Monday, March 21, 2011

Bercuti

Assalamualaikum semua,

Ummu Uswah kemungkinan besar tidak dapat online selepas ini kerana pulang ke kampung sehingga diberitahu kelak. Sebelum ni kat rumah mertua sebab jaga atuk suami dan adik ipar yang akan ambil SPM hujung tahun ni. Disebabkan atuk sakit dan suami bekerja di Terengganu, pak cik suami akan membawa atuk tinggal bersamanya di Johor. Jadi, yang tinggal kat rumah mertua hanya adik ipar saya sahaja. Apa lagi, saya pun akan balik ke rumah mak di kampung. Kalau ada rezeki, mungkin kami akan berpindah ke Terengganu (On Planning). Ops mertua saya kat Sabah sebab dinaikkan pangkat.

InsyaAllah, kami bakal menimang cahaya mata ke-3 Oktober 2011 ni. Tak dapat buat buku pemeriksaan mengandung lagi sebab status tempat tinggal belum tetap buat sementara waktu ni. Apa-apa pun, kami mendoakan yang terbaik untuk keluarga kami dan anda. Semoga selalu dalam lindungan Allah.

Sunday, March 20, 2011

Menjadi Penyebab Hidayah Allah


Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.
(Hadith riwayat Muslim – no.6980)

Saturday, March 19, 2011

SALE : Membeli Sambil Membantu

Assalamualaikum semua,

Seorang sahabat kita memerlukan bantuan untuk menjelaskan bayaran rumahnya yang tertunggak selama 3 bulan. Jadi, beliau memerlukan sekitar RM1K untuk keperluan tersebut. Kepada yang ingin membantu dan ingin mendapatkan cloth diapers, coolababy, susu kambing, kopi susu kambing, gift set, pakej blog make over , header, watermark n signature , bolehlah berkunjung ke kedai beliau. Barangan sangat cantik dengan harga yang berpatutan. Ada sale lagi. Jadi, jengah-jengah la ye. Terima kasih .

p/s : klik 'baca selanjutnya' untuk melihat barangan yang mungkin menjadi milik anda.

Arak : 10 Golongan Dilaknat


Walaupun minum arak hanya melibatkan seorang individu sahaja, tapi arak adalah ibu segala maksiat. Arak menyebabkan otak hilang pertimbangan sehingga seseorang akan melakukan pembunuhan dan perogolan secara tidak sedar. Itulah yang terjadi terhadap seorang abid pada suatu masa dahulu.

Friday, March 18, 2011

Pergaulan Antara Jantina Di mana Batasnya?


Assalamualaikum, saya berminat dengan tulisan Prof Madya Dr. Harlina tentang Pergaulan Antara Jantina Di mana Batasnya? (SOLUSI 28&29). Sebagai seorang anak perempuan yang kehilangan bapa sejak umur 7 tahun kerana bercerai dan tinggal di asrama sejak tingkatan satu sehingga ke universiti, saya sememangnya bebas untuk bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa kawalan ketat daripada keluarga. 

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir



Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 

Penyebab Penceraian


Menurut statistik JAKIM, 1 pasangan bercerai setiap 15 minit. Persoalannya ke mana hilangnya kata-kata cinta yang diungkapkan dulu? Di mana perginya hantaran dan majlis nikah yang gilang-gemilang dulu ? Apakah penyebabnya sehingga ramai pasangan memilih penyelesaian yang paling dimurkai Allah iaitu BERCERAI ? Jom kita susuri penyebab penceraian agar kita dapat memperbaiki hubungan rumahtangga kita sehingga ke syurga.

Thursday, March 17, 2011

DUIT


Duit adalah sesuatu yang penting dalam hidup kita. Walaupun tak semua benda boleh dibeli dengan duit, tapi tanpa duit banyak perkara yang tak dapat dilaksanakan. Terkadang duit membawa bahagia dan terkadang membawa derita. Jom susuli cerita berkaitan DUIT .

