Friday, December 31, 2010

Blogger Muslim Komuniti

bloggermuslim


Alhamdulillah. Blogger Muslim adalah satu tapak untuk menyimpan direktori blogger-blogger yang banyak membuat post islamik. Jika anda adalah blogger islamik, maka letakkanlah link anda di sana.

Anda juga boleh menemui informasi berkaitan islam di blog-blog yang dipaparkan di sana. Apa-apa pun, jazakallah untuk pemilik blogger muslim atas inisiatif ini.

Kebakaran di rumah saya

Pada tanggal 21 Dis 2010, sekitar 11.00malam kebakaran telah terjadi akibat litar pintas. Kebakaran yang bermula dengan letupan pada plug peti ais telah menyebabkan peti ais dan dinding papan di bahagian belakangnya terbakar. Kejadian tersebut hanya disedari ketika kakak iparku bangun untuk ke bilik air. Dia lantas mengejutkan mak, adik dan 4 anak saudaraku yang lain.

Thursday, December 23, 2010

Terlanjur...


“Bagaimana pandangan awak tentang remaja kita yang terlanjur?”
“Apa maksud terlanjur?” saya menyoalnya kembali.
“Terlanjur melakukan hubungan seks haram,” balasnya terus-terang.
“Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat.”
“Apa istilah yang lebih tepat?”

Diam : Tidak Bermaksud Setuju ?


Sebelum ni, kita selalu menganggap diamnya seseorang tanda setuju. Namun, nyatanya anda tidak boleh menganggap diamnya seseorang tanda dia bersetuju dengan setiap tindak-tanduk anda.

Hari ini, jika anda melakukan sesuatu kesalahan, kebanyakan orang akan mendiamkan diri dengan setiap tindakan anda. Kenapa ? Kerana mereka tidak ingin mengambil risiko dimarahi atau mengguris hati anda.

Jadi jangan menganggap semua tindakan anda betul jika tidak pernah ditegur. Fikir-fikirkanlah.

Anak : Dimarahi atau Dinasihati ?


Assalamualaikum semua.

Saat anak memecahkan gelas, mengoyak buku dan dan menumpahkan air, apa yang biasa anda lakukan ?

Wednesday, December 22, 2010

Tingkatkan Jumlah Komen Dengan Intense Debate

Berapakah jumlah komen untuk setiap post di blog anda ? Jika anda berminat untuk meningkatkan bilangan komen di blog anda, intensedebate adalah jawapannya. Tapi apa kelebihan intensedebate ni?

Tips Hadapi Tangisan Anak


Kes Bayi Kerap Menangis dibaling Bapa menyebabkan saya ingin berkongsi tips Hadapi Tangisan Anak dengan para pembaca.

Anak-anak tidak hanya datang dengan kebahagiaan dan gelak-ketawa. Dia datang dengan kelebihan dan kekurangan, kesedihan dan kegembiraan, hak dan tanggungjawab. Maka ibubapa perlu siap untuk menghadapi setiap kemungkinan yang bakal dihadapi dengan kehadiran anak-anak yang dikatakan pelengkap hidup berumahtangga.

Bayi kerap menangis koma dibaling bapa



MELAKA: Seorang bayi berusia sembilan bulan koma akibat pendarahan dalaman otak, akibat dipercayai dibaling bapa kandungnya ke atas katil selepas kerap menangis, di kediaman mereka di Jasin, dekat sini, Ahad lalu. Mangsa bengkak di kepala tak sedarkan diri


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenainya.



Menjaga Stamina Iman


Saat kita sibuk menjaga stamina fizikal dengan kekuatan, bergaya dan awet muda sehingga kita seringkali leka untuk menjaga stamina iman yang menjadi titik tolak akhlak kita sehari-hari bahkan merupakan bekal untuk perjalanan menemui pencipta.

Jika kita sibuk mengimpikan malam pertama yang indah sebagai raja sehari, buku Menjaga Stamina Iman ini mengajak kita untuk menyiapkan diri menuju malam pertama yang bahagia di alam kekal abadi.

