Friday, February 4, 2011

Abu Uswah - My First LOVE


Assalamualaikum semua,

Tentu pembaca ingin mengetahui tentang Abu Uswah. Jadi, hari ini Ummu Uswah akan membawa pembaca mengenali Abu Uswah. Mungkin ada sisi positif yang boleh anda ambil daripada perkenalan ini.



Nama penuhnya adalah Muhammad Farid bin Md Daud. Beliau dilahirkan pada 07/07/84 dan merupakan anak sulung kepada psangan Md Daud bin Muda dan Rahimah binti Yusof. Abang kepada 3 adik perempuan dan 5 adik lelaki.

Pendidikan
Abu Uswah memulakan pendidikannya di tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tawang, Bachok, Kelantan. Keputusan 4A dalam UPSR membawa Abu Uswah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah, Pasir Pekan, Kelantan. Keputusan 9A dalam PMR menerbangkan Abu Uswah Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, Selangor. Alhamdulillah, keputusan 11A dalam SPM membuka ruang untuk Abu Uswah menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak dengan sijil SPM nya dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. 

Penukaran jurusan dari Teknologi Maklumat kepada Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dibuat kerana beliau inginkan sesuatu yang lebih mencabar. Pada semesta terakhir di UTP, Abu Uswah dan Ummu Uswah melangsungkan pernikahan. Disebabkan hilang fokus, Abu Uswah terpaksa mengulang 1 subjek selama 1 semesta dan grad dengan 2nd Class Owner. 

Minatnya dalam bidang Bahasa Arab membawanya untuk bercita-cita melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Tanpa pengetahuan keluarga Abu Uswah menjadi Muallimah di Sek Men Al-Hidayah, Gunung Rapat, Ipoh, Perak sambil mempelajari subjek STAM di sekolah yang sama. Keputusan 2 Mumtaz, 7 Jayyid Jiddan dan 1 Jayyid adalah keputusan yang agak luar biasa bagi pelajar yang tidak masuk ke kelas dan sibuk mengajar subjek Fizik, Kimia dan Sains. Beliau juga diterima untuk menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar.

Bidang Perniagaan
Sayangnya, temuduga untuk biasiswa tajaan Amanah Raya gagal kerana Amanah Raya tidak menaja pelajar yang sudah berkeluarga dan telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda. Sejak dari itu, Abu Uswah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bila ditanya kenapa tak kerja dengan PETRONAS ? Katanya, 'nakkan kelainan dan cabaran.'

Pada awalnya beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia akan berniaga kerana Abu Uswah dilahirkan dalam keluarga kerja kerajaan. Setelah berfikir panjang, beliau terus menapak dalam bidang pernigaan melalui latihan di PruBSN Takaful, Dr Azimuth Formula, K-Link dan 4-Life. Biar susah di masa muda tapi senang di usia tua. Beliau bercita-cita besar untuk membuka empayar peniagaannya sendiri dan konsultansi seperti Brian Tracy.

Pernikahan
Perkenalan kami atas saranan kawan-kawan yang  telah pun mendirikan rumahtangga. Tiada budaya 'dating' dan 'cintan cintun' antara kami. Pertemuan pertama (Jan 2007) di rumah kawan memang terus membincangkan tentang hubungan serius iaitu pernikahan kerana kami ditemukan di bawah jemaah tarbiyah di Malaysia. Jadi, tiada kesangsian tentang akhlak dan agama. Keperibadian lain tentang pasangan banyak dirisik melalui kenalan terdekat.

Dek kesibukan FYP pada semesta akhir dan proses melobi famili untuk nikah, upacara merisik dilakukan oleh keluarga Abu Uswah pada 23 Mac 2007 di rumah saya. Tarikh pernikahan terus ditetap pada hari risikan. Seminggu selepas itu, 30 Mac 2007 (20 Rabiul Awal) kami selamat dinikahkan di Masjid Kg Laut, Tumpat, Kelantan.

Sepanjang pernikahan ini, Abu Uswah banyak belajar mengenali perempuan yang bergelar isteri dan 2 orang anak perempuannya. Walaupun Abu Uswah merupakan anak sulung, beliau belajar menjaga anak-anak setelah bergelar bapa. Sikap sabar, memahami dan suka belajar membuatkannya mampu beradaptasi dengan cabaran hidup yang semakin bertambah saban tahun. 

Akhir kata, Abu Uswah adalah suami idaman Ummu Uswah sebab Ummu Uswah sebenarnya dah listkan kriteria suami idaman masa remaja dulu. Maklum la ramai peminat. List Suami Impian tu sebenarnya untuk memberi kekuatan menolak semua cinta peminat-peminat sebelum bertemu dengan peminat yang memenuhi kriteria suami idaman.  Semoga cinta kita membawa kita ke syurgaNya. Amin.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com