Tuesday, November 30, 2010

Metamorfosis Kehidupan

Assalamualaikum semua.

Anda tahu tentang kitar hidup kupu-kupu ? Dalam istilah sains, ia dipanggil metamorfosis kupu-kupu. Proses ini menjelaskan tentang ciri-ciri yang dialami dan gaya hidup serta cabaran kupu-kupu sejak dari telur, ulat kecil, ulat besar, kepompong hingga terbang tinggi dengan megah sebagai kupu-kupu yang hebat. Saya suka untuk mengumpamakan kitar hidup kita juga seperti itu. Tapi kenapa ?

Starfall.com


Starfall.com adalah laman belajar dengan cara yang menyeronokkan bagi anak-anak. Anak anda akan mengenal abc hingga bagaimana untuk membaca dalam bahasa Inggeris dengan mudah. Audio juga disediakan jika anda ingin mendengar sebutan yang betul untuk setiap perkataan atau frasa yang digunakan.

Laman yang percuma ini membolehkan anak anda menerokai sendiri setiap bahagian pembelajaran yang disukainya kerana antaramuka yang mesra pengguna. Cubalah, anda pasti menyukainya.

Sunday, November 28, 2010

Halalkah Duit Daripada Nuffnang ?


Sebagai seorang muslim, sumber pendapatan yang diperoleh bukan sekadar berakhir dengan perut yang kenyang tapi dipanjangkan hingga ke akhirat. Sumber pendapatan yang halal membawa kita ke syurga sedangkan yang haram pula mencampakkan kita ke neraka. Sesenang dan sebanyak mana pun pendapatan kita, soal HALAL HARAM perlu diambil kira.

I LOVE MY JOB


Kata-kata motivasi untuk kita semua hari ini ialah I LOVE MY JOB. Ulang frasa ini berkali-kali setiap hari dan anda pasti menumbuhkan rasa cinta pada kerjaya anda sekarang.

Dengan mencintai dan menyenangi kerjaya anda, anda sebenarnya telah memotivasi diri sendiri untuk meningkatkan prestasi kerja ke tahap maksimum. Melakukan kerja yang disenangi umpama tidak melakukan apa-apa kerja sekali pun. 

Rasanya seperti bermain permainan komputer untuk si penggila 'game' atau menghadap komputer untuk blogger tegar. Masa dihabiskan berjam-jam tapi penuh dengan rasa seronok yang berpanjangan.

Akhir kata, cintailah kerjaya anda dan anda akan mencapai kepuasan hidup dalam bekerja.


p/s: sesuai juga untuk surirumah :) Cintailah kerjaya sebagai surirumah serta mendidik anak dan ia pasti menjadi aktiviti yang membahagiakan.

Saturday, November 27, 2010

Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat ?


"Kenapa pakai stokin atas rumah ?" soal jiran yang kehairanan.
"Sejuk ke ?" telah si jiran menebak jawapan pada suatu keajaiban.
Saya tersenyum. Itulah soalan biasa yang ditujukan kepada saya.

Setahu saya, kaki adalah aurat wanita ketika wujud lelaki ajnabi atau non-muslim yang mampu melihat kaki tersebut. Jadi saya bermujahadah untuk melaksanakannya walaupun mencabar juga untuk menegakkan syariat yang satu ini terutama ketika menyiapkan kenduri di dapur, tinggal sebilik dengan non-muslim, balik ke kampung yang ramai lelaki ajnabi (sepupu lelaki, ipar lelaki, suami ibu saudara) dan sebagainya. 

Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat ? Jom kita lihat apa yang saya dapat tentang perbezaan pendapat ulama berkaitan kaki sebagai aurat.

Friday, November 26, 2010

DrAzimuth.net

klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Alhamdulillah.

Dengan seizin Allah, Ummu Uswah dan Abu Uswah mempersembahkan DrAzimuth.net untuk semua pengunjung. 

