Sunday, December 19, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

COVER UR AURAT

Assalamualaikum.

Syariat menutup aurat adalah tanda kasih Allah pada kita agar  
a) tiada yang teraniaya kerana melihat aurat yang dibuka-buka 
b) dan tiada yang menganiaya diri sendiri dengan membuka aurat sendiri.

Sayangnya Allah pada kita kerana hanya bahagian badan tertentu sahaja ditutup di hadapan orang tertentu dalam adab memandang iaitu :

i. Muhrim – aurat dari pusat ke lutut (4:22-23)

ii. Wanita yang dilamar – semua aurat kecuali muka dan tapak tangan, boleh dipandang berkali – kali jika perlu, boleh bertemu jika ditemani muhrim wanita.
iii. Isteri – tiada aurat tapi lebih afdhal untuk tidak memandang anggota sulit (23:5-6)
iv. Wanita lain – semua aurat kecuali muka dan tapak tangan sama ada dengan syahwat atau tidak
v. Lelaki lain – aurat antara pusat ke lutut
vi. Wanita terhadap wanita - aurat antara pusat ke lutut
vii. Wanita kafir terhadap wanita muslim – semua aurat kecuali anggota bekerja
viii. Anak muda yang belum tumbuh janggut - aurat antara pusat ke lutut
ix. Anak kecil - Anak kurang 4 tahun - kemaluan sahaja
x. Keadaan terpaksa yang membolehkan memandang
- Melamar
- Mengajar ilmu yang bermanfaat
- Perubatan


Semuanya kerana Allah menginginkan keselamatan dari godaan nafsu terhadap semua makhluknya kerana Dia lebih tahu sisi lemah dan kuatnya seorang manusia.

Maka sayangkah kita pada Allah ? 
Jom tutup aurat !!!

Keterangan kempen
a) ummu uswah ditag oleh kak yong untuk kempen ini. (Jumpa kat blog kak yong)
b) Kempen ini dimulai di blog pot pet king . Jadi ziarahlah ke blog penganjur ini untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan  di sini dan mereka yang telah di tag di sidebar sebelah kanan blog pot pet king
c) Ummu Uswah tag
 -  Zaikulim
 - semua pembaca yang belum berkempen lagi

Akhir kata, selamat berkempen dan selamat menutup aurat ye :)

5 comments:

  1. ummu uswah...

    thumbs up..
    suka dengan perkongsian dan ingatan ini...

    ReplyDelete
  2. terima kasih. :)

    sayang semua kerana Allah.

    ReplyDelete
  3. Menarik.

    Kempen ni sedikit sebanyak menambah ilmu saya bila baca komen-komen dari penyokong kempen.

    Kalau huraikan panjang sikit lagi saya suka.

    Teruskan usaha.

    Salam ukhuwwah.

    ReplyDelete
  4. thanks for supporting!
    moga usaha kita diberkati Allah =)

    ReplyDelete
  5. to sumayyah. huraian panjang boleh baca label aurat.

    to asyfiqaz. sama2.

    ReplyDelete

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com