Friday, January 6, 2012

Berapakah Kos Pendidikan Anak Kita ?

Sudahkah anda menyediakan persiapan untuk masa depan pendidikan anak-anak anda?
pp
Adalah menjadi suatu kebanggaan ibu bapa apabila anak mereka menjejakkan kaki ke Menara Gading di dalam apatah lagi di luar negara. Pada hari ini, sudah menjadi satu tiket bagi setiap orang yang ingin mengecap kejayaan dalam kerjaya untuk memiliki sekeping ijazah yang membawa nama ‘ Diploma’ , ‘ Ijazah’, ‘ Master ‘ dan yang tertinggi PhD.
Dalam usaha mencapai impian tersebut, ibu bapa dengan tidak mengenal letih dan jemu, mendidik anak agar kuat belajar, menghantar mereka ke pusat tuisyen, dengan satu matlamat – MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM SPM.

Alhamdullillah atas kurnian rezeki, anak anda berjaya mencapai keputusan yang cemerlang 10A dalam SPM. Matlamat seterusnya adalah mula membuat permohonan untuk kemasukan universiti sama ada di dalam negara atau pun di luar negara.
 
Perlu diingatkan suatu perkara – memohon kemasukan ke universiti boleh dilakukan oleh setiap bakal pelajar yang cemerlang, tetapi suatu faktor penting yang membataskan usaha tersebut iaitu – KOS PENDIDIKAN UNIVERSITI.

HAMPIR SEMUA penuntut yang memasuki IPTA hari ini, adalah dibiayai oleh wang dari :
       i – Pinjaman Pendidikan dari PTPTN, JPA, MARA, Tajaan NEGERI,
       ii – Tajaan Kerajaan, Biasiswa

pp
Untuk pengetahuan semua, bilangan pelajar yang mendapat tajaan Kerajaan untuk menuntut di luar negara adalah berjumlah 2,000 orang sahaja.  Selebihnya, mereka mendapat tajaan biasiswa untuk menuntut di IPTA dalam negara. Jumlah kuotanya pun bukanlah tinggi. Ini jelas menampakkan PERSAINGAN yang teramat sengit di kalangan pelajar cemerlang. Baru – baru ini di sidang Parlimen, mereka mengumumkan kuota untuk non – bumi dinaikkan pada tahap 45%. Tinggal 55% untuk anak – anak Melayu merebut peluang ini.

Bagaimana yang selebihnya? Mendapatkan Pinjaman Pendidikan dari badan – badan di atas. Pada hari ini, kebanyakan siswa IPT Awam, meminjam RM40,000 – 45,000 untuk tempoh pengajian 4 – 5 tahun. Untuk IPT Swasta ( Petronas/Uniten ), mereka meminjam lebih dari RM 60,000 untuk tempoh pengajian yang sama.

Kos Pendidikan 20 tahun akan datang
Dengan mengambil inflasi 4% setahun untuk kos pendidikan, jika pada hari ini siswa meminjam RM40,000, 20 tahun akan datang mereka terpaksa meminjam RM80,000 untuk tempoh pengajian yang sama. Jumlah ini termasuk yuran universiti dan kos sara hidup untuk tempoh 4 – 5 tahun pengajian.


Persoalannya sekarang, adakah anda rasa kos pendidikan untuk 18 tahun akan  datang masih boleh diterima jika anda hanya bergantung harap dengan Pinjaman Pendidikan ? Adakah anda sanggup untuk memperjudikan nasib anak dengan meminjam RM 80,000 semata – mata untuk pengajian anak anda ?

Pinjaman Pendidikan hari ini membebankan
Kenyataan ini mungkin agak janggal. Bagi saya, pinjaman RM20,000 – RM40,000 untuk pendidikan adalah suatu yang sudah cukup membebankan bagi mahasiswa untuk membayar balik pinjaman itu selepas memasuki alam pekerjaan. Dengan jumlah ini, mereka mungkin terpaksa mengeluarkan RM200 – RM300 sebulan untuk membuat bayaran, untuk tempoh sekurang – kurangnya 10 tahun. Ini sudah merangkumi 10 – 13% dari gaji mereka selepas bekerja. ( Dengan andaian gaji RM2000 sebulan ).

pp
Kita boleh lihat perkara ini menjadi semakin rumit, apabila ramai mahasiswa pinjaman PTPTN yang tidak membayar wang tersebut. Tidak dapat dipastikan apakah alasan untuk mereka tidak mahu membayar, tetapi pinjaman bukanlah suatu yang boleh dibuat bahan mainan, apatah lagi pinjam duit untuk mendapatkan ilmu. Jika pinjam, bayarlah balik. Ini dituntut dalam agama kita. Anak anda nanti mungkin menjadi salah seorang dari mereka yang degil tidak mahu membayar pinjaman tersebut kelak.
Adakah anda ingin perkara ini bakal terjadi pada anak anda?

