Friday, February 4, 2011

Konvokesyen Yang Dicemari Dosa

Konvokesyen adalah hari bersejarah yang ditunggu oleh semua warga pelajar terutama mahasiswa universiti. Itulah hari anugerah seorang anak atas penat lelahnya mendapatkan segulung ijazah untuk ibubapa yang banyak menabur jasa. Tapi sayang, hari yang penuh bersejarah itu seringkali dicemari dosa-dosa.


Sebuah kisah
Saya juga menghadapi saat itu, saat-saat berada di kerusi barisan mahasiswa yang bakal menaiki pentas untuk menerima segulung ijazah daripada seorang Canselor di hadapan jutaan mata yang hadir hari itu. Resah dan gembira silih berganti, risau-risau dosa bakal menodai hari yang penuh bersejarah ini. 

Keresahan itu saya suarakan pada rakan mahasiswi yang sefakulti, "Boleh tak kalau tak salam dengan Canselor?" soal saya resah.

"Mana boleh! Semua orang bersalaman dengannya," jawab rakanku kehairanan.

"Betul tu, malulah kalau tak salam nanti," sahut rakan yang lain pula.

'Ala, ' mendung kian berarak di hatiku. Seorang demi seorang bersalaman dengan Canselor, lelaki dan perempuan. Semuanya tak terkecuali.

Dari kerusi hinggalah ke atas pentas, soalan 'Boleh tak kalau tak salam?' bermain-main di mindaku.

Saat kaki telah terpaku di hadapan Canselor, dengan spontan aku bertanya, "Boleh tak kalau tak salam?"

Canselor yang saat itu menghulurkan tangan untuk menyalamiku menarik semula tangannya. Beliau lantas mengambil skrol dan menyampaikan skrol tersebut tanpa bersalam dengan ku.

Wah, saat itu rasanya ingin melompat di atas pentas. 'Yahoo... tak payah salam.' Tapi waras masih menguasai diri sehingga membolehkan aku berjalan dengan sopannya di hadapan jurugambar.

Tentunya, di suatu sudut ada wajah yang tersenyum dengan kejayaan itu dan ada juga yang kehairanan dengan kejadian itu. Tiada kata selain kata syukur untuk Allah yang memakbulkan doa.

Pengajaran
Apa yang kita belajar, haram bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan ajnabi. Tapi sayangnya, inilah dosa yang kerap kali mengotori Majlis Graduasi. Mereka terperangkap dengan rasa malu melintang arus kebiasaan sehingga malu pada Allah langsung diletak di belakang.

Pada mereka yang telah melakukan dosa, maka bertaubatlah pada Allah dan tidak mengulanginya lagi. Pada mereka yang bakal melalui hari Graduasi, maka protokol untuk tidak bersalam adalah dengan menghulurkan kedua-dua belah telapak tangan dengan menundukkan sedikit kepala. Anda juga boleh bertanya pada pihak berwajib berkaitan protokol tersebut. 

Akhir kalam, praktikkanlah Islam dalam setiap inci langkah kita di atas bumi Allah ini. DariNya kita datang dan kepadaNyalah kita akan dikembalikan.


panduankelahiran

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com