Setiap manusia mempunyai perasaan untuk menyayangi dan disayangi, meminati dan diminati. Itulah lumrah kehidupan dan itulah fitrah kejadian Allah yang bernama manusia. Namun Allah ingin sekali agar kita yang bergelar makhluknya mengikuti saranan-saranan yang telah digariskan oleh Dirinya, PENCIPTA kita dalam memenuhi tuntutan naluri manusiawi.
Seperti anda, saya juga ada ramai peminat setia dan peminat rahsia sehingga ada yang berani menyatakan kepada orang tua saya. Namun semuanya saya tidak layan kerana kuatnya pegangan saya pada prinsip yang satu, JAUHI ZINA dan NO MORE COUPLE.
Saya juga manusia biasa yang meminati lelaki yang baik dan kacak. Lalu Allah menguji saya apabila ternyata dia juga meminati saya. Saat hati terdetik untuk mengenalinya, Allah menemukan kami dalam program yang tidak saya aturkan. Namun, saya kuatkan hati bahawa saya tetap dengan prinsip yang satu. Walaupun kawan-kawan yang nakal sibuk menyakat itu dan ini.
Di sepanjang kehidupan seorang bujang akan sentiasa dilanda dengan usaha peminat untuk meraih perhatian kita. Itulah yang saya temui, begitu juga anda. Mesej, sapaan, nyanyian, teriakan i love you, usikan, hadiah dan pelbagai lagi taktik yang melelahkan kita untuk menyingkirkannya.
Apa yang saya lakukan ialah 'ignore' semua tindakan mereka. Berdoa agar dijauhkan segala musibah tersebut. Mak kata, jangan ditengking mereka, sakit hati akan membawa kepada santau dan penganiyaan yang lain.
"Saya harap saya dapat isteri baik macam awak," itulah antara kata-kata yang diucapkan bila cinta ditolak.
Alhamdulillah, tanpa couple Allah menghadiahi saya suami yang terbaik buat saya. Anda pula bagaimana ?
No comments:
Post a Comment