Sunday, September 30, 2012

Resipi Playdough

Resipi playdough.
Bahan-bahan :
2 cawan gandum
2 cawan air
1 cawan garam
1 sudu besar minyak
2 1/2 sudu teh cream tar-tar
pewarna makanan

Cara membuatnya: Campurkan semua bahan kemudian panaskan atas api. Kacau tanpa henti sampai ia menjadi seperti mash potato. Lepas tu bolehlah dibahagikan untuk diletakkan pewarna. Selepas tu bagi pada anak-anak untuk diuli menjadi doh.

Saturday, September 29, 2012

Tanggungjawab Isteri Mengikut Islam

Assalamualaikum. Jom kita koreksi tanggungjawab kita sebagai isteri. Tazkirah ini diambil daripada Datuk Hasan Din Al-Hafiz dalam Program Tanyalah Ustaz. Ops. Gambar di atas adalah hiasan berdasarkan pemerhatian dalam masyarakat kita.

Tanggungjawab isteri yang akan dibincangkan adalah berdasarkan apa yang diwajibkan oleh Allah terhadap seorang isteri yang mana jika tidak dilaksanakan akan membawa laknak Allah terhadapnya.

Tanggungjawab isteri terhadap suami terbahagi kepada dua :
1. taat
2. hormat

Wednesday, September 19, 2012

Gaya Hidup Mukmin, Gaya Hidup Bahagia


"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan, dan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan berikan padanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (An-Nahl:97)

Barangsiapa yang menginginkan kehidupan yang bahagia, maka dia perlulah memeluk agama Islam dan beramal Islam dengan ikhlas dan mengikut syariat yang dibawakan oleh Rasulullah saw. Orang kafir tidak akan pernah bahagia walaupun mereka kaya dan mempunyai anak serta pengikut. Bahkan harta, kuasa, anak dan pengikut mereka akan membuatkan mereka akan terus runsing dan resah.

Saturday, September 15, 2012

Fiqh: Hukum memakai wangian beralkohol

Soalan
Apakah hukum menggunakan wangian (perfume) beralkhohol?

Jawapan
Alkohol ada yang datang daripada arak dan ada yang bukan. Setiap arak mengandungi alkohol, namun tidak semua alkohol itu adalah arak. Oleh hal yang demikian, alkohol yang terdapat di dalam wangian; jika ia bukan datang daripada arak atau daripada proses pembuatan arak, tidaklah najis dan harus dipakai termasuk ketika solat.

Friday, September 14, 2012

Cara Menjahit Manik Bracelet, Beluncas, Beriringan dan Simpulan Tocang



Alhamdulillah, siap menjahit Manik Bracelet, Beluncas, Beriringan dan Simpulan Tocang (gambar dari atas ke bawah). Sangat teruja dan berpuas hati. Kepada yang berminat nak tahu cara jahit manik ni boleh bertandang ke sini.



panduankelahiran

Tuesday, September 11, 2012

Apa yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat lesen memandu?

Jangan terburu-buru untuk membuat lesen memandu sebelum anda mempertimbangkan 7 perkara berikut :
1. IC
a) Pastikan anda mempunyai IC atau MyKad sepanjang tempoh membuat lesen. Kalau hilang, buatlah kembali di Pejabat Pendaftaran Negeri. Kaki MYKad juga diterima untuk anda membuat lesen. Caj denda kehilangan MyKad juga perlu anda sediakan.

b) Tahukah anda bahawa anda hanya boleh membuat lesen di negeri yang anda duduki. Jika alamat pada IC anda bukan negeri yang anda ingin ambil lesen, maka anda perlu mengemukakan bukti yang anda menetap di negeri tersebut. Antara dokumen yang diperlukan seperti kad pelajar (pelajar universiti dsb),  surat pengesahan daripada majikan (jika bekerja) dan fotostat bil air dan letrik rumah yang anda duduki.

Sunday, September 9, 2012

Polis tumpas sindiket 'Black Money' aktif di Cheras


 Izany Abdul Ghany (tengah) menunjukkan mata wang dolar Amerika palsu dan cecair kimia yang dirampas daripada sindiket 'Black Money' pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Amir Syafiq 
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Polis menumpaskan satu sindiket 'Black Money' yang bergiat aktif di Cheras sejak enam bulan lalu dengan tertangkapnya empat lelaki warga Nigeria selepas menyerbu sebuah kondominium mewah di Brickfields di sini Isnin lalu.

Black Money Scam


Sebelum ini saya tidak pernah tahu tentang "Black Money Scam" sehinggalah seorang saudara terdekat kami terjebak dalam sendikit ini. Suatu hari, dia datang dengan muka yang berseri-seri katanya seorang lelaki yang bernama John telah menawarkan 4 juta jika dia berjaya membantu John mencuci dolar Amerika.

Dia sangat percaya dengan tawaran tersebut kerana John pernah mencuci dolar yang berwarna hitam itu di hadapannya. Duit tersebut juga sah ditukarkan kepada RM. Maka gembiralah dia setelah berjaya mendapatkan RM600 daripada John tadi. John juga telah menunjukkan berbeg-beg duit yang bakal menjadi miliknya.