Info Berguna
Untuk pengetahuan semua, Abu Uswah adalah Pengurus Pemasaran Dr Azimuth Formula cawangan KB Mall. Jadi kami berkerjasama membina laman DrAzimuth.net agar para pembaca mendapat info tentang penjagaan kesihatan dan rahsia awet muda mengikut cara Dr Azimuth Formula. Anda juga akan lebih mengenali kebaikan produk kami yang berasaskan ekstrak herba dan keistimewaan herba itu sendiri. 

Pembelian
Jika anda berminat untuk mengenali dan membeli produk kami, ruangan katalog yang lengkap dengan shopping cart, kemudahan cara pembayaran yang pelbagai dan penghantaran pos parcel, ekspress dan COD untuk sekitar Kota Bharu. Anda juga boleh menghubungi Abu Uswah untuk sebarang pertanyaan di  talian 019-9875453.

Terapi Percuma
Dapatkan juga terapi percuma dan diskaun hebat di salon dan stokis Dr Azimuth Formula. DrAzimuth.net sedia memberitahu anda info dan lokasinya.57

I LOVE MYSELF


Ungkapan I LOVE U seringkali mengatasi ungkapan I LOVE MYSELF sehingga terasa sangat janggal untuk disebut. Kita juga biasa mendengar ungkapan bahasa Mandarin WO AI NI (SAYA CINTA AWAK) tapi tak pernah mendengar WO AI WO (SAYA CINTA DIRI SAYA). Adakah kita mencintai orang lain melebihi rasa cinta dan sayang kita pada diri kita sendiri ? 

Thursday, November 25, 2010

Lengan : Aurat yang diabaikan

Assalamualaikum semua.

Ramai yang beranggapan bertudung sudah cukup untuk memenuhi syariat menutup aurat. Lalu kita tanpa bersalah memakai baju berlengan pendek atau tiga suku untuk keluar ke tempat-tempat awam atau kawasan yang dapat dilihat oleh lelaki ajnabi atau non-muslim lainnya. Kenapa ia terjadi ? Kerana kita hidup dalam masyarakat yang kebanyakannya berpakain sedemikian sehingga ia menjadi satu kebiasaan walaupun bertentangan dengan syariat menutup aurat.

Jika anda bertanya pada golongan sebegini, kemungkinan besar mereka mampu menyatakan dengan tepat bahawa lengan adalah satu daripada aurat wanita. Tapi kebiasaan menyebabkan mereka terus melakukan kesalahan tersebut. Dulu saya juga begitu, sehingga suatu kejadian yang menyebabkan saya menguburkan semua baju berlengan pendek.

Wednesday, November 24, 2010

Melancong ke Kelantan


Kelantan menjadi hebat bilamana berusaha menjadikan Islam sebagai pegangan utama.

Expo Cheng Ho : Aksi di Atas Tali



Part 1 / Part 2 / Part 3 / Part 4 / Part 5 / Part 6

Penyelesaian Masalah Jenayah dan Sosial


Anda mungkin tertanya-tanya kenapa banyak kes jenayah yang tercetus di negara kita ? Kenapa seorang ibu sanggup membuang anak yang dikandung 9 bulan ? Kenapa zina dan couple kini dianggap biasa-biasa sahaja ? Kenapa hukuman gantung pada pengedar dadah tidak berjaya menangani masalah dadah ? Kenapa ? Kenapa ? dan kenapa ? Semua tak belajar tentang Islam ke kat sekolah ?

Tuesday, November 23, 2010

Ikhlas dalam Beramal


Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - Setiap amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan setiap orang akan mendapatkan apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ia cari atau kerana wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."
(Hadis Riwayat Buhari dan Muslim)

Ikhlas adalah syarat utama dalam beramal agar ia tidak menjadi sesuatu yang sia-sia pada pandangan Allah. Sekecil-kecil perbuatan yang disertai niat yang ikhlas kerana Allah dan melaksanakan amal berpandukan syariat serta sunnatullah mampu membawa kita kepada kejayaan di dunia dan akhirat.

Ikhlas juga adalah momentum dan motivasi terbesar buat kita dalam melakukan sesuatu dengan sebaiknya tanpa kecewa dengan imbalan dunia yang seringkali menghampakan. Ikhlas akan menghasilkan individu yang bersyukur saat diberi nikmat dan rezeki serta bersabar atas setiap ujian yang menimpanya. 