Tutorial text area atau text scrolling


Assalamualaikum semua. Tutorial hari ni tentang teks area atau teks yang ada scroller ni. Ia biasanya digunakan untuk meletakkan kod html di entri kita. Cuma salin kod html di bawah dan letakkan di kawasan html yang anda kehendaki. Padam (Delete) Teks anda di sini ketika anda past pada Edit HTML dan pastekan kod html yang ini anda paparkan pada kotak di bahagian Compose.




Untuk hasil yang lebih memuaskan, anda perlu ubahsuai nilai cols="10" (lebar text area) dan rows="1" (tinggi teks area) mengikut keperluan anda.

Selamat mencuba.

Tuesday, December 21, 2010

Tutorial Like Button Pada Blog Post

Ikut langkah-langkah di bawah untuk pasang widget facebook like button ni,

Langkah 1 : Backup Template Blog yang sedia ada sebagai backup. Bila ada error boleh restore balik.
Dashboard , Design , Edit HTML , Download Full Template

Langkah 2 : Tick pada Expand Widget Templates
Pastikan tick dulu, kalau tak kod yang nak dicari tak jumpa.

Langkah 3 : Cari kod
Untuk memudahkan pencarian, tekan Ctrl + F pada keyboard dan paste kod di bawah.

Langkah 4 : Masukkan kod di bawah selepas kod di atas
Dapatkan kod butang facebook like.

Langkah 5 : Klik Save Template dan siap.

Monday, December 20, 2010

Tutorial Pasang Twitter Pada Blog


Assalamualaikum semua,

Sebelum ni, kita belajar cara pasang retweet pada setiap post. Hari ini kita akan buat tutorial cara untuk pasang Twitter pada sidebar blog. Widget ini akan membantu anda menambah kenalan twitter dan memudahkan pembaca mengikuti post terbaru anda.

Starfall.com terbaru


Sebelum ini saya ada bercerita tentang Starfall.com yang memberikan tutorial bahasa Inggeris untuk anak-anak kecil secara percuma di sini . Kali ini, Starfall.com melangkah lebih jauh dengan meningkatkan mutu pembelajaran bahasa Inggeris untuk anak-anak kecil ke level seterusnya.

Tapi, modul baru ini tidak dapat digunakan percuma sepenuhnya. Jika anda mempunyai kelebihan wang untuk kebaikan pembelajaran anak anda. Laburkanlah di sini kerana ia cukup bermanfaat untuk anak-anak anda.

Selamat mencuba.

Sunday, December 19, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

COVER UR AURAT

Assalamualaikum.

Syariat menutup aurat adalah tanda kasih Allah pada kita agar  
a) tiada yang teraniaya kerana melihat aurat yang dibuka-buka 
b) dan tiada yang menganiaya diri sendiri dengan membuka aurat sendiri.

Sayangnya Allah pada kita kerana hanya bahagian badan tertentu sahaja ditutup di hadapan orang tertentu dalam adab memandang iaitu :

i. Muhrim – aurat dari pusat ke lutut (4:22-23)

ii. Wanita yang dilamar – semua aurat kecuali muka dan tapak tangan, boleh dipandang berkali – kali jika perlu, boleh bertemu jika ditemani muhrim wanita.
iii. Isteri – tiada aurat tapi lebih afdhal untuk tidak memandang anggota sulit (23:5-6)
iv. Wanita lain – semua aurat kecuali muka dan tapak tangan sama ada dengan syahwat atau tidak
v. Lelaki lain – aurat antara pusat ke lutut
vi. Wanita terhadap wanita - aurat antara pusat ke lutut
vii. Wanita kafir terhadap wanita muslim – semua aurat kecuali anggota bekerja
viii. Anak muda yang belum tumbuh janggut - aurat antara pusat ke lutut
ix. Anak kecil - Anak kurang 4 tahun - kemaluan sahaja
x. Keadaan terpaksa yang membolehkan memandang
- Melamar
- Mengajar ilmu yang bermanfaat
- Perubatan


Semuanya kerana Allah menginginkan keselamatan dari godaan nafsu terhadap semua makhluknya kerana Dia lebih tahu sisi lemah dan kuatnya seorang manusia.