Wednesday, March 16, 2011

PageRank : Paling Popular @ Paling Bermanfaat


Page Rank (PR) adalah satu cara untuk menentukan tahap kepopularan laman web di internet secara keseluruhannya. Semakin tinggi skala PR nya, maka semakin popularlah laman tersebut. Persoalannya, adakah kita berblog untuk mencari populariti sahaja ? Adakah isi blog kita tidak menyalahi agama dan bermanfaat untuk pembaca ? Saya tinggal persoalan ini untuk difikirkan oleh anda.

Saturday, March 12, 2011

Gempa Bumi di Jepun



TOKYO - Jepun, negara matahari terbit dengan ekonomi dan teknologi termaju di dunia kini dilihat bakal berhadapan dengan zaman kegelapan selepas dilanda gempa bumi terbesar dalam tempoh 140 tahun, semalam.



Gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Ritcher itu mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter yang bukan sahaja menyebabkan kemusnahan teruk di negara itu tetapi dilihat bakal menjejaskan ekonomi Jepun apabila lima reaktor nuklear, loji minyak dan pelabuhan terpaksa ditutup, menyebabkan kerugian luar biasa.



Gegaran itu melanda persisiran timur laut Jepun, kira-kira jam 3.46 petang semalam (waktu Malaysia) dan diikuti dengan sekurang-kurangnya 50 gempa susulan dengan kekuatan sehingga 7.1 pada skala Ritcher.


Friday, March 11, 2011

Memo Untuk Pengantin Baru


Assalamualaikum buat pengantin baru…

Barakallahulakum. Tahniah kerana berjaya melangkah ke alam perkahwinan, alam penuh kenikmatan, keberkatan dan kedewasaan. Sebelum melangkah jauh dalam alam rumahtangga, sebaiknya suami isteri kembali merenung. Kenapa kita berkahwin ? Kenapa awak yang saya pilih sebagai pasangan hidup saya ? 

Bila Hari Lelaki Sedunia ?

Mungkin ramai yang tahu bahawa hari wanita sedunia kali ke-100 adalah pada 8 Mac 2010. Tapi bilakah pula hari lelaki sedunia ? Hari lelaki sedunia jatuh pada 19 Nov 2011 bersamaan hari tandas sedunia. Jangan berkecil hati ye para lelaki.

Kepada semua wanita, teruskan berkorban dengan ikhlas demi orang tercinta. Penat tu jadi wanita ni sebenarnya, tapi sebab cinta digagahi jua. Semoga ada syurga menanti di sana.
panduankelahiran

Jom Hafaz Hadith


Apa yang anda tahu tentang hadith ? Hadith adalah petikan kata-kata Rasulullah saw yang diriwayatkan (rekodkan) oleh para sahabat untuk diamalkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Ilmu hadith cukup luas seperti kaedah menentukan martabat hadith, jenis-jenis hadith dan ciri-cirinya, huraian tentang maksud hadith dan sebagainya. Sebagai seorang Islam yang beriman, kita sepatutnya mempelajari, menghafaz dan mengamalkan hadith yang sahih. Bagaimana nak menghafaz hadith sebenarnya ? Dan ia adalah pengalaman dan ilmu yang berharga.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda kenapa kita perlu menghafaz hadith dan bagaimana nak menghafaznya.

Thursday, March 10, 2011

Selamat Bercuti

Assalamualaikum,

Ummu Uswah sekeluarga ingin mengucapkan selamat bercuti buat pelajar sekolah, cikgu-cikgu dan pelajar maktab perguruan. Kepada yang bakal mengambil peperiksaan besar, teruskan menglangkaji pelajaran dan memperbanyakkan latihan. Doa banyak banyak semoga segala usaha anda berbayar dengan kejayaan. Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk berjaya.

Kepada yang bakal melangsungkan pernikahan, selamat pengantin baru. Dunia pernikahan dan dunia keibubapaan ni sungguh mencabar walaupun banyak juga keseronokannya jika kene gayanya. Selamat pengantin baru buat Kak Ja pada 13 Mac 2011 dan Zam pada 15 Mac 2011. 