Pada Allah dimohon pertolongan dan disandarkan harapan kerana dunia hanyalah sebuah terminal untuk berbekal sebelum kembali ke tempat abadi.  

Monday, November 22, 2010

Wanita : Bukan Sekadar Ibu Tapi Juga Isteri


Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan anak hasil pernikahan mereka. Tidak lengkap rasanya sebuah pernikahan tanpa hilaian ketawa anak yang digelar buah cinta ibubapa. Anaklah pengikat kasih sayang ibubapa (dengan tanggungjawab terhadap anak sebenarnya).

Setelah pelbagai cara dicuba, akhirnya anak yang didambakan lahir ke dunia. Ramai bapa yang menyangka bahawa tugas untuk menjaga, memandikan, menidurkan, menyusukan dan pelbagai layanan yang diperlukan oleh anak-anak adalah ibunya. Pantang anak menangis ibulah orang yang bakal dicari. Lalu ibu disibukkan dengan tugas memenuhi keperluan anak yang kian bertambah saban tahun apabila bilangan anak juga kian bertambah. 

Sunday, November 21, 2010

Pendidikan anak : Motivasi vs Ancaman

"Abdullah, jangan buat macam tu!"
"Kalau Abdullah buat macam tu nanti ummi marah!"
"Jangan tuang air!"
"Jangan panjat tu, nanti patah!"
Tak terkira perkataan yang macam tu keluar dari mulut setiap hari.

Pendidikan anak : Bermula dari dalam diri


Umar al-Khattab pernah berkata, "Sesungguhnya Allah memiliki orang-orang yang menghidupkan kebenaran dengan sekadar menyebutnya, dan mematikan kebatilan dengan sekadar meninggalkannya".

Mudah sahaja sebenarnya untuk mendidik anak agar jadi seorang yang pintar membaca, pintar berkata-kata, pintar mengira, akan tetapi yang paling sukar adalah membentuk keperibadiannya menjadi seorang muslim yang sebenarnya.

Friday, November 19, 2010

Kos Perubatan Si "Mayat Hidup" Ariel Sharon Mencecah 450 Ribu Dolar setahun!


sharon
Setelah kos perubatannya melebihi batas yang dibolehkan, Jabatan Kewangan Zionis Israel mengungkapkan pada Rabu kelmarin (9/11) bahawa mereka telah meluluskan kembali biaya tambahan untuk perubatan dan rawatan si tukang jagal umat Islam Palestin, Ariel Sharon yang merupakan mantan Perdana Menteri Zionis Israel.
Pemerintah Zionis akan membayar NIS 1,6 juta setahun (sekitar 450 ribu dolar AS) untuk rawatan mantan Perdana Menteri Ariel Sharon (82 tahun), Jabatan Kewangan mengatakan kepada Jawatankuasa Kewangan Knesset Rabu kelmarin. Dan hal ini juga termasuk akan memindahkan dana tambahan sejumlah NIS 1,5 juta untuk mengubahsuai kediaman mantan Presiden zionis tersebut.
Jabatan Kewangan akan memindahkan dana ke Jabatan Kesihatan untuk membayar kos perubatan si tukang jagal Ariel Sharon. Sharon sendiri dalam kondisi koma antara hidup dan mati akibat menderita pendarahan otak sejak bulan Januari 2006 lalu.
Dia dijadualkan akan segera dipindahkan ke rumahnya di Hashikmim Farm, bersama dengan semua peralatan medik yang diperlukan, setelah menghabiskan hampir lima tahun rawatan di Sheba Medical Center Tel Hashomer.
Sharon, yang saat ini berusia 82 tahun, telah terbaring koma sejak Januari tahun 2006, pertama kali dirinya dirawat di Hospital Hadassah Ein Kerem di Jurussalam dan kemudian di Chaim Sheba Medical Center di Tel Hashomer.
Jawatankuasa Kewangan juga bersetuju menambah sebesar NIS 1 juta untuk anggaran perjalanan antarabangsa Presiden Shimon Peres. (globes)
www.halaqah-online.com

semoga kita mengambil pengajaran.