Meminjam RM 80,000 pada masa hadapan – bagi saya ini merupakan suatu yang di luar kemampuan, walaupun di atas dasar meminjam untuk pelajaran. Bayangkan jika nanti anak anda terpaksa membayar RM500 – RM800 sebulan untuk melunaskan hutang hutang tersebut. Berapa gaji anak anda 20 tahun akan datang ? Anda tak pasti bukan?

Hari ini PTPTN mewajibkan bakal peminjam menyimpan / membuka akaun SSPN. Ini hanyalah satu bentuk simpanan yang tidak mantap di mana kerajaan kelihatan sudah tidak mempunyai dana untuk dipinjamkan kepada pelajar baru. Jika SSPN menggalakkan orang menyimpan, mengapakah mereka meletakkan syarat – buka akaun SSPN, baru boleh meminjam. Jika mereka sudah mula mendidik orang ramai untuk meyimpan untuk anak, mengapa perlu membuat pinjaman PTPTN lagi? Jika nak simpan, simpanlah dengan cara dan jumlah yang betul.

PTPTN perlukan RM 3.7 billion setahun
Laporan akhbar pada bulan Julai 2008 melaporkan PTPTN memerlukan RM 3.7 billion untuk peruntukan pinjaman bagi student baru yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti dalam negara. Tetapi perolehan yang dipungut oleh PTPTN dari bayaran mahasiswa yang telah tamat belajar adalah RM 1.6 billion sahaja. Ini bermakna PTPTN terpaksa mencari dana dari Institusi kewangan kerajaan lain seperti apa yang dilakukan baru-baru ini iaitu meminjam dana dari KWSP sebanyak beberapa billion bagi menampung keperluan tersebut.

untitled
pp
Kerajaan seperti mana yang telah diwar–warkan dalam beberapa siri berita baru-baru ini menyebut dalam tempoh 4 tahun dari sekarang iaitu sekitar tahun 2014, sumber pendapatan utama kerajaan sebanyak 40% akan mula berkurangan. Sumber tersebut adalah dari hasil MINYAK MENTAH yang sedang diusahakan oleh Petronas dengan jayanya. Angka ini akan mula berkurangan dalam tempoh 4 tahun dari sekarang dan mungkin akan menjadi 0% dalam tempoh 20 tahun akan datang. Jika Petronas gagal mencari sumber minyak asli yang baru, ini bermakna perkara ini akan terjadi. Kesannya adalah pendapatan negara akan berkurangan dan seterusnya akan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara dan juga biaya kerajaan terutamanya dalam perubatan dan pendidikan. 
pp
Jika kerajaan kekurangan wang untuk menampung pendidikan, IPTA secara automatik akan di swasta atau menjadi pusat pengajian separuh swasta, Hasilnya adalah kos pengajian akan meningkat berlipat kali ganda. Secara automatik peruntukan kerajaan untuk PTPTN akan juga mengalami penyusutan dan ini menyukarkan pelajar pada masa itu untuk membuat pinjaman dan mencari sumber atau dana pendidikan. Ingat, nasib mereka nanti tidak sama dengan nasib anda hari ini dan anda sendiri tahu bahawa nasib anda hari ini juga tidak sebaik nasib ibu bapa anda dahulu untuk mendapat peluang pendidikan dan pekerjaan.
pp

Adakah anak anda bakal 'terselamat' daripada beribu-ribu orang lain yang akan ditimpa nasib malang pada ketika itu?
pp
Peluang Institusi Kewangan kaut keuntungan
pp
Pada hari ini, boleh dikatakan semua bank menawarkan pinjaman pendidikan untuk pelajar yang bakal memasuki IPT. Bila namanya bank, maka tak lain dan tak bukan, mereka nak cari keuntungan. Dengan kos pendidikan yang semakin tinggi, maka lagi besar dan mudahlah syarat yang dikenakan oleh pihak bank bagi menarik orang ramai meminjam dari mereka. PTPTN sendiri mengenakan interest 3%, walaupun ia telah dikurangkan kepada 1.5% baru-baru ini. Tetapi ia dilihat sebagai tidak kekal dan mungkin akan naik kembali. Bagaimana pula dengan pihak Bank? 4%? 5%? BLR? Yang pasti, angka pihak Bank adalah lebih tinggi dari 3%. Ini semua adalah situasi hari ini. Bagaimana 20 tahun akan datang ?

