Pengunduran Tun Dr. Mahathir pada tahun 2003 dengan memberi laluan kepada Tun Abdullah seakan memberi semangat baru kepada rakyat Malaysia. Auranya menular sehingga pada Pilihan Raya ke 11 apabila negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS hampir tumbang kepada BN. BN berjaya memenangi sebanyak 20 kerusi daripada 43 kerusi DUN hanya ketinggalan sebanyak 3 kerusi sahaja.
Rentetan dengan kemenangan tersebut Kerajaan pimpinan Pak Lah menghadiahkan sebuah jambatan kepada rakyat Kelantan pada 2 Ogos 2007. Projek jambatan tersebut adalah projek pembesaran jambatan sedia ada iaitu Jambatan Sultan Yahya Petra. Projek tersebut diperuntukan sebanyak RM150 juta dan dijangka siap pada penghujung 2009.
Namun begitu projek tersebut tergendala apabila gagal disiapkan pada tempoh masa yang di tetapkan. Ianya juga disenaraikan sebagai projek bermasalah untuk RMK9. Projek tersebut kemudiannya dilanjutkan setahun lagi sehingga Disember 2010 untuk disiapkan. Projek ini dibangunkan oleh RedLand Sdn Bhd yang mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO Tanah Merah. Masalah tersebut dikatakan berpunca daripada ketirisan wang kerana rasuah melibatkan pemimpin mereka.
Kemerosotan kerusi PAS pada PRU ke 11 sebenarnya mempunyai hikmahnya tersendiri apabila rakyat Kelantan dapat belajar bagaimana pengurusan kewangan di bawah kepimpinan UMNO. Kelewatan untuk menyiapkan jambatan tersebut menjadi ukuran kepada rakyat Kelantan. Lebih memburukan kelewatan tersebut ada kaitan dengan rasuah dan ketirisan wang. Namun begitu seluruh rakyat Kelantan berharap pembesaran jambatan tersebut dapat disiapkan mengikut jadual.
Tinjuan penulis pada bulan puasa ini mendapati kerja-kerja pembesaran tersebut amat perlahan kerana belum lagi ada tanda-tanda jalan bertingkat dinaikan. Hanya cerucuk tiang jambatan sahaja dinaikan. Memadangkan tempoh akhir siap penghujung tahun ini pada pendapat penulis jambatan ini mungkin mengalami kelewatan sekali lagi.
Jambatan Sultan Yahya Petra mula dibina pada tahun 1967 dan siap dibina pada tahun 1969. Jambatan ini merupakan nadi kepada penduduk Kota Bharu kerana menjadi penghubung terpenting antara jajahan Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu yang dipisahkan oleh Sungai Kelantan. Penggunaan jambatan ini semakin hari semakin meningkat dan menghadapi kesesakan yang teruk kerana ianya hanya mempunyai dua lorong sahaja.
Masalah tersebut dapat dikurangkan sedikit apabila Jambatan Sultan Ismail Petra disiapkan pada tahun 2003. Jambatan empat lorong tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan trafik kepada Jambatan Sultan Yahya Petra. Namun dengan arus pembangunan yang meningkat di bandar Kota Bharu jambatan yang besar diperlukan untuk menampung trafik yang meningkat.
Pembesaran Jambatan Sultan Yahya Petra amat-amat dialukan oleh rakyat Kelantan. Pembesaran tersebut melibatkan jalan sepanjang 811 meter yang dibina bersebelahan jambatan lama. Ianya juga melibatkan pembinaan jalan bertingkat yang menghubungkan tiga lokasi iaitu dari Pasir Pekan ke Bulatan Kijang, Jalan Hamzah ke Wakaf Siku dan Jalan Sultan Yahya Petra ke Jalan Dusun Muda. Setiap laluan akan mempunyai tiga lorong dan juga lorong khusus untuk motosikal dan basikal selebar 1.5 meter.