Maka sayangkah kita pada Allah ? 
Jom tutup aurat !!!

Keterangan kempen
a) ummu uswah ditag oleh kak yong untuk kempen ini. (Jumpa kat blog kak yong)
b) Kempen ini dimulai di blog pot pet king . Jadi ziarahlah ke blog penganjur ini untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan  di sini dan mereka yang telah di tag di sidebar sebelah kanan blog pot pet king
c) Ummu Uswah tag
 -  Zaikulim
 - semua pembaca yang belum berkempen lagi

Akhir kata, selamat berkempen dan selamat menutup aurat ye :)

Borang Pendaftaran Skim Keusahawanan PUNB


Assalamualaikum.

Pada tarikh 18 Dis 2010 (Sabtu), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sekali lagi telah mengiklankan tawaran Pendaftaran Skim Keusahawanan PUNB yang terbahagi kepada 4 kategori iaitu 
a) PROSPER Runcit
b) PROSPER Siswazah
c) Pemborong PROSPER
d) Program Siswazah Perantis

Kepada yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dengan PUNB boleh mengisi borang di sini. Sila layari web rasmi PUNB untuk keterangan lanjut.

Temuduga Program Siswazah Perantis Bersama PUNB



Taklimat dan Temuduga awal Program Siswazah Perantis Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Mulakan langkah pertama anda untuk menjadi usahawan melalui Program Siswazah Perantis PUNB. Perantis akan diberi elaun sara diri sebanyak RM800.00 sebulan pada 3 bulan pertama dan RM1000.00 pada bulan ke-4 dan seterusnya sehingga tamat tempoh latihan (6 bulan - 12 bulan) di dalam Program Siswazah Perantis bergantung kepada bidang perniagaan.

Koleksi Award

Terima kasih untuk award berikut. Keterangan lanjut kat komen

Daripada Atikah Aula

Daripada Kak Yong

Daripada Kak Yong

Saturday, December 18, 2010

Jom Cari Menantu ...


Assalamualaikum,

 Pada pendapat saya, kalau nak dapat menantu kene cari yang paling baik dari segala aspek terutama agama dan akhlaknya, ciri yang lain masih boleh dipertimbangkan. Bukan senang nak cari pasangan hidup yang terbaik untuk anak kerana kesilapan kecil ini akan membawa impak negatif yang besar dalam kehidupan anak kita. Menantu dan seluruh ahli keluarganya akan menjadi sebahagian daripada keluarga besar kita sepanjang usia perkahwinan anak kita. Jadi, hari ini, saya ingin berkongsi kisah benar episod cari menantu yang kami jalankan tanggal 17 Dis 2010.

Friday, December 17, 2010

Couple ...


Sungguh... di sepanjang hidup ini akan ramai orang yang meminati kita secara terang-terangan dan diam-diam. Mungkin kerana rupa, harta, IQ, pangkat, budi bahasa dan sebagainya.

Dan kita juga tidak terkecuali daripada meminati sesiapa sahaja yang istimewa pada kaca mata kita. Kerana manusia sukakan perkara yang istimewa.

Thursday, December 16, 2010

Pasang Retweet Pada Setiap Post

Assalamualaikum,

Hari ini kita akan berkongsi cara untuk memasang Retweet pada setiap post. Ia bertujuan untuk memudahkan kita untuk tweet post terbaru atau lama ke tweeter.

