Monday, January 30, 2012

Tiarapkan Bayi Anda

Saya pernah menghadiri kursus perkembangan anak-nak anjuran NURY. NURY ditubuhkan oleh Dato Nor Laili pada tahun 1985 berasaskan konsep Glenn Domand. Katanya bayi baru lahir lebih baik ditiarapkan terutama ketika tidur. Ia akan membantu menguatkan tulang bayi. Namun pasti bayi tidak ditiarap di atas tilam yang empuk kerana ia akan menyebabkan bayi anda lemas.

Orang tua-tua sangat bimbang jika anda tiarapkan bayi. Bagi mereka bayi akan lemas dan dadanya akan sakit. Apa-apa pun buat sesuatu biar berpada-pada. Walaupun saya tidak kerap sangat tiarapkan bayi, alia sudah mampu membalikkan badan bada usia sebulan lebih dan mengangkat dada pada usia 3 bulan.

Sunday, January 29, 2012

Bagaimana Menceraikan Susu Anak Anda ?

Saya menceraikan susu anak pertama saya pada usianya 3 tahun 6 bulan dan anak ke-2 pada usia 1 tahun 11 bulan. Pada saya, bukan senang untuk menceraikan susu badan dengan anak. Buktinya, saya menyusukan anak pertama dan kedua serentak (tandem nursing) selama setahun lebih. Akhirnya, saya nekad untuk menceraikan susu anak pertama saya. Kemudian menceraikan susu anak kedua saya walaupun sempat tandem nursing sebulan dengan anak ketiga. Jawapan untuk kejayaan ini adalah TEKAD YANG BULAT.

Tiba masanya, anak perlu bercerai dengan susu ibunya kerana susu ibu tidak lagi dapat memenuhi nutrien yang diperlukan oleh anak mereka. Jadi, jika anda ingin melakukannya, lakukan dengan tekad yang bulat. Jangan sekali-kali kesian melihat mereka menangis untuk menyusu lalu menyusukannya. Jika ia terjadi, maka anda akan lebih sukar untuk menceraikan susunya. Gantikan susu anda dengan susu formula dan makanan yang berkhasiat lainnya.

Gunakanlah kekreatifan anda untuk mengelakkan dia menyusu dengan anda dan berilah semangat untuknya mencuba susu yang baru kerana dia sudah cukup besar untuk terus menyusu dengan anda. Lama kelamaan anak anda akan cukup mandiri untuk tidak menyusu lagi dengan anda. Selamat mencuba.

Friday, January 27, 2012

ASALKAN HATINYA BAIK ?


Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.

“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.

“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.

Wednesday, January 25, 2012

Hidup Kaya Tanpa Riba


Setiap dari kita inginkan kekayaan hidup kerana ia adalah fitrah manusiawi. Saat dunia dilanda riba yang tidak terkecuali akan terkena tiap dari kita, bagaimana mungkin kita mampu kaya tanpa terjebak dengan riba ?

Inilah kajian tuntas yang dibukukan oleh Mohd Nahar Mohd Arshad. Sebuah buku keluaran PTS yang wajib menjadi bacaan seorang muslim. Anda akan mendapat jawapan kepada persoalan kenapa riba itu haram dan bagaimana menjana kekayaan dengan perniagaan, sedekah dan zakat ?

Ia adalah sebuah motivasi yang cukup bagus untuk mukmin yang bercita-cita untuk kaya di dunia hingga ke syurga.

Saturday, January 21, 2012

Thursday, January 19, 2012

Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir

Mulai Isnin ini, orang ramai boleh mula memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata melalui inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.

“Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif,” katanya kepada pemberita.

Tuesday, January 17, 2012

6 sebab kenapa anda perlukan lesen memandu


Terdapat 6 sebab kenapa anda perlukan lesen memandu.

1. Ikut peraturan

Lesen memandu diwajibkan untuk mereka yang ingin membawa kenderaan secara sah kerana ia adalah satu bukti bahawa anda lulus ujian untuk memandu dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
2. Elak kemalangan
Lesen ini juga adalah satu inisiatif kerajaan untuk melahirkan pemandu yang berilmu sekaligus mengurangkan kemalangan di jalan raya. Namun begitu sikap pemandu yang beraksi sesuka hati di jalan raya yang perlu diubah bagi membendung kes kemalangan yang kian meningkat.

Sunday, January 8, 2012

Bersara KAYA Atau MISKIN ?