Fesyen Tudung Islami


Subhanallah. Masa berlalu begitu pantas sehingga fesyen tudung Islami juga turut mengorak langkah mengejar peredaran zaman. Tahniah buat wanita Islam yang bertudung. Fesyen tudung sekarang yang mudah dipakai tanpa memerlukan kesongsang dipinkan sana sini juga turut mendorong kanak-kanak bahkan bayi senang untuk memakainya. Satu pencapaian yang cukup hebat pada penilaian saya.

Dalam keseronokan kita menggayakan fesyen tudung yang pelbagai, saya ingin sekali mengembalikan diri sendiri dan rakan pembaca kepada Fesyen Tudung Islami yang sebenar. Jom kita koreksi diri .

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha Untuk Semua


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.
MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEKELUARGA. 

Monday, November 15, 2010

Tudung : Tuntutan atau Ikutan ?




Tahukah anda ?
Tempat pertama mata lelaki singgah bila melihat perempuan adalah pada dadanya. Inilah kenyataannya setelah dibuat kaji selidik terhadap para lelaki. Lalu, perempuan dengan bangga menayangkan dadanya, kalau pakai tudung pun dada tidak ditutup dengan sempurna oleh tudung tersebut. Jadi jangan salahkan lelaki jika anda disentuh oleh mereka kerana andalah yang menjadi pemangkinnya.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka meperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

[Surah An-Nur ayat 31]


Kenapa ?
  1. Kenapa saya pakai tudung ? 
  2. Untuk apa saya pakai tudung ?
  3. Bila saya biasa pakai tudung ?
  4. Bila sepatutnya saya pakai tudung ?
  5. Tudung yang macam mana yang Islam sarankan ?

Adakah neraka itu belum cukup menginsafkan ?
Adakah neraka itu belum cukup menginsafkan untuk kita mentaati hukum Allah ? Siapkah kita masuk ke neraka jika hari ini api dunia pun tak tertahan rasanya ? Hidayah belum tentu datang, jika kita tidak berusaha untuk mencarinya. Sesungguhnya sesal kemudian, tidak berguna sahabatku.



Wahai putra-putra Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia (telah menipu orang tuamu Adam dan Hawa) sehingga ia telah mengeluarkan kedua ibu bapakmu dari syurga. Ia menanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan kepada keduanya aurat mereka berdua (QS Al-A'raf [7]:27).

Ekspo Cheng Ho Kelantan bakal jadi tarikan dunia Islam

Ekspo Cheng Ho bakal membuka mata dunia terhadap Kelantan. Ia bakal menjadikan Kelantan bukan sahaja terkenal sebagai sebuah wilayah yang diperintah secara Islam, malah ia bakal menjadikan pangkalan atau hab ekonomi, kesenian, kebudayaan, pendidikan dan transaksi produk halal dari seluruh dunia.


Mengupas lanjut isu ini, kita ikuti Wawancara wakil Harakah MOHD RASHIDI HASSAN bersama Dato' Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat di Kuala Lumpur 31 Oktober 2010.


Friday, November 12, 2010

REMJ


Manusia dijadikan Allah daripada 4 unsur iaitu Rohani, Emosi, Minda dan Jasad (REMJ). Untuk mendapat kesihatan yang sempurna kita perlu menjaga keseimbangan 4 unsur tersebut.


Keseimbangan Rohaniah (Spiritual)
Keseimbangan Rohaniah atau roh bergantung kepada keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Amalan-amalan seperti solat, doa, zikir dan sebagainya akan memberi ketenangan kepada kita. Jika tidak, strees terhadap tekanan persekitaran akan menimbulkan banyak penyakit kronik. Setelah keseimbangan rohani dicapai, barulah kita boleh melangkah ke langkah seterusnya iaitu keseimbangan Emosi atau hati.

Ayam HALAL dah HABIS ?


Pada suatu petang saya pergi membeli di sebuah kedai runcit yang berdekatan dengan rumah saya ketika di Taman Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, Ipoh. Kebanyakan kedai milik bangsa Cina kerana majoriti bangsa Cina yang mendiami taman ini. Masa tu baru pindah. Ketika sedang memerhati barangan di kedai, mata sempat melihat peti sejuk yang penuh dengan ikan  dan ayam mentah.

