Friday, June 26, 2015

Merasakan Syurga dan Neraka bagai di hadapan mata

Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w itu apabila duduk dalam majlis ilmu bersama Rasulullah s.a.w itu sangat-sangat dapat merasakan bahawa syurga dan neraka itu bagaikan di hadapan mata.

Wah, hebat gitu? Kita pula bagaimana? Adakah majlis ilmu itu untuk menambah ilmu atau yang tersisa di ingatan hanya selitan gurauan penceramah yang menyenangkan. 

Hakikatnya, jika si pemberi ceramah punya hubungan yang kuat dengan Allah dan si pendengar pun sama. Maka adalah tidak mustahil untuk kita pada zaman ini merasa seperti para sahabat Rasulullah s.a.w.

Rasa, hidayah dan kekuatan untuk berubah itu adalah milik Allah. Hadiah istimewa ini akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. 

Ya, Allah kurniakanlah kami apa yang telah engkau kurniakan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin.

Habiskan Buku Bacalah Anakku dalam tempoh 5 Bulan

Alhamdulillah. Belum pun 6 bulan di Tadika Lestari Perdana, Balok Perdana, Kuantan, Pahang. Fadhilah (5 tahun) sudah lancar membaca buku 1 hingga 8 Bacalah Anakku. Memang cikgu-cikgu bersungguh-sungguh mengajar agar setiap pelajar dapat membaca dengan lancar.

Pelbagai kaedah digunakan secara bertahap dan konsisten. Disertai rekod dan analisa terhadap rekod serta permasalahan pelajar dilakukan. Memang bukan kerja mudah. Tapi diakhirnya kita akan menarik nafas lega.

Dah dapat membaca akhirnya anak-anak kita :)

Nota : Anak 4 tahun pun boleh habiskan buku 8 dalam 5-6 bulan jika pelajar tersebut ada tahap IQ yang bagus.

Sunday, June 14, 2015

Hukum Derma Rahim


Indahnya Ikhlas


"Kita kene kerja lebih, sedangkan gaji sama je!" luah seorang pekerja dengan muka tidak puas hati. Tersentak saya dibuatnya!

Alhamdulillah, sebulan kemudian. Saya mendengar kata-kata pekerja yang sama. 

"Seronoknya kerja bila ikhlas ada di hati. Penat pun tak terasa," katanya sambil tersenyum lebar. 

Subhanallah, keikhlasan hati mencerminkan peribadi.  Buahnya bukan sekadar dituai di akhirat, tapi di dunia lagi terasa kemanisannya.

"Ya Allah, kurniakanlah kami hati yang ikhlas dalam melakukan setiap amal. Semoga amal yang kecil ini besar nilainya di hadapan-Mu. Amin."

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com