Kematian - kebahagiaan @ ketakutan


Jika saat ini, malaikat maut ingin mencabut nyawa kita, sanggupkah kita untuk menghadapinya ? Adakah kematian suatu berita gembira yang menjadi jalan yang membawa kita ke syurga yang penuh kenikmatan atau sebuah ketakutan yang memutuskan hubungan kita dengan nikmat dunia menuju kesengsaraan neraka jahanam ? 

Persoalan ini perlu kita timbulkan setiap hari. Adakah kematian itu sebuah kebahagiaan atau sebuah ketakutan buat diriku? Siapkah aku menghadapi sebuah kematian? Kenapa? Kerana setiap saat, satu demi satu manusia hidup dimatikan Allah untuk disoal setiap amalnya dan kita juga akan pasti mengalami kematian yang sama.

Wednesday, March 9, 2011

Cara Mudah Dapatkan RM300


Anda ingin mendapatkan RM300 dengan bermodalkan RM9. Caranya mudah saja. Pertama, dapatkan Majalah Solusi isu terbaru dengan harga RM9 dan siapkan silangkata yang perlu dihantar ke pihak Solusi dalam masa 2 bulan. Jom tengok tips lain...

Seni : Jalan Menuju TAQWA


Kebudayaan dan kesenian adalah unsur yang indah dalam kehidupan. Ia wujud dalam persekitaran hidup kita berupa ukiran pada bangunan, lukisan dan corak pada pakaian, irama yang indah untuk didengar dan pelbagai lagi.

Dewasa ini kita semakin tenggelam dalam arus modenisasi sehingga kita lupa apa ertinya kebudayaan dan kesenian Islam. Apa konsep, prinsip dan fungsinya untuk diri dan masyarakat kita ? Betul ke seni adalah jalan menuju TAQWA? Tajuk kerja kursus Tamadun Islam yang saya terima sulit untuk saya siapkan. Bagaimana mengaitkan seni dengan TAQWA ? Setelah melawat, Muzium Kesenian Islam dan membaca kajian yang berkaitan, alhamdulillah persembahan saya untuk tajuk tersebut adalah persembahan terbaik dalam hidup saya   kerana ia adalah persembahan yang bermanfaat untuk saya dan para pendengar. 

Tuesday, March 8, 2011

Kenalkah Kita Pada Al-Quran ?


Untuk memastikan adakah kita mengenali al-Quran, jom sama-sama menjawab beberapa soalan berikut. Soalan-soalan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu teori dan praktikal. Jawablah seikhlas mungkin tanpa membuka mana-mana rujukan.

How To Teach Your Baby To Read ?

Bayi Genius ... Bayi Soleh


Bila bercakap tentang bayi genius. Wah... itulah perasaan kita. Cam bombastik kan bila bayi boleh membaca seawal usia beberapa bulan. Terbit rasa cemburu dengan geniusan anaknya. Persoalannya, kenapa anak kita tak sehebat anak mereka ? Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa kesilapan kita dalam mendidik bayi genius.

PERCUMA Prelude Revolusi Perniagaan Internet Bersama Irfan Khairi

Ramai yang ingin memulakan perniagaan Internet tetapi, tetapi mempunyai 3 soalan utama, iaitu:
  1. Nak jual apa di Internet?
  2. Bagaimana nak mulakan perniagaan Internet?
  3. Bagaimana nak promosikan perniagaan kita? 

Sesi saya di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini, akan menjawab ketiga-tiga soalan di atas. Tak kira sama ada anda ingin memulakan perniagaan secara part-time, atau anda sedang menjalankan perniagaan kini dan ingin mengembangkan keuntungan perniagaan anda melalui Internet, di sesi ini, akan membantu anda mencapai matlamat perniagaan Internet anda.
 
Oleh itu, anda dialu-alukan menghadiri sesi saya pada hari Sabtu ini!
 
PRELUDE REVOLUSI PERNIAGAAN INTERNET
Bersama Irfan Khairi
Tarikh: Sabtu 12hb Mac 2011
Kuala Lumpur
Vistana Hotel
10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Masuk: PERCUMA 

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com