Walaupun minum arak hanya melibatkan seorang individu sahaja, tapi arak adalah ibu segala maksiat. Arak menyebabkan otak hilang pertimbangan sehingga seseorang akan melakukan pembunuhan dan perogolan secara tidak sedar. Itulah yang terjadi terhadap seorang abid pada suatu masa dahulu.
10 Golongan Dilaknat
Kesan arak yang sangat besar keburukannya telah menyebabkan 10 golongan yang terlibat dengan arak dilaknat oleh Rasulullah saw.
Anas r.a. berkata, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melaknat 10 orang yang berkaitan dengan arak, pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasilnya, pembayarnya dan pemesannya." (Riwayat al-Tirmizi no 1295, Abu Daud no 3674, Ibn Majah no 3381 dan Ahmad no 316)
Jika diteliti, setiap golongan yang terlibat dengan arak pasti ditimpa musibah dalam bentuk yang disedari ataupun tidak. Walaupun terkadang hilang keberkatan dalam harta dan hidupnya.
Kesan Negatif Arak
Menurut Kajian Biro Keadilan Mangsa Jenayah Kebangsaan (Jab Keadilan Amerika Syarikat), pada tahun 1996 sahaja, purata 2713 kes rogol berlaku setiap hari di Amerika. Statistik ini menunjukkan perogol berada dalam keadaan mabuk.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga mengumumkan bahawa alkohol (arak) adalah satu daripada pemusnah kesihatan yang paling berbahaya di dunia. BBC News Online bertarikh 12 Nov 2002 di bawah tajuk Alcohol Increases Breast Cancer Risk melaporkan risiko wanita menghidap kanser payudara adalah sangat tinggi jika mereka adalah peminum arak.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Pengakit di Amerika pula melaporkan bahawa terdapat 1300 sehingga 8000 bayi dilahirkan dengan penyakit sindrom alkohol atau Fetal Alcohol Syndrome (FAS) setiap tahun. Akibatnya, bayi ini mengalami kecacatan fizikal dan mental yang teruk. Selain itu, arak juga menyebabkan penyakit-penyakit kronik yang lain.
Larangan Dalam Bible
Sebenarnya bukan hanya Islam yang mengharamkan arak untuk umatnya, anda akan menemui pengharam arak dalam kitab bible :
"Minuman keras membuatkan orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk." (Proverbs,20:1)
"Jangnlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu." (Ephesians,5:8)
Taatilah Perintah Allah
Rasullah s.a.w terus sahaja mengharamkan arak saat ia diharamkan oleh Allah. Ajaibnya, seluruh umat Islam yang mendengar seruan tersebut terus melaksanakan perintah tersebut dengan membuang arak-arak yang berada dalam simpanan mereka sehingga kota itu dibanjiri dengan arak. Pada mereka tiada erti kerugian, bahkan ada syurga yang kekal menanti di sana. Mereka tidak gentar untuk rugi di dunia kerana mereka pasti bahawa janji Allah pasti benar. Tapi sayang, hari ini, iman kita tidak sekuat para sahabat.
artikel penuh boleh dibaca dalam Solusi Siri 30