cantik sekiranya bunga dijahit 3 atau 4 kuntum.
8. Jahit manik manjalara ini tak lengkap kalau tak ditambah dengan jahitan batang berlekuk macam ni. Lukis lekuk untuk batang manjalara (menjalar).
9. Jahit manik putih menggunakan teknik jahitan ke belakang (back stitch). Sesetengah orang jahit teknik jelujur. Bagi cheq pula teknik back stitch lebih kemas dan kukuh.
10. Dah siap!! Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment