Monday, February 7, 2011

Tips Bayi Tertelan Tudung Botol Dan Tersedut Biji Tasbih : Tips Untuk Contes Qalish.com

Assalamualaikum semua,

Hari ini Ummu Uswah ingin menyertai peraduan Tips Untuk Qalish.com. Tips yang ingin dikongsi bersama pembaca ialah Tips Bayi Tertelan Tudung Botol Dan Tersedut Biji Tasbih.

Seminar Online Secara PERCUMA Bersama Irfan Khairi


Jika anda berminat untuk menyertai Seminar Online Secara PERCUMA Bersama Irfan Khairi, saya serta emel IK untuk saya seperti di bawah.

Online Seminar (Webinar) 'Live' bersama Irfan Khairi 
Khamis, 10hb Februari 2011
9.00 malam - 10.15 malam
Lokasi: 'Live' di Internet anda!
Pendaftaran: Percuma

Tol Di KELANTAN?

Assalamualaikum,

Adakah anda pernah melalui tol di Kelantan ? Jawapannya tentu tak pernah. Hakikatnya tol pernah diwujudkan pada era UMNO memerintah Kelantan. Kat mana ? Tentulah di Jambatan Sultan Yahya Petra yang menjadi nadi utama yang menghubungkan Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu.

Setelah PAS mengambil alih Kelantan, tol di sini telah dimansuhkan sehingga sekarang. Rakyat Kelantan masih bersabar dengan kelembapan pelebaran Jambatan Sultan Yahya Petra (hadian Tun Abdullah) yang sepatutnya siap tahun 2009 tapi saat ini belum separuh hasilnya terlaksana. Jenuh juga melalui jalan rosak dan sesak akibat pembinaan tersebut. Hakikatnya juga, rakyat Kelantan sentiasa dianaktirikan oleh kerajaan.

Persoalannya, jika UMNO kembali memerintah Kelantan, adakah TOL akan diwujudkan kembali di Jambatan Sultan Yahya Petra ini ? 

Jambatan Sultan Yahya Petra, Kelantan

Jambatan Sultan Yahya Petra
Pandangan dari Jambatan tepi Pasaraya Tesco Kota Bharu
Pengunduran Tun Dr. Mahathir pada tahun 2003 dengan memberi laluan kepada Tun Abdullah seakan memberi semangat baru kepada rakyat Malaysia. Auranya menular sehingga pada Pilihan Raya ke 11 apabila negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS hampir tumbang kepada BN. BN berjaya memenangi sebanyak 20 kerusi daripada 43 kerusi DUN hanya ketinggalan sebanyak 3 kerusi sahaja.
Rentetan dengan kemenangan tersebut Kerajaan pimpinan Pak Lah menghadiahkan sebuah jambatan kepada rakyat Kelantan pada 2 Ogos 2007. Projek jambatan tersebut adalah projek pembesaran jambatan sedia ada iaitu Jambatan Sultan Yahya Petra. Projek tersebut diperuntukan sebanyak RM150 juta dan dijangka siap pada penghujung 2009.

Nenekku Berpendapatan RM2000 Sebulan

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya akan membawa kalian mengenali nenek saya yang kami panggil Tok Wan atau nama sebenarnya Wan Bidah binti Wan Muda @ Raja Abdullah. Percayakah anda jika pendapatan beliau sebulan ialah lebih RM2000 tanpa melakukan apa-apa kerja di rumah?

Sunday, February 6, 2011

Tertelan Tudung Botol ?


Assalamualaikum semua,

Entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca agar lebih berhati-hati dengan tudung botol air minuman. Walaupun saiznya agak besar berbanding mulut bayi, manum ibubapa perlu berhati-hati agar bayi tidak bermain dengan tudung botol. 

Saturday, February 5, 2011

Manusia Tanpa Telinga

Assalamualaikum,

Di sebuah tempat di Eropah telah lahir seorang bayi lelaki tanpa kedua-dua belah telinga. Kawasan telinga tersebut rata tanpa apa-apa lubang sehingga menggemparkan hospital tempat kelahirannya. Doktor-doktor sepakat bahawa anak tersebut tidak akan dapat mendengar sepanjang usianya. Namun, si bapa berkeras bahawa anaknya akan tetap dapat mendengar walaupun tanpa sepasang telinga seperti manusia lainnya.

Motivasi Solat Untuk Anak-Anak


Anak-anak adalah amanah Allah. Menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak agar menjadi generasi yang taat mendirikan solat saat mereka masih kecil. Jadi, jom kita bincangkan tips untuk memotivasikan anak-anak untuk taat mendirikan solat.

Berkemban ?


Kenapa perempuan suka berkemban masa pergi mandi ? Jawapan yang diberikan 'memang dah biasa pakai cam ni untuk pergi mandi.' Persoalannya adakah anda menampakkan aurat ketika berkemban dan bagaimana pula ada tetamu lelaki saat anda keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban ?

Friday, February 4, 2011

Rancang Kewangan Anda

Kesilapan besar yang dibuat oleh ramai individu adalah mereka merancang perbelanjaan bagi RM 10,000 tetapi hanya menerima gaji RM 5,000 setiap bulan”

Kepentingan Merancang Kewangan


Tanpa perancangan kewangan yang teratur dan padat, ramai orang seringkali dibelenggu dengan masalah kewangan. Pernahkah anda melihat rakan atau saudara yang bergaji lebih besar dari anda, tetapi menanggung hutang sebesar gunung? 

Konvokesyen Yang Dicemari Dosa

Konvokesyen adalah hari bersejarah yang ditunggu oleh semua warga pelajar terutama mahasiswa universiti. Itulah hari anugerah seorang anak atas penat lelahnya mendapatkan segulung ijazah untuk ibubapa yang banyak menabur jasa. Tapi sayang, hari yang penuh bersejarah itu seringkali dicemari dosa-dosa.

Abu Uswah - My First LOVE


Assalamualaikum semua,

Tentu pembaca ingin mengetahui tentang Abu Uswah. Jadi, hari ini Ummu Uswah akan membawa pembaca mengenali Abu Uswah. Mungkin ada sisi positif yang boleh anda ambil daripada perkenalan ini.

Apa Ertinya BAHAGIA ?

Assalamualaikum semua,
Setiap hari kita mengejar bahagia ?  Berhempas-pulas mencari kekayaan yang bakal mendatangkan bahagia. Para pelajar tekun menelaah untuk mendapat keputusan cemerlang demi sebuah kebahagiaan. Terkadang kita diuji. Adakah dengan musibah yang menimpa kita, melunturkan rasa bahagia di hati kita ?  Apakah itu BAHAGIA ?

Tips Blogging Dari RedMummy


RedMummy adalah nama blogger yang terkenal di Malaysia. Pendapatannya RM100 000 dengan menulis ulasan iklan dalam 3 tahun. Nak tahu apa tips yang dikongsi oleh RM untuk anda menjejaki kejayaannya dalam arena blogging?

Thursday, February 3, 2011

Rusuhan Di Mesir

Kejadian yang menimpa Mesir mungkin tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, kerisauan rakyatnya dan risau juga ibubapa yang mempunyai anak-anak yang belajar di sana. Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di republik tersebut.  Jumlah ini termasuklah seramai 5,184 orang pelajar perubatan dan 6,135 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.

Wednesday, February 2, 2011

Dapatkan RM500 Anda Di sini !


Assalamualaikum buat semua pembaca Anak-Teladan,

Adakah anda berminat untuk mendapatkan RM500 secara PERCUMA? Jika Ya, maka sertailah AKU ADA IMPIAN hari ini dan menangi juga Macbook, Nokia N8 dan pelbagai hadiah lain yang lebih mengujakan.

Sertailah AKU ADA IMPIAN sekarang !


Taip “Saya tahu Peraduan “Aku Ada Impian Dari Blog ANAK TELADAN  pada ruangan komen di sini.

Impian besar saya adalah 'SAYA NAK MASUK SYURGA !' 
Jadi saya berusaha untuk menjadikan setiap detik dalam hidup saya adalah berupa ibadah kepada Allah.

Rahsia Disebalik DEMAM

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Tips Mencari Suami Impian 4


Alhamdulillah, 

Hari ini kita akan bincangkan tentang tips mencari impian 4 iaitu KETERBUKAAN dan PENERIMAAN dari beberapa aspek. Sebelum itu, pembaca boleh menyemak tips Mencari Suami Impian 1, 2, dan 3 yang telah kita bincangkan sebelum ini. Tips-tips ini adalah bertujuan agar pihak rumahtangga yang dibina lebih bersedia dengan menghadapi cabaran baru dalam hidup berumahtangga.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com