Ini adalah ringkasan buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" bahagian 1 sahaja. Kalau nak tahu tips untuk menjemput rezeki (bahagian 2, 3, dan 4) boleh dapatkan buku ini daripada saya dengan harga RM18. Percuma ringkasan buku dan handout gerak kerja sekali.
Bahagian 1 :
1. Rezeki ialah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal atau haram, sama ada baik atau buruk. Rezeki yang kita gunakan akan habis, sedangkan rezeki yang disedekahkan akan kekal sebagai pahala di akhirat dan akan diganti berkali-kali ganda oleh Allah ketika di dunia.
2. Rezeki bukan hanya terdiri daripada harta tetapi terbahagi kepada dua bentuk iaitu
a) material : rumah, kereta, duit, udara, air, tanah, makanan, minuman
b) non-material : kesihatan, ilmu, keimanan, taqwa, penglihatan, pendengaran, kehidupan
3. Milik kita belum tentu rezeki kita jika ia tidak memberi manfaat kepada kita. Contohnya, rumah yang tidak diduduki.
4. Allah memberi rezeki kepada semua makhluk ciptaannya seperti tumbuhan, haiwan, jin dan manusia samaada beriman ataupun kafir. Namun begitu Allah berpesan agar kita tidak kufur terhadap nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. (41:9-10)
5. Manusia sekadar berusaha, sedangkan Allahlah yang mengatur rezeki setiap hambanya. Dia menambah dan mengurangkan rezeki sesiapa yang dikehendakinya.
6. Kita tidak perlu risau tetang rezeki kerana ia telah ditetapkan oleh Allah sejak kita di dalam rahim ibu sehingga kita mati.
7. Oleh kerana rezeki terdiri daripada perkara yang halal dan haram, syaitan cuba menyesatkan manusia untuk mengambil rezeki yang haram seperti melelapkan duit syarikat, mencuri barang orang, menipu dan sebagainya.
8. Tangkal dan azimat tidak dapat mendatangkan kebaikan atau menghilangkan keburukan dari seseorang bahkan membawa kepada syirik kepada Allah kerana Allahlah yang lebih berkuasa untuk memberi kebaikan atau mudarat kepada makhlukNya. Barangsiapa mendatangi dukun dan mempercayainya maka dia telah syirik kepada Allah. Jika dia tidak mempercayainya, maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Maka, janganlah sekali-kali kita menemui dukun.
9. 4 Tips untuk bahagia
a) syukur dan redha (14:7) (89:15-16)
b) zakat dan sedekah (12:88)
c) taqwa dan silaturrahim (65:2-3)
d) menghindari dosa dan meningkatkan istighfar (71:10-12)
Ini adalah ringkasan buku "Mudahnya Menjemput Rezeki". Kalau nak tahu tips untuk menjemput rezeki boleh dapatkan buku ini daripada saya dengan harga RM18. Percuma ringkasan buku sekali.
No comments:
Post a Comment