"Berapa harga sekilo ayam? " soal saya sambil membelek-belek beberapa ekor ayam yang terdapat dalam peti sejuk.
Wanita Cina itu datang mendapatkan saya dan membelek-belek semua ayam yang masih berbaki.
"Ayam HALAL dah habis," terang wanita itu tanpa menjawab soalan saya tadi.

Thursday, November 11, 2010

Tips Mengurut Wajah

Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas
sumber : Berita Mingguan

How To Kill Your Mother In Law



Just read first and get the moral value from this story. 

A long time ago in China , a girl named Li-Li got married & went to live with her husband and mother-in-law. In a very short time, Li-Li found that she couldn’t get along with her mother-in-law at all.

Their personalities were very different, and Li-Li was angered by many of her mother-in-law’s habits. In addition, she criticized Li-Li constantly. Days passed, and weeks passed. Li-Li and her mother-in-law never stopped arguing and fighting.

Wednesday, November 10, 2010

Awal Kejadian manusia

Penilaian dan Stimulasi Kanak-kanak Normal 2


KEBANYAKAN kecacatan kanak-kanak boleh dielakkan sekiranya perkembangan awal dalam masa 12 bulan pertama selepas bayi dilahirkan diberi perhatian sepenuhnya oleh penjaga.


Pengesanan awal perkembangan kanak-kanak ini membolehkan penjaga melakukan langkah selanjutnya iaitu membuat stimulasi atau rangsangan bagi membetulkan keadaan.


Penilaian dan Stimulasi Kanak-kanak Normal


Penilaian Dan Stimulasi Kanak-Kanak Normal 

Penulis: Wan Asma Wan Ismail 
Penerbit: DBP 



No. KK: 610 94215105 
No. ISBN: 9836270655 
Tahun Terbitan: 2002 



Harga Buku: RM25.00 


Ringkasan :

Buku ini sesuai dibaca oleh jururawat dan juga ibubapa dalam membantu mengenalpasti kanak-kanak yang menghadapi masalah perkembangan pada peringkat seawal mungkin. Buku ini turut menunjukkan cara yang praktikal dan mudah untuk menilai perkembangan kanak-kanak serta mengenalkan program stimulasi dan pemulihan yang dapat dimulakan mengikut kebolehan kanak-kanak itu sendiri.

Kehadiran Dr. Azimuth Formula


Assalamualaikum semua.

Untuk pengetahuan pengunjung, ummu uswah dan abu uswah sedang membina blog kesihatan berasaskan herba oleh Dr. Azimuth Formula. Pengunjung boleh melayari blog ni di url http://drazimuth.blogspot.com.

Blog ini bukan hanya menjual produk Dr Azimuth tapi anda akan diberikan info tentang kebaikan herba, info penjagaan kesihatan dan awet muda secara semula jadi. Dapatkan juga promosi rawatan percuma dan tawaran harga hebat di stokis berdekatan anda. Jadi kunjungilah blog ini jika anda berminat. Terima kasih.


Sunday, November 7, 2010

Tips Menghadapi BANJIR


SK Kg Laut (sumber)

Secara peribadi, saya gembira bertemu banjir. Bagi saya, ia bukan malapetaka yang menakutkan tapi pesta air yang dinanti-nantikan saban tahun. Kami siap menanti kehadiran banjir kerana setiap tahun banjir pasti datang berkunjung ke kampung kami dan kami menyambutnya dengan gembira. Aneh bukan ? Jom saya kongsikan tips untuk menghadapi banjir.

Banjir di tiga negeri beransur pulih

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Keadaan banjir di Kedah, Perlis dan Kelantan beransur pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan semakin kurang manakala beberapa sekolah yang ditutup diarah dibuka semula esok.


Di KEDAH, mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di negeri itu berkurangan kepada 33,121 orang berbanding 39,743 petang semalam. 

Tips Menerima Teguran


Assalamualaikum semua. 