Andai Syurga dan Neraka Tidak Ada


Dalam surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11 Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanahnya (yang dipikulnya) dan janjinya. dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Seminar PERCUMA Bersama Irfan Khairi

Anda berpeluang untuk bersama-sama Irfan Khairi dan rakan-rakan beliau dari Peoplepreneur Biz School yang akan mendedahkan "memulakan perniagaan dari 0" iaitu;
Tarikh    :               16 Disember 2010 (Khamis)
Masa     :               8.00 malam - 11.00 malam
Tempat  :               Hotel Cititel Mid Valley Kuala Lumpur
Tajuk     :               Seminar "dari 0" Masuk PERCUMA


Kebanyakan daripada kita mahu menjalankan perniagaan sendiri, mahu bebas kewangan dan bebas masa untuk bersama keluarga. Sering kali, halangan yang kita hadapi adalah, kita selalu memikirkan "saya perlu duit yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan".

Bolehkah Belajar Seks Dari Video dan Kitab Kamasutra ?


Dewasa ini kita disogokkan dengan pelbagai informasi seks berupa youtube, video, e-book kamasutra, buku-buku, siaran tv, astro dan pelbagai media cetak yang lainnya. Sedar atau tidak, inilah punca utama masalah zina dan buang anak di seluruh dunia saat ini - diransang dengan keghairahan seks tanpa pedoman al-Quran dan Iman. Persoalannya,  Bolehkah Belajar Seks Dari Video dan Kitab Kamasutra ?

Wednesday, December 15, 2010

Tuesday, December 14, 2010

81 000 Anak Luar nikah didaftarkan di Malaysia


IPOH 29 Jun – Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini merupakan perkembangan yang membimbangkan.

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial


Pengajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) akan diajarkan pada pelajar darjah satu di setiap sekolah mulai 2011 bagi mengatasi masalah sosial, zina, rogol dan buang anak. Sejauhmanakah kertas cadangan ini dikupas sebelum dilaksanakan ? Mampukah ia mengurangkan masalah atau menambahbiak masalah sedia ada ? Adakah pendidikan ini berlandasankan al-Quran dan sunah atau berkiblatkan BARAT semata-mata ? Mana silibus pendidikannya agar rakyat yakin dengan isinya ? Mampukah guru mengajarnya agar rakyat yakin dengan perlaksanaannya ? Siapkah pelajar mempelajarinya agar tercapai cita-citanya ? Sanggupkah ibubapa menyokongnya  agar lancar segala urusannya ?

Monday, December 13, 2010

Cerpen : Tudungku Topi Keledarku


“Macam-macam...nampak baik, dah bertudung litup, tapi perangai...huh!” kedengaran seorang pakcik mengeluh.

“Kalau macam tu lebih baik tak pakai tudung. Tak hipokrit!” sampuk seorang lelaki yang lebih muda di sebelahnya.

“Sebab tulah agaknya sekarang ada pihak yang beranggapan pakai tudung ni tak wajib. Malah haram pulak, pada sesetengah keadaan...” kata pakcik tadi membalas.

“Ha, ustaz, dari tadi diam saja. Ada apa-apa komen?” jolok lelaki muda yang duduk bersebelahan saya. 

Cara Menundukkan Pandangan

Soalan :
Di Daerah saya ini masih banyak sekali wanita yang tidak menutup aurat (memakai tudung), lalu apakah saya sebagai lelaki berdosa jika setiap kali keluar dari rumah, secara sengaja atau tidak sengaja melihat aurat wanita, sedangkan tidak mungkin saya berjalan dengan terus-menerus menundukkan kepala saya, lalu bagaimana solusinya?

Sunday, December 12, 2010

Tips Memesrakan Anak Sulung Dengan Adiknya


Orang kata anak sulung akan tersisih bila adik baru lahir, dia akan berkecil hati dan cemburu dengan adik baru. Hasilnya, pantang terlepas pandang, adik pasti dikerjakannya. Ibubapa pasti bingung untuk mengatasi masalah ini. Jom kita lihat, apa tips yang saya gunakan untuk menangani masalah ini.

Thursday, December 9, 2010

Jesus Dipanah Petir

Sudah jelas.Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t.
Lihatlah patung yang dipanah petir ni..