Tolonglah anak anda
Kepada ibu bapa, tolonglah anak anda. Wujudkan simpanan pendidikan mereka semasa mereka masih berusia 1 bulan. Saya suka melihat iklan sempena Hari Kebangsaan yg dibuat oleh Petronas ini.
———————————-
Dana pendidikan anaknya telah disediakan dari kecil. Si anak tidak menyangka lantas memeluk si ayah terharu. Tidakkah anda ingin anak anda bangga dengan anda?
pp
Iklan di atas penuh pengertian. Tetapi saya suka mesej jelas yang disampaikan oleh iklan tersebut yang menunjukkan kesungguhan si ayah menyimpan duit untuk bekalan si anak di masa hadapan. Kepandaian si anak dalam merekabentuk tidak terkubur, apabila dapat membiaya anaknya sendiri melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian. Sesetengah ibu bapa berasa bangga apabila dapat membeli pakaian berjenama mahal untuk si anak, membeli barang mainan yang bukan murah, melimpahkan kemewahan untuk kehidupan si anak dengan handset, Sony Playstation dan pelbagai lagi…TETAPI mereka gagal untuk mewujudkan satu plan pelaburan untuk anak sebagai bekalan di masa hadapan, walaupun hanya perlu menyimpan RM100 sebulan.
pp
Kerana mereka menyayangi anda, anda sepatutnya menyayangi mereka juga ...

Tidak ada cara lain hanyalah dengan simpanan dan simpanan sebesar RM100,000 bukanlah satu simpanan yang boleh dikumpul dalam masa yang singkat..ia memakan masa antara 15 - 20 tahun kerana kebanyakan orang tidak mampu menyimpan dengan dana yang besar secara bulanan...

Pelaburan melalui saham amanah dan dana ekuiti adalah satu pelaburan jangka panjang yang efektif kerana pulangan yang diberikan untuk tempoh jangka panjang adalah melebihi kadar purata. Kami melihat instrumen ini adalah lebih baik dan pulangan yang lebih tinggi berbanding simpanan di bank, ASB, emas, tabung haji dan sebagainya.

Rintangan yang berlaku semasa tempoh pelaburan..

Dalam proses menyimpan dana pelaburan ini, banyak juga rintangan yang terjadi dan liku - liku ini haruslah ditangani dengan cara yang paling efektif..

1. Sepanjang anak - anak membesar, mereka terdedah kepada pelbagai penyakit yang berbahaya dan anda sebagai ibu bapa semestinya mahu memberikan satu rawatan yang terbaik kepada mereka. Ramai anak - anak menderita sakit kronik pada hari ini dan kebanyakannya memerlukan kos rawatan yang bukan sedikit..

Apabila memperkatakan mengenai kos rawatan, Hospital Kerajaan menyediakan kos termurah..tapi bagi kes-kes kritikal ia juga melibatkan kos yang tinggi..dan paling mendukacitakan adalah ramai pesakit terpaksa menunggu untuk tempoh yang lama. Kadang - kadang, disebabkan terlalu sayangkan anak, ibu bapa membawa anak mereka ke hospital swasta bagi mendapat rawatan. Dan sudah pasti kos tersebut adalah tinggi...
pp
pp
2. Rintangan yang kedua adalah, sepanjang tempoh pelaburan, risiko yang mungkin menimpa ibu bapa adalah seperti meninggal dunia atau hilang upaya bekerja untuk selamanya. Jika Pencari Nafkah hilang upaya bekerja, dimanakan lagi sumber pendapatan yang boleh dicariganti untuk meneruskan pelaburan pendidikan ini..Jadi anda harus melengkapkan perlindungan anda terlebih dahulu sebelum ahli yang lain pula dilindungi.
 ----------------------------------------------------------------------------------

Sebagai ibubapa, anda setuju jika saya katakan :

1) Anda mahukan pelaburan anak anda memberikan pulangan yang melebihi kadar purata untuk jangka masa panjang.

2) Dalam tempoh pelaburan, anda mahukan jaminan kewangan jika berlaku perkara yang di luar jangkaan seperti anak anda menghidap penyakit kronik yang memerlukan kos rawatan yang tinggi..

3) Dalam tempoh itu juga, anda sebagai ibu bapa mahukan jaminan kewangan jika sesuatu berlaku ke atas anda seperti meninggal dunia atau hilang upaya bekerja.

Dengan kata lain anda mahukan :

1) Jumlah dana RM30,000 - RM190,000 selepas 15 - 16 tahun pelaburan

2) Insurans kesihatan yang menawarkan dana kecemasan dari RM100,000 - RM150,000 setahun dengan 78 panel hospital di seluruh Malaysia

3) Faedah penyakit kritikal dari RM15,000 hingga RM50,000

4) Jaminan kewangan ke atas ibu bapa sekiranya meninggal dunia / hilang upaya kekal / mengidap penyakit kritikal. Pelaburan anda akan ditanggung secara percuma selepas itu.

Mulakan dari sekarang! Bina dana simpanan pendidikan dan perlindungan untuk anak anda.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com