Semestinya kita tidak sunyi daripada menerima teguran, lembutnya terkadang sukar untuk mengubah kelakuan bahkan ada teguran yang sangat tajam sehingga menikam ke jantung. Terkadang air mata gugur kerana sebuah teguran yang hadir secara tiba-tiba. Walau bagaimanapun rupa sebuah teguran itu, hakikatnya kita perlukan teguran untuk memperbaiki kualiti prestasi diri kita dan hidup yang kita jalani. Tapi bagaimanakah cara kita bersikap apabila ditegur ?

Saturday, November 6, 2010

Ihtifal Tadika PINTAS 2010


Tahniah untuk semua yang bakal mengakhiri sesi persekolahan di Tadika PINTAS ini pada esok hari. Semoga semua berjalan dengan jayanya. Sesiapa yang berkesempatan, datanglah memeriahkan suasana. Rasanya penat bertahun-tahun terbayar dalam sehari.
Salam dari kejauhan.

Ni muka-muka pelajar 2008

http://tadikapintaranaksoleh.blogspot.com/

Thursday, November 4, 2010

Seni Berumahtangga


Alhamdulillah, diberi kesempatan dari Allah untuk menyambung siri pesan buat isteri. Seni rumahtangga adalah sedikit sebanyak kupasan saya berkaitan siri sebelum ini. Siapa yang tak nak kawin ? Pastinya semua yang belum nikah nak sangat nikah. Siang tertunggu-tunggu dan malam termimpi-mimpi : siapakah pasangan sehidup semati ? Yang dah ada satu isteri, masih mencari-cari calon untuk memenuhi 3 kekosongan lagi. Wah begitu hebatnya penangan sebuah pernikahan ! Topik yang tidak pernah basi la katakan.

Wednesday, November 3, 2010

Promosi Hari Raya Haji Bermula

Assalamualaikum semua.

InsyaAllah umat Islam akan menyambut Raya Haji pada 17 Nov 2010, dengan itu Barangan Terpilih ingin memberi DISKAUN ISTIMEWA bermula hari ini sehingga 17 Dis 2010. Harga barangan tidak termasuk kos pos. Sila baca cara pemesanan untuk maklumat lanjut. 

Monday, November 1, 2010

Pesan Buat Isteri

Nasihat yang pertama ditujukan pada diri sendiri untuk lebih ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Mencabar sungguh kerjaya sekarang ni.

Sarapan Seorang MB

From: Wan Rusma Deris, sumber

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan..

Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi..

Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..

* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.Mana nak cari MB macam ni?

Mangsa Jenayah Cyber


Assalamualaikum semua, hari ini saya hampir menjadi mangsa jenayah cyber. Di sini saya kongsikan dengan anda apa yang terjadi pada saya agar anda juga tidak menjadi mangsa kegiatan mereka. 


Pagi tadi, saya menerima email dari Maybank Berhad yang menyatakan akaun Maybank saya tidak aktif.

Bertemu Tengku

Beberapa hari ini hujan lebat membasahi bumi. Pantai Timur akan didatangi tengku...tengkujuh. Jadi bersiaplah dengan payung dan baju hujan. Urus baju-baju yang perlu dijemur elok-elok, menhantar dan mengambil anak sekolah dan sebagainya.


Teringat juga pada Jambatan Sultan Yahya Petra yang ingin diperlebar, bila la siap agaknya. Kalau banjir, sudahkah mereka bersedia.

Teringat juga pada nelayan yang tidak ke laut, penoreh getah yang tidak menoreh dan pencari rezeki lainnya. Ada tak rezeki barang sesuap ? Pada yang punya rezeki lebih, panjang-panjangkanlah hidangan kita kepada tetangga. 

Kepada pengguna jalan raya, berhati-hati di jalan raya kerana jalan kian licin dan pandangan kian kabur kerana hujan. Berfikir sebelum bertindak. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui.

Sebelum tengkujuh tiba, sebetulnya kita perlu siap menerimanya. Dengan hadirnya tengkujuh kita belajar menghargai panas, dengan hadirnya kemarau kita belajar menghargai hujan. Senang atau susah adalah ujian Allah. 

Orang beriman itu selalu sabar saat susah dan bersyukur saat senang.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com