Tuesday, June 29, 2010

Keajaiban REZEKI 2 - apa itu REZEKI ?

Apakah yang dinamakan REZEKI ?

Ia adalah apa-apa yang bermanfaat untuk anda, makanan dan minuman yang masuk ke kerongkong anda, pakaian yang dipakai dan apa jua yang digunakan. Itulah rezeki anda.

Jika ia masuk ke kerongkong orang lain, maka ia bukan lagi rezeki anda. Ia adalah rezeki orang tersebut.

Kesihatan adalah rezeki anda yang jarang anda syukuri. Nikmat sihat adalah nikmat terbesar yang mampu mmbuatkan anda menjayakan semua misi anda di dunia. Tanpa kesihatan yang baik, hidup ini taklah seceria mana. Lidah terasa tawar je, badan terasa lesu, kepala berat untuk diangkat, lebih malang kala usia kian menjengah ke senja.

Oleh itu, manfaatkan setiap saat ketika sihat untuk bekalan di hari sana.Di saat kita dah pun meninggalkan dunia.

Sekarang... angkat kedua tangan anda ke paras dada dan perhatikannya. Pergilah ke cermin dan perhatikan wajah anda di sana. Lihatlah keseluruhan tubuh anda jika cermin tersebut memanjang ke bawah. Subhanallah. Allah menganugerahkan kita set lengkap untuk kita menghadapi hidup ini. Jika anda diminta untuk menjualkannya dengan bayaran jutaan ringgit, tentu sekali anda berat untuk melakukannya.

Pandanglah kesekeliling anda, udara, air, anak, pasangan, kenderaan, rumah dan segala-galanya adalah rezeki yang diberikan Allah kepada anda. Dialah si pemberi rezeki yang takkan pernah jatuh miskin kerana terlalu bermurah hati.

Maka selalulah memuji kebesaranNya.

Keajaiban REZEKI - dia milik Allah

Dia datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Itulah REZEKI namanya...

Di sini, kita akan cuba selami bersama tentang keajaiban REZEKI.

REZEKI adalah milik Allah. Diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tanpa kita tahu, berapa nilainya, bila, dari mana dan ke mana dia akan pergi seterusnya. Sungguh MISTERI !!!
Dan yang pasti, hanya Allah yang lebih arif mengenainya.

Allah memberikan rezeki kepada seluruh ciptaanNya. Kecil, besar, tua, muda, manusia ataupun hidupan lain, muslim ataupun kafir. Semuanya diuruskan oleh Allah. Dia tidak pernah risau, seperti risaunya kita akan surutnya harta yang dialirkan pada makhluk lain kerana rezeki yang diberikan itu tidak sedikitpun akan membuatkanNya jatuh miskin.

Jadi tidak hairanlah jika Allah menggantikan harta yang berlipat kali ganda kepada mereka yang mensyukuri nikmatNya dan mensedekahkan harta kepada orang lain. Semakin anda meningkatkan sedekah, jumlah rezeki anda juga akan makin bertambah. Sedangkan logiknya, ia sepatutnya makin berkurang. Maha suci Allah yang memberikan rezeki kepada mereka yang dikehendakiNya.

Saat Dia tidak mengizinkan rezeki sampai kepada anda, tiada seorang makhluk pun yang mampu untuk menyampaikannya kepada anda. Dan saat, Allah telah memutuskan rezeki anda di dunia ini, maka itulah tandanya bahawa hayat anda di dunia sudah berada di penghujungnya.

Tuesday, June 22, 2010

Sindrom Down - Masihkah ada harapan ?


Sindrom Down merupakan kelainan genetik yang terjadi pada kromosom 21 . Kelainan ini membawa kepada kelembapan pertumbuhan fizikal dan mental si anak. Ia pertama kali dikenalpasti pada tahun 1866 oleh Dr.John Longdon Down. Ia juga dikenal sebagai mongolisme karena ciri-cirinya yang nampak aneh seperti tinggi badan yang relative pendek, kepala mengecil dan hidung yang datar menyerupai orang Mongoloid. Pada tahun 1970an para ahli dari Amerika dan Eropah sepakat menamakan golongan ini sebagai Sindrom Down yang diambil dari nama Dr John Longdon Down.

Hakikatnya, tiada seorang pun yang menginginkan anak Sindom Down lahir dalam keluarga mereka. Namun, tiada seorang pun jua dapat menolak takdir jika ia terjadi. Persoalannya sekarang, masihkah ada harapan untuk anak-anak ini membesar dan cemerlang seperti anak-anak yang lain ? Jawapannya YA, jika anda ingin mengubahnya.

