Saturday, March 12, 2011

Gempa Bumi di Jepun



TOKYO - Jepun, negara matahari terbit dengan ekonomi dan teknologi termaju di dunia kini dilihat bakal berhadapan dengan zaman kegelapan selepas dilanda gempa bumi terbesar dalam tempoh 140 tahun, semalam.



Gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Ritcher itu mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter yang bukan sahaja menyebabkan kemusnahan teruk di negara itu tetapi dilihat bakal menjejaskan ekonomi Jepun apabila lima reaktor nuklear, loji minyak dan pelabuhan terpaksa ditutup, menyebabkan kerugian luar biasa.



Gegaran itu melanda persisiran timur laut Jepun, kira-kira jam 3.46 petang semalam (waktu Malaysia) dan diikuti dengan sekurang-kurangnya 50 gempa susulan dengan kekuatan sehingga 7.1 pada skala Ritcher.




Sehingga jam 11.00 malam semalam, 300 orang dilaporkan terkorban dan lebih empat juta rumah terjejas selepas terputus bekalan elektrik.



Gempa bumi luar biasa yang berlaku 10 kilometer di dasar laut itu dapat dirasai sehingga di Beijing, China. Bencana itu menyebabkan Lapangan Terbang Narita di Tokyo dan beberapa lebuh raya ditutup selepas kejadian itu.



Jutaan penduduk turut terjejas selepas ribuan rumah dan bangunan musnah di beberapa wilayah di seluruh negara dan sebuah kapal yang membawa 100 penumpang dihanyutkan oleh ombak tsunami. Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan semalam mengumumkan gempa itu menyebabkan kemusnahan teruk di kawasan utara Jepun.



Semua pelabuhan di Jepun ditutup dan operasi dihentikan tetapi Bursa Saham Tokyo diumumkan akan dibuka seperti biasa, Isnin depan. Sekurang-kurangnya 50 negara lain termasuk negara Pasifik mengeluarkan amaran tsunami sejurus gempa melanda Jepun.



Sebuah kilang minyak di bandar Chiba turut meletup dan terbakar. Laporan juga menunjukkan lebih 80 kebakaran besar berlaku di seluruh Jepun akibat gempa itu dan bomba dilaporkan tidak mampu mengawal kebakaran. Loji nuklear di negara itu dilaporkan ditutup secara automatik dengan selamat tanpa sebarang kebocoran radiasi dilaporkan.



Selain Jepun, kepulauan Hawaii di Amerika Syarikat turut dilanda tsunami akibat kesan daripada gempa bumi di Jepun, awal pagi semalam. Di Filipina, kerajaan negara itu mengarahkan 20 kawasan persisiran pantai dikosongkan selepas amaran tsunami dikeluarkan.



Di Rusia, lebih 11,000 penduduk yang tinggal di kawasan berbahaya dipindahkan selepas amaran tsunami dikeluarkan di Pulau Kuril. Kapal-kapal yang dilabuhkan di pelabuhan Rusia diarah menuju ke te­ngah laut bagi mengelakkan dihempas ombak tsunami.



Gempa bumi yang menggegarkan Jepun itu adalah yang terkuat sejak gempa 9.0 pada skala Ritcher melanda Banda Aceh, Indonesia pada 26 Disember 2004 sehingga menyebabkan tsunami yang membunuh 250,000 orang di 14 negara.

sumber : sinar harian
panduankelahiran

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com