Saturday, November 27, 2010

Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat ?


"Kenapa pakai stokin atas rumah ?" soal jiran yang kehairanan.
"Sejuk ke ?" telah si jiran menebak jawapan pada suatu keajaiban.
Saya tersenyum. Itulah soalan biasa yang ditujukan kepada saya.

Setahu saya, kaki adalah aurat wanita ketika wujud lelaki ajnabi atau non-muslim yang mampu melihat kaki tersebut. Jadi saya bermujahadah untuk melaksanakannya walaupun mencabar juga untuk menegakkan syariat yang satu ini terutama ketika menyiapkan kenduri di dapur, tinggal sebilik dengan non-muslim, balik ke kampung yang ramai lelaki ajnabi (sepupu lelaki, ipar lelaki, suami ibu saudara) dan sebagainya. 

Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat ? Jom kita lihat apa yang saya dapat tentang perbezaan pendapat ulama berkaitan kaki sebagai aurat.


Tidak ada nas yg direct atau langsung dalam masalah ini melainkan sepotong ayat umum dari Surah anNuur: 31 
"...dan janganlah mereka (perempuan Islam) menzahirkan perhiasannya kecuali yg biasa nampak dari padanya..." 

Secebis ayat umum ini telah melahirkan pelbagai pendapat fiqih mengenai apakah yg boleh dizahirkan oleh perempuan kepada umum bila mereka keluar dari rumah-rumah mereka. Kami simpulkan: 
a. Fiqh Hanafi menetapkan dua kaki wanita bukanlah aurat kerana ia termasuk apa yg biasa nampak darinya kerana keperluan wanita melakukan pekerjaan hariannya. (alKasani, alBada'iy alSana'iy: Kitab alIstihsan, Jld 5) 
b. Fiqh Syafi'iyah, ada dua pendapat: 
Imam Muhyidin anNawawi (Syarah alMuhadzab,:3/173) kaki wanita adalah aurat. Imam alMuzani pula berpendapat kaki bukan aurat. 
c. Imam atsTsauri juga berpendapat kaki bukan aurat (Syarah alMuhadzab, op cit, ms 173) 
d. Fiqh Maliki menetapkan kaki adalah aurat ( alMudawwanah: 1/109; Syarah alKabeer: 1/215) 
e. Fiqh alHanbaliah juga menetapkan kaki adalah aurat (alMughny: 1/601) 

Fiqh Tahqeeq (Fiqh Analitis)
Bila ada banyak pendapat, maka kita beralih pada Fiqh Tahqeeq (Fiqh Analitis): 
a. Imam asySyawkani (Nailool Awthor: 2/144) dan Tafsirnya, Fathul Qadeer: Tafsir surah anNuur) memilih pendapat bahawa kaki bukanlah aurat kerana memberi kemudahan kepada wanita. 
b. Allamah Siddiq Hasan Khan (Nailool Maram: Tafsir surat anNuur ayat 31) memilih pendapat kaki bukan aurat.
c. Syaikhul Islam a Imam Salafiya Taqiyuddin Ahmed Ibn Taymiyah alharani (Majmu' Fatawa, cetakan Riyadh, Jld 22/114-115) juga memilih pendapat kaki bukanlah aurat kerana ia merupakan kesulitan bagi wanita baik dalam solat dan di luar solat berdasarkan Hadis Aisyah ra yg mentafsirkan "apa yg biasa nampak" dalam surah anNuur ialah termasuk Fatkhah (cincin yg dipakaikan oleh wanita Arab pada jari kaki) 

Pendapat yang Rajih : 
Pendapat yang dipilih oleh As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan dalam Ensiklopedianya berjudul : “Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat?” (Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa al-bait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah , Jilid 3 , masalah 2282 , ms.198)  ialah kaki wanita dikira sebagai aurat dan wajiblah bagi setiap wanita itu untuk menutupnya , kecuali jika terdapatnya hajat atau keperluan yang menyukarkan wanita tersebut untuk menutup kakinya , maka dalam hal ini ianya dibolehkan untuk tidak menutupnya. 

Jadi, jika kita mengimpikan syurga sebagai destinasi terakhir, maka bermujahadahlah untuk menutup aurat. Siapa yang sanggup pakai stokin lepas ni, sila angkat tangan. 

p/s : stokin adalah pakaian untuk menutup kaki, kalau nak guna kain, kasut dll pun boleh jika sesuai. Ops, betis tu tetap aurat, jangan lak nak tayang sesuka hati. 
:) peace (:
rujukan : al-ahkam.net

5 comments:

  1. tak mampu komen cos ilmu skit sgt..tp sukarnya rasa nak melaksanakan berstokin di rumah MIL.. mampukah saya ni.. saya sendiri x tahu.. :(

    ReplyDelete
  2. berstokin di rumah jika ada lelaki bukan mahram je. tak susah pun, ambil stokin dan pakai.

    jk sulit dgn aktiviti dapur, maka diberi keringanan untuk tidak berstokin tapi melabuhkan kain atau seluar hingga ke buku lali.

    Keyakinan diri membantu kita berjaya. Engkaulah apa yg engkau fikirkan. Maka fikirkan kejayaan utk terus berjaya.

    ReplyDelete
  3. ipar lelaki pun bukan mahram kan? Sbb tu saya cam x confident mampu melakukannya di rmh MIL..

    ReplyDelete
  4. ya betul tu. ipar lelaki pun bukan mahram juga. utk kondisi serumah sulit sikit bg wanita yg ada anak, nak masuk dapur dll.

    klw puan azma rasa sulit, maka dimaafkan utk tidak memakai stokin tapi melabuhkan pakaian hingga ke buku lali. Ini termasuk dgn kes tinggal sebilik dgn non-muslim.

    smg Allah mempermudahkan semua urusan kita di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com