1. 'The Institutes For The Achievement Of Human Potential', Philadelphia, Amerika

"Di Institut ini kami berusaha untuk membantu manusia mencapai potensinya. Saya amat yakin dengan potensi manusia kerana dalam masa 30 tahun ini, saya telah dapat melihat anak yang buta bukan sahaja boleh melihat, tetapi boleh membaca seterusnya mencapai pembangunan yang sama atau kadangkala lebih tinggi daripada anak yang dikatakan biasa, anak yang pekak boleh mendengar dan memahami berbagai bahasa, anak yang lumpuh boleh bergerak, mula menjalar, merangkak dan seterusnya boleh berjalan, berlari, berenang dan melakukan gerak - geri gimnastik yang kadangkala tidak boleh dilaksanakan oleh anak yang dikatakan biasa. Seterusnya apabila program yang telah saya lakukan ke atas anak yang dahulunya dikatakan cacat atau cedera, ke atas anak yg dikatakan biasa, hasilnya begitu mengkagumkan." (Glenn Doman, 1984)

Di sinilah tempat di mana Dr Glen Doman mempraktikkan karya agungnya, 'How To Multiply Your Baby's Intelligence'. Bagi mereka, semua itu bukan sesuatu mustahil jika ibubapa sanggup untuk mengorbankan masa demi melihat perubahan yang lebih baik terhadap anak tersebut. Anda mungkin boleh melayari laman sesawang mereka di http://iahp.org.


2. Taman Keluarga NURY Sdn Bhd

Jika 'The Institutes For The Achievement Of Human Potential', Philadelphia, Amerika mungkin sukar untuk didatangi kerana berada jauh di luar negara. Kini Taman Keluarga NURY Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan yang serupa diadun dengan nilai-nilai Islam. Institut Pembangunan Keluarga & Kanak-kanak Nury, No.9 & 11, Lorong Wangsa 5A, Off Jalan Wangsa 5, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor. Telefon: +603-4107 5487 Fax: +603-4107 5490


3. Pusat Kebangsaan Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KSDF)

Terdapat tiga program di Pusat Nasional KDSF. Program Stimulasi Peringkat Bayi adalah sekali seminggu selama satu jam, manakala Program 'Toddler' atau kanak-kanak ialah tiga kali seminggu dengan setiap sesi berlangsung selama dua setengah jam. Program Pendidkan Khas ialah empat kali seminggu dan setiap sesi merupakan selama tiga jam.

Bagi yuran bulanan, RM130 ialah untuk Program Stimulasi Peringkat Bayi dan RM160 untuk Program Toddler manakala bayaran untuk Program Pendidkan Khas ialah RM190 sebulan. Bayaran masih boleh dirundingkan. Lot 13490, Jalan Jenjarum, Off Jalan SS23/1, Taman Sea,47400 Petaling Jaya, Selangor

4. Persatuan Sindrom Down Malaysia

Ditubuhkan pada 11 Mei 2001 oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak Sindrom Down. Objektif penubuhan persatuan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap Sindrom Down, membantu dan memberi sokongan kepada golongan Sindrom Down dan ahli keluarga serta meningkatkan kualiti kehidupan golongan Sindrom Down dan ahli keluarga mereka.

Antara program-program yang dijalankan ialah program simulasi dan pemulihan, pra-akademik, terapi pertuturan dan komunikasi, kaunseling, bengkel dan seminar

Rumah Persatuan Sindrom Down Malaysia boleh dihubungi menerusi talian 03-42579818 dan di alamat: 79, Lingkungan U Thant, Kuala Lumpur.


5. Pendidikan Khas

Pihak kerajaan telah memperuntukkan dana yang besar untuk anak-anak istimewa dengan mewujudkan kelas Pendidikan Khas di sekolah-sekolah terpilih di setiap negeri. Mereka akan dididik oleh guru berpendidikan khas yang sememangnya telah dilatih dengan sebaiknya.


Hakikatnya, ibubapa tidak lagi perlu malu dengan menyorokkan anak-anak Sindrom Down di rumah-rumah mereka tetapi terus membawa mereka menjalani terapi di tempat-tempat di atas secepat mungkin. Semakin awal mereka didedahkan dengan terapi ini, maka semakin besarlah harapan untuk melihat anak-anak ini membesar dengan cemerlang.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com