Patung yang seolah-olah sedang berdoa



Di Monroe, Ohio, Amerika Syarikat sculpture 'King of Kings' iaitu 'patung' besar Jesus Christ berdiri megah di perkarangan Solid Rock Church. Patung yang bersaiz 62 kaki tinggi dan 42 kaki lebar dengan 'aksi' Jesus mendepangkan tangan ala-ala berdoa ke jihat langit. Penghuni Monroe, Ohio amat memegahkan patung ini dan menamakannya Touchdown Jesus. Jesus ini merupakan mercu tanda di Ohio dan dihasilkan daripada plastik dan gelas fiber.

Malam 14 Jun 2010 , Jesus dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.

Hangus terbakar dipanah petir.
Selepas kejadian.

Mungkin elok pendiri patung Jesus ini membaca dalam kitab mereka sendiri:

"Thou shalt not make unto thee any graven image, or any likeness of any thing that is in heaven above, or that is in the earth beneath, or that is in the water under the earth."

-Exodus 20:4

Semoga kita juga tidak mensyirikkan Allah dengan harta dan dunia ini.

sumber : sini
berita lengkap : sini

panduankelahiran

Wah, ajaibnya !


Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz dari Indonesia kepada kami dalam satu tazkirah ringkasnya. Kisah yang menjadi titik tolak kepada perubahan hidupnya.

Saat itu saya masih belasan tahun, ajakan seorang rakan rapat membawanya ke program motivasi tidak dapat ditolak lagi. Dalam program itu, hanya satu yang menarik perhatian saya : bukan pada penceramah, bukan pada fasilitator, bukan pada ramainya bilangan peserta atau modul yang digunakan tapi pada sebuah AL-QURAN. Apa yang ajaibnya pada al-Quran ?

Salahkah Saya Jika Tidak Bertudung ?


"Awak tahu tak, aurat wanita dengan lelaki ajnabi ?" soal saya.
"Semua anggota kecuali muka dan tapak tangan," laju wanita itu menjawab.
"Jadi, kenapa belum bertudung ?" soal saya lagi.
"Belum dapat hidayah," jawabnya selamba.


Salahkah Saya Jika Tidak Bertudung ?  Hina sangat ke jika tidak bertudung ? Orang pakai tudung semua baik ke ? 

Wednesday, December 8, 2010

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU


Assalamualaikum semua.

Kepada yang berminat nak masukkan blog dia dalam bloglist ben ashaari.com boleh la join kat sini. Syaratnya mudah saja.

Salah ke Jadi BAIK ?


Petang itu, saya menunggu suami di hentian bas Medan Kit. Dalam lautan orang yang menunggu bas dan saudara mara ke destinasi masing-masing, ada seorang perempuan yang mencuri perhatian saya. Penampilannya nampak kemas dengan baju uniform biru berlengan panjang, berseluar slack hitam dan bertudung hitam yang dimasukkan ke dalam baju. Alhamdulillah niat hati untuk mengenalinya dimakbulkan Allah saat dia mengambil tempat duduk di sebelah saya.

Tuesday, December 7, 2010

Cabaran Mertua Hari Ini


Kita biasa mungkin biasa mendengar tentang Mertua vs Menantu, Mertua yang jahat tapi pernah tak kita fikirkan apakah cabaran menjadi mertua pada hari ini ? Penelitian ini adalah secara keseluruhan, tergantung nasib mertua untuk menghadapi cabaran yang sedikit atau lebih teruk daripada yang dinyatakan di bawah.

Upkan Traffic dengan INNIT


Jika anda ingin meningkatkan pengunjung ke blog anda, INNIT adalah alternatif terbaik untuk anda selain blogwalking.

Wednesday, December 1, 2010

Lebah Mampu Angkat Laptop ?


Orang kata, kerja besar kalau buat ramai-ramai dengan sungguh-sungguh pasti berhasil.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com