Wednesday, September 5, 2012

Rawatan Alternatif Madaniah.com

Alhamdulillah Madaniah.com mengorak langkah menyediakan rawatan dan produk alternatif untuk mereka yang ingin pulih daripada masalah berikut :

Berhenti Rokok / Dadah / Gejala Sosial
  1. Qur 30
  2. Qalbun
  3. Hajati
  4. Muslimah (jika wanita) / Al Rijal (jika lelaki)
Gangguan Jin (Makhluk Halus) / Sakit Kronik / Misteri
  1. Qur-30
  2. Pemusnah Sihir
  3. Qalbun
  4. Al-Hafiz Spray
  5. Muslimah (jika wanita) / Al Rijal (jika lelaki)
  6. Garam Mandian Sakinah Beraroma
Stress / Tekanan Perasaan Kuat / Mental / Gila Seumpamanya
  1. Qur-30
  2. Qalbun
  3. Hajati
  4. Yasfyin
  5. Al-Hafiz Spray
  6. Garam Mandian Sakinah
Penyakit Serius Seperti Jantung, Paru-Paru Berair, Buah Pinggang, Batu Karang, Kencing Manis, Darah Tinggi
  1. Qur-30
  2. Qalbun
  3. Hajati
  4. Ainun
  5. Yasfyin (Jika Perlu)
Produk Lelaki Sejati Mukmin Soleh
  1. Qur-30
  2. Qalbun
  3. Ar-Rijal
Anak Soleh / Solehah
  1. Qur-30
  2. Qalbun
  3. Sibyan
  4. Hajati
Produk Wanita Sejati Mukminah Solehah
  1. Qur-30
  2. Qalbun
  3. Muslimah
Kecantikan / Keayuan / Seri Wajah Untuk Wanita Solehah
  1. Qur-30
  2. Muslimah
  3. Minyak Aromaterapi Zabarjad
  4. Garam Mandian Sakinah
  5. Ainun
Lawatilah stokis mereka semoga kesembuhan menjadi milik anda dengan seizin Allah.

Monday, September 3, 2012

Sabun Taharah Tazqiah Global

Kepakaran Zakiah berjaya menghasilkan Produk Sabun Taharah dan produk-produk spa yang berasaskan kelebihan yang terkandung pada rumpai laut dan tanah liat.


KHAZANAH ALAM sama ada dari laut mahupun daratan menyingkap 1,001 rahsia keagungan Allah s.w.t. Inilah yang diterokai oleh Syarikat Tazqiah Global Sdn. Bhd. yang memanfaatkan hidupan laut melalui rumpai laut, atau nama saintifiknya, sarjjasum atau Eucheuma Cottonii.

Ia kemudiannya diintegrasikan dengan tanah liat untuk menghasilkan produk yang mendapat tempat di hati pelanggan yang mementingkan kesucian dan kesihatan, iaitu sabun Taharah.

Wartawan, SITI AINIZA KAMSARI dan jurufoto, IDZHAM JAAFAR menemubual Pengarah Eksekutif Tazqiah Global, Zakiah Abu Kasim, 45 yang mengasaskan syarikat ini. Beliau berkelulusan sarjana muda ekonomi (perangkaan) dari Universiti Sains Malaysia.

UTUSAN MALAYSIA: Boleh ceritakan bagaimana bermulanya penglibatan anda dalam keusahawanan atau dalam bahasa Arabnya, al aamilah fi al tijaarah?

ZAKIAH: Selain latar pendidikan yang tiada kaitan, saya mempunyai pelbagai pengalaman kerjaya yang berbeza sebelum terlibat secara serius dalam pengeluaran sabun Taharah pada 2004. Ini termasuklah pengurus sumber manusia di sebuah kilang dan jururunding sebuah syarikat. Tetapi kemuncaknya apabila saya mempraktikkan ilmu daripada pembacaan. Semua ini tidak disengajakan apabila saya amat tertarik kepada anugerah alam, rumpai laut.

Semakin saya membaca mengenai hidupan ini, ia seolah-olah ‘menarik’ saya menerokai sendiri rahsia yang selama ini tersimpan kemas tanpa ada sesiapa yang mengetahui akan kandungan dan ketinggian khasiatnya yang begitu alamiah atau alam semula jadi itu.

Hanya berdasarkan pembacaan, mampu meyakinkan anda memanfaatkan sumber semula jadi ini bagi menjana pendapatan?

Pil Kuda



Pil Kuda (Methamphetamine – dadah sintetik campuran bahan kimia) adalah pil paling tersohor di Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di mana Thailand adalah pengeluar pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara.

Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD (Penyakit Psikotik – hilang tumpuan), masalah tidur & obesiti yg melampau.

Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.


Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam masa yang singkat

Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yg kekal.

Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat. Di antaranya adalah
  1. Racun tikus – Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera
  2. Serbuk Kaca Kalimantang
  3. Pencuci lantai
  4. Klorox
  5. Ubat Nyamuk
  6. Abu tulang manusia yg dibakar
Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah ‘Chase The Dragon’. Pil dimasak menggunakan ‘dapur’ & asap yang keluar disedut.


Alat untuk “chasing the dragon”

Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil suku sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.

Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan meningkat secara mendadak.

Kesan Pil kuda :
  1. Paranoia – berkelakuan / tingkahlaku pelik
  2. Halusinasi – lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud
  3. Delusi – kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang
  4. Meth mouth –kerosakan pada gigi
  5. Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak
  6. Sawan,tegang otot,menggeletar

Gigi seorang penagih pil kuda tegar


 
panduankelahiran

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com