Dana persaraan mungkin dah banyak kali anda dengar. Anda mungkin sudah memulakan dana persaraan anda, dan mungkin juga anda tidak memerlukan dana persaraan tambahan kerana sudah mempunyai wang yang banyak atau bergantung kepada pencen kerajaan.

Membina dana persaraan bukanlah mudah. Kerana ia melibatkan wang. Apabila sebut tentang wang, ramai yang mengeluh tak cukup wang. Ada juga yang tidak tahu hendak buat apa dengan wang kerana terlalu banyak. Apapun, anda sajalah yang tahu diri anda. Sama ada anda cukup wang atau tidak, itu bergantung kepada anda. Yang penting, perancangan kewangan mesti diutamakan.

Saturday, January 7, 2012

Friday, January 6, 2012

Berapakah Kos Pendidikan Anak Kita ?

Sudahkah anda menyediakan persiapan untuk masa depan pendidikan anak-anak anda?
pp
Adalah menjadi suatu kebanggaan ibu bapa apabila anak mereka menjejakkan kaki ke Menara Gading di dalam apatah lagi di luar negara. Pada hari ini, sudah menjadi satu tiket bagi setiap orang yang ingin mengecap kejayaan dalam kerjaya untuk memiliki sekeping ijazah yang membawa nama ‘ Diploma’ , ‘ Ijazah’, ‘ Master ‘ dan yang tertinggi PhD.
Dalam usaha mencapai impian tersebut, ibu bapa dengan tidak mengenal letih dan jemu, mendidik anak agar kuat belajar, menghantar mereka ke pusat tuisyen, dengan satu matlamat – MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM SPM.

Alhamdullillah atas kurnian rezeki, anak anda berjaya mencapai keputusan yang cemerlang 10A dalam SPM. Matlamat seterusnya adalah mula membuat permohonan untuk kemasukan universiti sama ada di dalam negara atau pun di luar negara.

Monday, January 2, 2012

Rehatkan HATI


Sungguh, benteng pertahanan terakhir kita kian rapuh. Saban hari saya menerima email atau panggilan yang menceritakan tentang rumah tangga yang hampir runtuh. Padahal saya sendiri masih terkial-kial bermujahadah untuk menjadi ayah, suami dan anak yang baik. 
 
Kekadang saya tidak dapat memberi jawapan yang baru. Ini tentu menjemukan, kerana sahabat-sahabat perlukan pembaharuan pada jawapan. Apa yang mampu saya luahkan? Selain, mengulang-ulang apa yang pernah dipesankan oleh generasi salafussoleh terdahulu. Juga mengulang-ulang kata-kata yang pernah membujuk hati ketika saya sendiri diuji. 

Sunday, January 1, 2012

Perhimpunan 1000 Jiwa 1 Hati


31 Disember 2010 (Jumaat) – Seramai 1,100 remaja yang berusia lingkungan 13 hingga 25 tahun mengikuti Program Bina Insan Perhimpunan ‘1000 Jiwa 1 Hati’ yang dijalankan selama dua hari bertempat di Dewan Muktamar dan Masjid Negara, di sini, bermula hari ini.
Program Bina Insan Perhimpunan ‘1000 Jiwa 1 Hati’ itu dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan beberapa agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti, Masjid Negara, Raudhatus Sakinah, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) dan Kelab Remaja JIM (KRJ).

Pastikan impian menjadi KENYATAAN

Sempena 1 Jan 2012 ini, saya inngin kongsikan satu kisah bersama pembaca. Khas untuk mereka yang mempunyai impian tapi belum tertunai walau tahun berganti tahun. Ceritanya bermula begini. Saya adalah anak ketiga waktu itu dalam keluarga. Anak yang pertama dan kedua adalah lelaki, jadi kawan masa kanak-kanak saya adalah lelaki (kawan-kawan abang). Kami belajar berbasikal bersama-sama. Kami guna basikal kecil yang tiada roda tepi. Disebabkan tidak dapat mengimbang badan, saya selalu jatuh dan luka pada lutut. Sejak dari situ saya enggan untuk belajar berbasikal.

Ketika saya melangkah ke universiti, saya dapati terlalu sukar untuk ke suatu tempat dengan berjalan kaki dan menunggu bas yang tidak tentu waktunya. Lalu saya menyuarakan hasrat hati untuk belajar membawa motosikal dengan abang saya. "Boleh, tapi kene belajar naik basikal dulu," jawab si abang. 

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com